saya dah start kan aleesya on her solid food. alhamdulillah. everything went well. dia suka sangat. amatla sangat bersemangat dapat makan selain dari minum susu je.
saya start solid pada aleesya pada umur aleesya genap 180 hari. masa tu kalo ikut bulan by tarikh..aleesya belum cukup 6 bulan. lagi 5 hari baru genap 6 bulan mengikut tarikh dia lahir.
masa 1st time tu start her solid with apples. beli dah apples brand GALA. tapi still ade masam masam nye. mane ntahla nak dapat apple yang gila manis ntah. so masa aleesya 1st taste tu..dia kerut kerut sket la muka dia. sebab masam kan. lucky i baught a pear too. so bagi dia tasted pear plak. so dia amat suka sebab rase sweet pear tu. enjoy okey dapat tengok ke'enjoy'an kat muka aleesya that time. :)
dia punya suka nak makan, sampai dia yang dok hulur kepala dia sambil bukak mulut besar2. suka.suka.
plan asal nak start aleesya pada bubur masa dia dah masuk 7 bulan. tapi sebab masa umur dia 6 bulan ni..adalah waktu raya, so pasti harus balik kampung dimana ada mak mak kita ni kan. yang dah experience menjaga, mengfeed anak bagai kan. so bila dia tahu yang takda bagi pun bubur kat aleesya so sudah asik suruh bagi bubur. mama kata mana cukup setakat bagi buah je. so sebab malas nak explain yang.."sampai umur aleesya setahun..ape yang kena wat aleesya kenyang adalah susu"...so ikutla kata mama. then i made her a bubur. plain bubur. ye..amat amat la aleesya semangat nak makan. and seem dia macam kenyang lagi kalo add the bubur in her diet. so from tat day..tak missed bagi dia makan bubur.
Aleesya suka bubur more than fruit or vegetable puree. kalo bagi dia makan bubur. dia akan makan dengan bersungguh dan asik asik hulur kepala sambil bukak mulut nak lagi. kalo bagi fruit or vegetables puree..dia makan. tapi nanti lama lama..dia akan makan sambil main. dok sembur sembur makanan tu. makan dia memang makan. tapi dia makan sambil main main. ish..la anak mama ni.
so far dibawah adalah ape yang telah diberi pada aleesya.
- apples puree
- pear puree
- peas puree
- mash banana
- bubur
- bubur+peas
- bubur+potato
- potato+carrot puree
- apple+carrot puree
- apple+peas puree
- apple+pear puree
- pear+plum puree
rasa macam yang ini je penah bagi dia. lupa arr. dan masih dalam proses mahu pelbagaikan lagi makanan dia.
yang fruit dan vegetables puree..wat banyak banyak dan frozenkan. tapi bubur dia tak frozen.
bubur dia masak budget untuk 2-3 hari dan letak dalam fridge biasa je. pastu abes then buat lain. masak bubur senang. tak berapa leceh macam buat fruit and vegetables puree/ bagi saya la. :)
masak lak..kalo rajin, saya akan stim.kalo saya malas..saya rebus je. with little water ye. then diblend.
jadual makan dia..
pagi - fruit/vegetable puree
tengahari - bubur
petang sikit - fruit/vegetable puree
petang sikit lagi - fruit/vegetable puree
malam - bubur
gila banyak kali makan. hahaha. yang pagi sampai petang sikit lagi tu..semua makan di rumah baby sitter. yang malam nye around 7pm saye feed aleesya ngan bubur. then sejak dah start solid ni, kat rumah baby sitter dari kul 8am - 6pm aleesya minum 15 oz. sebelum start solid, aleesya minum 18oz - 19oz. so takde la banyak sangat kurang nya.
dan toksah riso.. baby yang dah start solid..pasti mahu minum jugak susu fresh kita ni. buktinya..aleesya balik je rumah..selalu mesti nak minum susu. even lepas je dia baru dinner. dia akan nak susu fresh saya ni jugak. then baru la dia akan lena. tapi... tipu ar..penah dengar kata kalo dah start solid, baby tak bangun malam dah. tipu ye. sebab aleesya still bangun nak minum susu macam biasa. nasib terer dah bagi aleesya minum susu sambil baring. so takde ape nak komen pun. hahahha.
so sekarang ni, ari ari pk..ape nak bagi aleesya makan ni? nak mix ape dengan ape? nak start dengan fruit/vegetables baru ape?
pergh..siap stady, print and letak kat umah lagi senarai fruit/vegetable yang leh try untuk aleesya. macam nak pekse je gamaknya. tapi seriyes..bila start new fruit/vegetables kat aleesya..rase excited sangat sangat. sebab kita nak tengok macam ne action dia kan. kerut kerut muka ke..senyum senyum ke..
pergh..panjang gila entry. selamba badak. padahal keje menyusun besi banyak gila ni. okey.okey.mari tamatkan entry kali ini.
No comments:
Post a Comment