Showing posts with label aleesya. Show all posts
Showing posts with label aleesya. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

aleesya dan vocabnye

petang dengan mama

aleesya : ma, nak tuwin tuwin. (sambil nanges nanges pegang ipad)
aku : ??? nak ape. mama tak paham la. sya nak ape ni.
aleesya: tuwin tuwin (masih nanges sambil tunjuk screen ipad)
aku: sya nak ape? nak tengok youtube? ( sambil cuba connect youtube. tapi fail sebab wireless memang sengal kat ipad. so nye tukar tv channel cartoon.terus aleesya lupe pasal tuwin tuwin)


malam dengan abah depan PC

alessya: abah..tuwin tuwin (seperti biasa, sambil merengek rengek pegang ipad)
aku nyampuk: dari petang tadi dok tuwin tuwin. b tak paham ape dia cakap.
aleesya: tuwin.. tuwin..
syed: sya nak ape? train? thomas?
aleesya: a-mos
pastu syed pun pasang la cd thomas kat PC dia. baru senyap.

aku: ohhhhh!!! train ker?



lepak kat strait quay.depan laut.ade banyak kapal layar and boat.

syed: sya, boat.
aleesya: ship..ship..
aku: (senyum je)

Monday, March 19, 2012

jalan jalan weekend?


last week, dari ari selasa sampaila sabtu dok pulun keje dan ot dimalam hari sebab nak siapkan keje. so nye hari ahad adalah hari untuk berehat dan berjalan jalan. sambil sambil bawak aleesya jalan jalan. sambil sambil teringin nak makan tutti frutti.


so nye, semalam kami masuk pulau. lepak kat strait quay. new shopping mall. kedai barang mahal mahal and branded's shop yang jarang ada kat mall lain disekitar penang. tapi tak banyak kedai pun kat situ. serta sebuah mall yang mempunyai banyak bar restaurant yang tak sebanyak seperti mall mall lain di Penang. juga ade Delicious disitu. ade charlie brown. juga ade flea market. nanti nak try Delicious. semalam tak gi sebab dah target nak makan ikan bakar sekali atas sebab sebab tertentu, kami end up makan di bayan lepas, chinese-muslim-restaurant.


staright quay ini betul betul sebelah laut. even ade port untuk letak kapal kapal layar dan seangkatannye kat situ. kapal kapal orang kaya tu. =


aleesya adelah sangat bergaya bebas semalam. main lari lari, lompat lompat golek golek tak ingat dunia. aku biarkan je. takat tangan kotor? ala..toilet bersepah nak basuh balik tangan dia.










im not kidding when i said, dia golek golek kat floor tu.




aleesya dengan gaun custom made from acik ida







well, aku rase dia happy and puas main. sebab malm tadi belum pukul 11 malam dia dah tido dan dia bangun kul 830 pagi macam biase.




dah besar dah anak mama ni.




Tq to ida_ahmat sebab bagi present baju gaun tu kat sya. a bit besar. tp takpe. leh pakai lama. mama dia sangat suka.
:)

Wednesday, March 14, 2012

Tuesday, March 13, 2012

Aleesya

ahad 11 mac aritu dah selamat buat birthday party + doa selamat untuk aleesya. well, this post bukan nak cerita pasal tu. kali ni nak update pasal aleesya punye milestone. lame gila kot tak update pasal aleesya punya development progress.

sebab dah lame gila tak update pregress aleesya, aku taktahu nak start dari mana.


aku dah lama tak timbang berat badan aleesya. aku raya 11kg ++ la. tinggi taktahu. nanti nanti lepas aku gi KK aku update berape tinggi Aleesya.

sekarang ni aleesya makan macam macam. jajan @ junk food pun dia macam. ish..teruk sungguh aku ini. bukan la selalu. sekali sekala bila Aleesya nampak aku and syed makan je. dia makan sekrim, dia makan kek, dia makan coklat.dia makan beskut.semua nye la. lauk gulai, sambal semua dia makan. dan aleesya tahan pedas. ikut perut negeri 9. hehehhe. kat rumah, Aleesya takmo makan nasi. aku masak lauk ke, masak nasi goreng ke, semua dia taknak makan. kalau makan pun tak sampai 10 suap. Aleesya lebih prefer pasta, macaroni, spageti, bihun, roasted chicken. selera italian.western. mengada! tapi kalo makan kat kedai, aleesya akan banyak makan kalo beli kat dia nasi ayam ke, nasi dengan tomyam ke or bubur mcd.


Aleesya sekarang dah pandai macam macam kecuali bercakap. dia masih belum pandai cakap. im not worried.tapi jeles a bit sebab ade anak kawan kawan yang dah pandai cakap. hahaha. tapi vocab dia memang makin banyak la. aku rase cecah 100 words vocab dia sekarang. kat sini aku listkan la sikit ape yang selalu dia guna



  1. mama

  2. abah

  3. mak

  4. ayah

  5. kakak

  6. nak (hendak/mahu)

  7. naaakkk (tanak) - panjang sikit bunyiknye

  8. ikut

  9. cat

  10. bird

  11. a-bird (angry bird)

  12. ayam , kok kok kok

  13. car

  14. lori

  15. van

  16. bus

  17. atok

  18. nek (nenek)

  19. syusyu (susu)

  20. maklong

  21. acik (makcik -refer to makcik ain)

  22. ball

  23. a-pad (ipad)

  24. mama, yak (mama berak)

  25. a-mas (thomas)

  26. bukak

aku tak larat pikir.hahahha. Aleesya hafal ABC, even dia tak reti nak baca A, B , C , D. E. etc..tapi dia kenal semua huruf huruf. ko tunjuk K, dia akan sebut K, ko tunjuk M, dia sebut M. alhamdulillah. dah lama dah dia hafal dah. 2,3 bulan lepas kot. tapi kan aku tak buat update. so lupe plak when is the exact time.


Aku rase, Aleesya is one type of typical girl. she loves to play with bears. dia suka main makan makan minum minum. susun susun bear dia kat kusi.cakap cakap dengan bear bear dia. letak bear atas stroller, kuda, pastu tolak tolak stroller, kuda tersebut. Aleesya boleh main sorang sorang tanpa kacau aku sangat sekarang ni. kalo dia ade mood nak main dengan bear dia la. kalo dia nak aku, so dia akan kacau jugak.


Aleesya dah tukar babysitter baru. babysitter lama pindah jitra. nanges nanges babysitter lama sebab nak tinggalkan Aleesya. so nye babysitter lama sebelum pindah aku mintak tolong carikan babysitter baru. so skang, Aleesya dok dengan babysitter baru. makcik around umur late 40's la. dia jaga sekali cucu dia uur 4 bulan. aku rissau dah ni takut Aleesya kacau baby tu. tapi bila hari ke 3 aku dapat borak dengan bs tu, dia kate aleesya tak heran pun kat baby tu. Aleesya dok main dengan bear bear dia je. langsung tak kacau baby.langsung tak pegi dekat baby. aku macam.. erk!


ok. nak balik. nnt aku sambung update. korang baca la yang ni dulu

Friday, March 9, 2012

she is 2 yo.






Aleesya is 2 yo today.

happy birthday dear

moga jadi anak solehah, anak yang baik, bijak dan bersopan berbudi pekerti mulia

semoga allah beri kesihatan yang baik pada anak mama ni. dijauhkan penyakit penyakit merbahaya dan dijauhkan dari malapetaka. semoga allah sentiasa melindungi dan merahmati Aleesya sentiasa.


Mama love you. abah love you. atok nenek love you. semua makcik makcik pakcik pakcik pun love you.


be a good girl ok dear. and be happy always. i am always happy when you are happy.


sayang sya banyak banyak

Thursday, March 8, 2012

My Dolce


My Dolce Aleesya




She turns 2 tomorrow you know. i am so excited.

Thursday, March 1, 2012

1 MAC 2012

tup tup
hari ni dah 1 mac dah
sekejap sangat dah masuk mac

lagi 9 hari aleesya akan berumur 2 tahun. sekejap sangat masa berjalan.
insyallah seperti yang dijanji tahun lepas, for aleesya's 2nd besday, insyallah akan buat makan makan sikit.
i'll update later later ok.

so uuoollss..have a good day ok.

Wednesday, February 8, 2012

Thursday, December 15, 2011

antara perkara yang saya mahu aleesya reti dan tahu




seronok bawak Aleesya swimming aritu. dia boleh kick kaki dia kat air dan dia swim dengan bantuan pelampung tu..TANPA aku pegang dia.
oh dear, proud of you la.


simpan azam untuk bawak sya swimming every weekend and develope lagi skill berenang tu. start with kicking the water dengan bantuan pelampung. nanti bila kaki dia dah kuat and semakin pandai dan paham, baru proceed dengan kayuhan tangan plak. tapi rasanya perlu ajar dia imbang badan dalam air dulu baru leh proceed dengan tangan kan? kalo tak, mahu tenggelam dalam air gamaknya. hmm..perlu lebih teliti atur step untuk ajar sya berenang ni! (mode bercakap kepada diri sendiri)


serta berazam juga untuk mengapply kaedah berenang untuk menguruskan badan. at least sekali seminggu lepas balik keje. pastu boleh jadi 2 kali seminggu kalo keep buat azam untuk bawak sya gi swimming every weekend. :). oh! tapi bayarannye agak expensive la. rm9.70 sekali masuk untuk dewasa. kalo jadi member rm400++ for 1 year. pool ni kat Kulim Golf Club. kat kulim takde pool awam. pool awam terdekat adelah di seberang prai. agak jauh.


seriuosly amat berkobar kobar.tapi minggu ni takleh. i bendera merah.

Wednesday, November 23, 2011

wordless wednesday









weekend yang lepas









dah hari rabu, tapi baru la terhegeh nak update cerita pasal wekend aritu. hari sabtu haritu kami sefamily gi rewang rewang kat Penang. plan asal nak lepak rumah je. tapi aleesya dari pagi lagi dah nanges nanges, so nye perlu la keluar. kalau tidak, penat je dok rumah nak melayan aleesya yang meragam..sure tak dapat rehat la.


tengahari tu lepak kat queensbay mall dulu. dah petang sikit, bawak aleesya gi tengok kapal terbang!!



aleesya menikmati angin petang. syok gila dia sebab aku bukak tingkap and kasi dia diri tepi tingkap. jangan bising pasal bahye. sekali sekala je pun kot! ehehhe.






muke excited dapat tengok plane!! sambil mulut becok sebut plane.. plane..














dapat la tengok 4 bijik plane landing. and every time ade plane lalu atas kepala kitorang, aleesya memang excited sangat. jerit jerit bagai. lepas tu dia bye bye kat plane tu. :)



ni aleesya tengah ushar plane yang dah landing











nanti nanti leh datang sini lagi bawak aleesya tengok plane. :)

Monday, November 21, 2011

waktu hujan renyai renyai

gambar ni was taken 2 days before hari raya haji baru baru ni. syed di luar main bola dengan adik adik beliau. so aleesya pun sibukla nak ngikut abahnya main bola. tapi masa ni hujan renyai renyai. topi tak bawak. ntah hilang mane ntah. so nye kita gunakan ini sebagai alternatifnya.









budak chubby hidung kemek kesayangan

















suka je tengok aleesya dalam gambar gambar ni. budak kecik kalo pakaikan tudung memang comey kan. tunjuk kat ain (adik ai) gambar ni, ain kate takde rupa syed or rupa aku. abes,, rupa sape?????!!!!


Tuesday, November 1, 2011

ada 4 gambar



ade banyak cerita sebab ade banyak gambar. ade 4 je pun. so ade 4 cerita la. semua pasal Aleesya. :)


gambar bawah ni adalah gambar latest Aleesya. gambar last weekend. aku masuk Penang sebab mama requested nak jeruk. so tempat yang biasa memang dekat Chowrasta la. tapi alang alang masuk Penang, kita berjalan terus la erk. so requested kat Syed kata nak pergi jalan jalan kat 1st Avenue. Since mall tu siap, kami laki bini belum pernah masuk jalan jalan lagi. herm.. sama je macam mall mall lain. cuma ade Couch Shop. Mall lain kat Penang takde Coach Shop. hehehe. kat Level movie dia, ada jual macarons. tapi takde beli la. ape yang dibeli di 1st Avenue adalah ... snickers untuk Aleesya. Kaler Pink opcos.




Syed kate stylo macam Liyana Jasmay. night before, kitorang layan 'awekKu Pontinak'. Liyana Jasmay pakai gaun dengan snickers. hehehe. sangat suka snickers ni.



bawah ni pulak pic Aleesya dok ngejek mama sebab dia takmo tido padahal dah pukul 1 pagi dah time ni. cheeky plak bila tengok pic ni. aku ade post FB pic ni.



ni plak si Aleesya bersama kasut dalam rumah. Aleesya ni ade kenan omputih agaknye. suka la sangat pakai kasut/selipar dalam rumah. memang kena standby 1/2 kasut yang bersih dalam rumah sebab kalo tak stanby nanti dia dok punggah kasut kasut jalan kat dalam lemari kasut kat belakang tu. selagi tk dapat kasut, selagi tu la dia memunggah. heels & wedges mama memang selalu la jadi bahan mainan dia.






ni the latest swimming session Aleesya. dia dah pandai kuak kuak kaki dia kat dalam air tu. so dia pun bergerak la ke sana kesini. sebelum masuk pool nanges nanges takmo masuk. lepas masuk pool, nanges nanges takmo kuar pool even badan dah mengigigil gigil sejuk.



Aleesya will be 20 months this November 9th. masa terlalu cepat berlalu. memang life jadi upside down tapi hati tetap rasa bahagia. kan? :)


aleesya, mama sayang awak sangat sangat.





Tuesday, October 18, 2011

always aleesya lah


ade 1 malam tu, kami laki binik kira kia nk bersiet la dari makan nasik.so menuju ke oldtown untuk makan roti. gambar kami makan roti takde. gambar budak tenit ni ade.








dah ramai kate, budak aleesya ni punye rupa dah bertukar ke iras iras muka bapaknye. si laki ku syed itu. ye kah?























tak kisah la ikut muka sape pun. dah ade muka cukup sempurna semua dah alhamdulillah banyak banyak. kan?

Tuesday, September 27, 2011

new ride









her new ride. bought it last weekend. so this morning,instead of walking, she was traveled to next door on this new ride. next door je pun kot. hahahha





Thursday, September 22, 2011

cat





Aleesya pandai sebut cat. tapi kekadang jadi bunyi "kit". sangat suka kat cat sampai tuan punya cat risau cat dia kena buli dengan aleesya.


rasenya semua budakbudak suka cat kot.

Wednesday, September 21, 2011

Tuesday, September 20, 2011

speaking

hahahahaha!!!

malam tadi aku mimpi aleesya speaking utara sikit punya pekat. aku lupe ape yang aleesya katakan tapi memang aku ingat sangat sangat yang dia speaking utara pekat gila.

tu dia..sampai bawak masuk dalam mimpi

Monday, September 12, 2011

SUnsHine





mana nak dapat senyuman macam SUNSHINE?











weweettt!!