Friday, March 23, 2012

-no women no cry-


nothing related with the title =p


Tuesday, March 20, 2012

Twilight:Breaking Dawn-Part2


OH my! apesal lambat sangat?




untuk yang minat ngan twilight, leh gi link ni Twilight_Breaking_Dawn_Part2 untuk any update.

Count on Me (Cover by Caitlin Hart)

Bruno Mars penyanyi asal. tapi aku suka je dengar dia yang nyanyi!

Monday, March 19, 2012

jalan jalan weekend?


last week, dari ari selasa sampaila sabtu dok pulun keje dan ot dimalam hari sebab nak siapkan keje. so nye hari ahad adalah hari untuk berehat dan berjalan jalan. sambil sambil bawak aleesya jalan jalan. sambil sambil teringin nak makan tutti frutti.


so nye, semalam kami masuk pulau. lepak kat strait quay. new shopping mall. kedai barang mahal mahal and branded's shop yang jarang ada kat mall lain disekitar penang. tapi tak banyak kedai pun kat situ. serta sebuah mall yang mempunyai banyak bar restaurant yang tak sebanyak seperti mall mall lain di Penang. juga ade Delicious disitu. ade charlie brown. juga ade flea market. nanti nak try Delicious. semalam tak gi sebab dah target nak makan ikan bakar sekali atas sebab sebab tertentu, kami end up makan di bayan lepas, chinese-muslim-restaurant.


staright quay ini betul betul sebelah laut. even ade port untuk letak kapal kapal layar dan seangkatannye kat situ. kapal kapal orang kaya tu. =


aleesya adelah sangat bergaya bebas semalam. main lari lari, lompat lompat golek golek tak ingat dunia. aku biarkan je. takat tangan kotor? ala..toilet bersepah nak basuh balik tangan dia.










im not kidding when i said, dia golek golek kat floor tu.




aleesya dengan gaun custom made from acik ida







well, aku rase dia happy and puas main. sebab malm tadi belum pukul 11 malam dia dah tido dan dia bangun kul 830 pagi macam biase.




dah besar dah anak mama ni.




Tq to ida_ahmat sebab bagi present baju gaun tu kat sya. a bit besar. tp takpe. leh pakai lama. mama dia sangat suka.
:)

Friday, March 16, 2012

polaroid


suka bangat kan kat camera polaroid a.k.a instant camera nih. leh jadi deco deco cube office. :)






Wednesday, March 14, 2012

Tuesday, March 13, 2012

Aleesya

ahad 11 mac aritu dah selamat buat birthday party + doa selamat untuk aleesya. well, this post bukan nak cerita pasal tu. kali ni nak update pasal aleesya punye milestone. lame gila kot tak update pasal aleesya punya development progress.

sebab dah lame gila tak update pregress aleesya, aku taktahu nak start dari mana.


aku dah lama tak timbang berat badan aleesya. aku raya 11kg ++ la. tinggi taktahu. nanti nanti lepas aku gi KK aku update berape tinggi Aleesya.

sekarang ni aleesya makan macam macam. jajan @ junk food pun dia macam. ish..teruk sungguh aku ini. bukan la selalu. sekali sekala bila Aleesya nampak aku and syed makan je. dia makan sekrim, dia makan kek, dia makan coklat.dia makan beskut.semua nye la. lauk gulai, sambal semua dia makan. dan aleesya tahan pedas. ikut perut negeri 9. hehehhe. kat rumah, Aleesya takmo makan nasi. aku masak lauk ke, masak nasi goreng ke, semua dia taknak makan. kalau makan pun tak sampai 10 suap. Aleesya lebih prefer pasta, macaroni, spageti, bihun, roasted chicken. selera italian.western. mengada! tapi kalo makan kat kedai, aleesya akan banyak makan kalo beli kat dia nasi ayam ke, nasi dengan tomyam ke or bubur mcd.


Aleesya sekarang dah pandai macam macam kecuali bercakap. dia masih belum pandai cakap. im not worried.tapi jeles a bit sebab ade anak kawan kawan yang dah pandai cakap. hahaha. tapi vocab dia memang makin banyak la. aku rase cecah 100 words vocab dia sekarang. kat sini aku listkan la sikit ape yang selalu dia guna



  1. mama

  2. abah

  3. mak

  4. ayah

  5. kakak

  6. nak (hendak/mahu)

  7. naaakkk (tanak) - panjang sikit bunyiknye

  8. ikut

  9. cat

  10. bird

  11. a-bird (angry bird)

  12. ayam , kok kok kok

  13. car

  14. lori

  15. van

  16. bus

  17. atok

  18. nek (nenek)

  19. syusyu (susu)

  20. maklong

  21. acik (makcik -refer to makcik ain)

  22. ball

  23. a-pad (ipad)

  24. mama, yak (mama berak)

  25. a-mas (thomas)

  26. bukak

aku tak larat pikir.hahahha. Aleesya hafal ABC, even dia tak reti nak baca A, B , C , D. E. etc..tapi dia kenal semua huruf huruf. ko tunjuk K, dia akan sebut K, ko tunjuk M, dia sebut M. alhamdulillah. dah lama dah dia hafal dah. 2,3 bulan lepas kot. tapi kan aku tak buat update. so lupe plak when is the exact time.


Aku rase, Aleesya is one type of typical girl. she loves to play with bears. dia suka main makan makan minum minum. susun susun bear dia kat kusi.cakap cakap dengan bear bear dia. letak bear atas stroller, kuda, pastu tolak tolak stroller, kuda tersebut. Aleesya boleh main sorang sorang tanpa kacau aku sangat sekarang ni. kalo dia ade mood nak main dengan bear dia la. kalo dia nak aku, so dia akan kacau jugak.


Aleesya dah tukar babysitter baru. babysitter lama pindah jitra. nanges nanges babysitter lama sebab nak tinggalkan Aleesya. so nye babysitter lama sebelum pindah aku mintak tolong carikan babysitter baru. so skang, Aleesya dok dengan babysitter baru. makcik around umur late 40's la. dia jaga sekali cucu dia uur 4 bulan. aku rissau dah ni takut Aleesya kacau baby tu. tapi bila hari ke 3 aku dapat borak dengan bs tu, dia kate aleesya tak heran pun kat baby tu. Aleesya dok main dengan bear bear dia je. langsung tak kacau baby.langsung tak pegi dekat baby. aku macam.. erk!


ok. nak balik. nnt aku sambung update. korang baca la yang ni dulu

Friday, March 9, 2012

she is 2 yo.






Aleesya is 2 yo today.

happy birthday dear

moga jadi anak solehah, anak yang baik, bijak dan bersopan berbudi pekerti mulia

semoga allah beri kesihatan yang baik pada anak mama ni. dijauhkan penyakit penyakit merbahaya dan dijauhkan dari malapetaka. semoga allah sentiasa melindungi dan merahmati Aleesya sentiasa.


Mama love you. abah love you. atok nenek love you. semua makcik makcik pakcik pakcik pun love you.


be a good girl ok dear. and be happy always. i am always happy when you are happy.


sayang sya banyak banyak

Thursday, March 8, 2012

My Dolce


My Dolce Aleesya




She turns 2 tomorrow you know. i am so excited.

Wednesday, March 7, 2012

happy birthday mama


ni mama saya.




mama, happy birthday. tahun ni mama dah 55 tahun. angah doakan mama panjang umo murah rezeki. angah doakan mama happy, sentiasa happy and angah arap angah dapat happykan mama dan bagi macam macam kat mama.


the best mom ever. semua anak anak akan bagi recognition ni kat mak masing masing. kalau ade award best mom ever pun..sure angah bagi kat mama.

mama garang. sangat garang. yang sangat garang. tapi garang tu la yang wat anak anak mama jadi orang. buat anak anak mama takut nak buat yang bukan bukan. takut nak kuar dengan kawan kawan masa zaman sekolah. takut nak bagi nombor tepon umah kat kawan. takut nak balik lewat kalo gi main petang petang.takut nak tinggalkan pinggan kotor kat sinki tanpa berbasuh. takut nak melepak bersidai boral borak bila ada kenduri kendara. gila! nak kene kutil? nak kene bebel 3 hari 3 malam? tobat.takmo!

penah dulu dulu, mase tu aku anak dara baru nak naik.so menggeletis dah ade boifren. mase tu form 5. boifren dok kl. kami dok penang. so bil tepon umah telah naik mendadak. mama selamba dengan garangnye telefon no tepon tu and tanya macam macam kat mak boifren aku.dah soheh soheh, anak dara dia yang tepon, pastu dia leh marah marah orang tu plak. hahha. kelakar ok. mak ai garang!

mama memang garang.tapi dia a very good mother. tak penah aku balik rumah dari mrsm time cuti sekolah mama tak masak sambal tempe dengan masak asam.tak penah aku balik ke mrsm semula dengan tangan kosong. cakap je nak makan ape.kalo ari ni bising bising nak nasi ayam.esok dapat la nasi ayam. kalo arini bising bisig nak gulai lemak ayam cili api, sok dapatla lauk tu.kalo pagi pagi lagi nak balik asrama, mama la yang bangun dulu nak masak nasi lemak wat bekal dalam perjalanan.

masih terlekat kat ingatan ni, terbangun tengah tngah pagi, mama ade dalam bilik tidur kami. dok tampat tampar and halau nyamuk. ade ubat nyamuk pun, nyamuk berani dekat.masih ingat gak, mase tu baru form 1. aku patah tangan. tapi mase tu budak lagi kot. mana la tahu yang patah tu akan menjadi sangat menyakitkan. so balik dari hospital, telefon abah bagtau abah, "bahu angah patah.cikgu tengok x-ray kate sikit je patah." kat belakang dah dengar dah mama dok nanges nanges. tup tup sok pagi kul 8 pagi mama abah dah sampai dah asrama. :)

ish..kalo nak senarai semua, tak tersenarai. 1000 tahun pun tak abes nak senarai semua ape yang dah mama buat untuk anak anak dia.bersyukur sangat sangat dapat mama as mama.

so mama. happy birthday. may god bless you.i love you so much. angah memang tak tunjuk sangat. angah segan.tapi angah sayang mama sangat sangat.sumpah.tak tipu!

Thursday, March 1, 2012

1 MAC 2012

tup tup
hari ni dah 1 mac dah
sekejap sangat dah masuk mac

lagi 9 hari aleesya akan berumur 2 tahun. sekejap sangat masa berjalan.
insyallah seperti yang dijanji tahun lepas, for aleesya's 2nd besday, insyallah akan buat makan makan sikit.
i'll update later later ok.

so uuoollss..have a good day ok.