Sunday, October 31, 2010

sokong sape?

dialog antara mama & abah

mama : aleesya, aleesya sokong sape? n9 ke kelantan? sokong mama ke abah?

abah : aleesya tak sokong sape sape. dia dah kalah dulu dah! (sambil gelak besar)

keypoint penting
mama:org n9 - ic = 05
abah:org kelantan - ic = 03

aleesya:ORANG SELANGOR - ic = 10

Thursday, October 28, 2010

work station kami

hari ini serta semalam, saya kena WFH (work from home) sebab anak kepada babysitter kena HDFM. penyakit kuku mulut dan tangan tu. kenala kerja dari rumah sebab sayang nak amik leave. lagipun boleh wat keja dari rumah..so kenapa nak membazir cuti kan? kan? hehehe.kena bijak!

penyakit ni senang nak berjangkit.dari air liur, dari poo poo serta wiwi pesakit, dari cecair lepuh ditangannya. pendek kata, memang senang nak berjangkit. harap harap aleesya tak sempat berjangkit. dan dah 2 hari ni, alhamdulillah takda nampak pulak lepuh lepuh di mulut atau tangan aleesya.mintak jauh.memang 2 hari ni, tiap kali bangun tido, muka dan tangan aleesya yang saya belek dulu.

minggu depan pun takmau hantar lagi aleesya ke rumah baby sitter.so sudah import mama kesini.hahaha.

sebab kena wat kerja dari rumah.. ni la work station saya.. hahahah


ni pulak work station aleesya


bersepah dowh!!

Wednesday, October 27, 2010

training

new toy aleesya..botol susu. hehehe

kenapa new toy?
sebab aleesya tak terer sangat pegang botol susu. aku suspect, babysitter aleesya memang pegang botol susu aleesya masa feed aleesya.tak penah tinggal aleesya minum sorang.tu yang anak dara i manja sampai pegang botol susu pun tak terer lagi...

bagusla babysitter tu yang pegang kan. kalo idak kang tersedak susu, dia gak yang susah nanti. tapi tu la..keburukannya adalah..aleesya tak terer pegang botol susu.kat rumah ngan aku..memang aleesya tak penah minum botol. aleesya tak kenal botol susu kalo dengan aku.kalo keluar gi mall pun, aku gi mother's room untuk feed aleesya.bagus shoping mall sekarang.dah siap bilik untuk bagi anak minum.so no prblem langsung.

so sekarang, kena selalu selalu bagi dia main botol susu tu supaya dia akan makin terer pegang botol susu. kira..macam training la. practice make perfect.kan?







ni pulak aktiviti makan buku. kira ala ala konsep rebus buku minum air untuk pandai la. hahahah! so instead of rebus.. aleesya gigit gigit, makan makan. moga moga masuk semua ilmu dalam pale yer sayang. =p









love you sokmo scha

Monday, October 25, 2010

Aleesya's day out


macam selalu. every weekend memang kena keluar. kalo tak nanti mama aleesya meroyan dok kat umah. agaggagaaa!!


so sabtu yang permai itu telah berjalan jalan la kami 3 beranak keluar dari kulim kota keriangan itu. memula gi sunway carnival dulu. masuk parkson cari buku kat aleesya. Lamaze baby book. beli 2 je buah je.













so far, buku buku tersebut adalah bahan makanan serta mainan aleesya. =p


oh ye! sebelum gi sunway carnival.singgah Billion, supermarket next to sunway carnival dulu. cari baju lubang lubang untuk aleesya.last time beli murah je. kali ni mahal lak harganya. so beli 3 pasang then chow.


kemudian, next destination adalah jusco perda. abah aleesya nak beli toy kat aleesya.
taraa..
Fisher Price Auto Rotate Funny Ball with Sound and Ligh






untung ade container susu aleesya. takyah susah payah nak beli bekas bubur yang lain. dah la kecik.senang nak nyimpan dalam beg pun. dah tak dapat wat stok susu, so mari gunakan bekas susu tersebut untuk simpan bubur or fruit/ vegie puree dia plak.


sejak aleesya dah start solid ni. kalo keluar sure bawak bekalan makanan dia sekali. tak la nanti, kita nak makan, dia pun sama sibuk nak makan. kan?




main botol sebab mama and abah malas nak layan aleesya.lapa.nak makan.


toys aleesya makin banyak. sekitaran hall pun makin bersepah berparallel dengan toys yang makin banyak. =p
xpe.tu tanda mama sayang aleesya. love u.muahh.

Thursday, October 21, 2010

adeh..ngantuk

adeh..ngantuk.
dah la minggu ni takde layout activity. takde activity susun susun besi. tapi kene buat self study pasal HV. adeh..ngantuk ngantuk gini acane nak study?

apesal ngantuk?

sebab malam tadi aleesya tak tido. around kul 4 pagi baru dapat tido lena sikit. tu pun aleesya ade bangun 2 kali nak minum susu.

aleesya demam semalam. dari tengahari babysitter aleesya kata. so malam tadi taktahu la nape? panas kot. tak selesa ke..or aleesya sakit pale macam kita kalo time demam kan? ntahla.tapi asik la nangis. bagi susu takmo. asikla nak nangis. ngantuk ngantuk mata terkatup pun, mulut still nangis. jenuhla dok lumur air asam jawa. dok letak minyak kat perut. pampers pun dah check. nangis jugak. tapi malam tadi..tak panas sangat dah. 37.3 celcius je. masa kat kinik masa gi kul 7.30 malam tu ye tinggi. 38.2 celcius.
ni gambar budak dobot sewaktu bawak dia gi kinik.

drumstick aleesya. maklong aleesya kate " ni bukan drumstick ayam. ni drumstick ayam belanda"



pastu aku ngan syed masing masing confuse apesal aleesya demam.padahal baru 2 minggu sudah dia baik demam. alahai anak omak. susu ibu bagi dah. tapi awat badan kamu asik demam je aleesya?

pastu teringat, selasa lepas balik keje telah pergi ke hospital melawat kawan sakit. bawak aleesya. sampai spital around 630pm and lepak sampai 8pm lebih. gi sana pun dengan kawan opis. syed masih keja masa tu. adakah kerana telah membawa anakanda ke hospital telah membuatnya demam? ye la spital kan? gi lak waktu2 petang nak maghrib kan. tapi aleesya ok je time kat spital tu. tapi dia takmo la dipegang oleh orang sakit itu. kalo orang sakit itu pegang, nanti aleesya nangis. agaknya betol kot orang sakit itu telah ditendang oleh makhluk halus. tu pasal aleesya nangis kalo orang sakit tu pegang. hahahahha. nujuman khurafat. sila jangan percaya.!!

malam tadi bubur aleesya dah abes. so malam tadi masak menu baru.









  • bubur+brokoli+carrot








adeh.ngantuk lagi.serta badan rasa tak sedap sebab tak cukup tido.lesu lemah gemalai.tapi memang meragam yang terbaeeeekkk la dari aleesya semalam!

Tuesday, October 19, 2010

aku refer sini..kalo nak masak food untuk aleesya

bila aku nak masak food for aleesya, aku bukak web ni as reference. http://www.wholesomebabyfood.com/.

buah ape, sayur ape, buah ni leh mix dengan ape, sayur ni leh mix ngan ape.

cara nak masak lak, samada rebus or steam. baked aku lom penah coba.

macam this week nye menu, aku kopek kulit apple n pear. potong potong then letak dlm steamer. peaches plak aku just potong 4 je dulu. aku tak kopek kulit lagi. lepas steam.lepas dah sejuk sket..baru aku kopek kulitnye. then aku masukkan 3 3 biji buah ni dalam blender, then blend. before blend tu, aku letak air lebihan steam tadi. senang nak blend kan. then..siap la 1 menu. hihiih. senang kan? tapi leceh dowh..

new menu for aleesya

minggu ni nye menu baru adalah seperti berikut:

  • bubur + brokoli
  • apple + pear + peaches
  • carrot + potato + peas
  • avocado + banana



stok beku vegie/fruit puree and EBM aleesya

aleesya dah start on FM balik. kali ni aku bagi susu ENFA. tak guna ISOMIL dah. sebab aleesya tak alah pun dengan susu lembu. tiap hari, aku akan bagi 10oz EBM pada babysitter and balance 5oz guna FM. skang ni perah sekali je kat opis. dapatla dalam 6oz, 8oz or 9oz. then sekali lagi time malam. kekadang malam malam malas. tu yang ade stok sikit sikit dalam freeze incase malam malam malas nak pump..so ade stok EBM untuk di top up.

yang icebox kaler kaler tu. tu fruit/vegie puree aleesya. wat mase ni ade 6 je. nanti nanti aleesya dah besar..selera dah makin besar..gamaknye kena tambah lagi la.

1 cube tu adelah 1oz. aku dah sukat dah. so sekarang ni..fruit/vegie tu..aku kasi 2 oz je.bersamaan 2 cube. 2 cube pagi.2 cube petang.

tapi, tahu dah..aleesya tak berapa suka banana. awat erk? padahal punyela sedap pisang tu.

ape pun..mama loves you aleesya

Picture of the week

gambar ni la pemenang minggu ni untuk dijadikan wall paper handphone.

ish aleesya mama ni. wat mama rindu la kat dia.

Friday, October 15, 2010

dobot

lihat. ape makcik n pakcik aleesya panggil aleesya? dobot. hehehe. tapi saye macam suke la. macam comey. hahaha!!!


" CUTEST BABY CONTEST " bersama Sinar Raudah

ok sekalian. selalu dah asik tengok orang lain dok masukkan anak dorang contest contest gini kan. teringin gak nak join. tapi keinginan tu tak tinggi macam arini la. arini..akhirnya..for the 1st time.. telah mahu mengjoinkan diri dalam contest yang SINARRAUDAH anjurkan. eceh ayatzz.skematik fantastik! sila cebik!


******************************************************************



taaaraaa... anakanda aleesya



Nama : Syarifah Qairyn Aleesya binti Syed Mohamad Khalil Khusairi
Umur : 7 bulan
Nama Ibu : Ida Murni Mohd Nordin

****************************************************************

meh ar join. tayang anak masing masing. hehehehe!! moh moh moh! detail semua korang leh dapat dari blog ni.. sinarraudah.

Thursday, October 14, 2010

batuk ngan seseme lagi daaaa....

budak kecik ni asik nye la dapat flu and cough. since dia umur around 5 and half months. nape ntah. habuk banyak kot. panas lagi.

3,4 hari lepas just bagi dia ubat yang dulu dulu yang masih ade bakinye. tapi sebab tak gak lega malah batuk dia macam makin kuat je...so semalam bawak la dia gi jumpe paed.

sebab ubat batuk and seseme kinik paed ni selalunya lambat baik kat aleesya, then i ask paed untuk ubat batuk and seseme lain. pastu selamba badak paed tu gelak. gelak slow la. bukan berdekah dekah. dia kate la..ni baby, tak leh bagi ubat yang tinggi lagi dos dia. so aku ok la kan. ye la. paham la. pastu syed mintak la ade tak ubat batuk and seseme yang 2 in 1. sebab aleesya ni gila susah nak makan ubat. macam kena berperang kalo nak bagi dia ubat. dulu dulu bagi dia makan ubat kena berdua dengan syed. skang dah terer sket la. bagi sorang sorang je.caranya? aku dok mengangkang..himpit tangan dia guna kaki aku. hahhaha. tapi janganla himpit kuat kuat.ok.

oh. paed tu kate. sebenarnya takde ubat bagi elok batuk. sebab batuk bukan penyakit. batukla pengubat penyakit. penyakit nye adalah bronkitis. tapi tuhan bagi batuk supaya kahak dalam bronkiol keluar dan nanti elok la penyakit tersebut. so semua ubat batuk adalah ubat penggalak batuk.bukan ubat pelega batuk. tu paed kate la. kalo dia tipu aku..aku tipu korang la.










last time masa session sedut sedut ni..aleesya nangis. tapi kali ni, dia tak nangis. aku macam sedikit konfius la kan. bukan suka dia nangis. tapi macam tak sangka kan. so aku pun perati dia betul betul. hahhhh!! padan la tak nangis. dia dok jilat jilat benda tu dari dalam rupanya. patut senyap tak nangis. tak semenggah tol anak dara aku ni la..

susu dan ikan siakap

saya kan..

kalo baru lepas makan ikan siakap, sure penghasilan susu akan bertambah tambah. penuh gila sampai bila sedang memerah sebelah kiri, belah kanan punya bra telah dibasahi susu.

memang ada baca dalam internet serta ada seorang kawan berkata. sila la makan ikan.boleh tambah susu. tapi kalo makan ikan kembong,penangan nya takla ketara.tapi kalo makan ikan siakap..tu dia..meriah beb.

so..sila la makan siakap!

gila ape..ari ari makan ikan siakap, kering kontang poket sebelum waktunya.

Wednesday, October 13, 2010

gud job done baby

aleesya dah ngengsot ngengsot ke depan. ala ala merangkak la. setengah step tu..dia mengengsot. and ade setengah step tu dia merangkak. ke depan..bukan ke belakang. dia tak guna gear reverse da.. dia terus guna gear D je.even idak la expert.idak la laju..tapi tetap 1 pencapaian baru kan. kan baby kan?

petang semalam baby sitter kate dia dah leh gerak ke depan dah. so malam tu, aleesya tunjuk bakat depan mama dia lak. happy gila ati ni..sampai tak tahu nak describe mcmne. hahaha! eceh..baru merangkak pun. macam berjaya naik gunung everest je happy nye. hahaha!!

tetiba teringat kat mama n abah. sure diorang happy gila mase aku dapat good result masa UPSR dan PMR. macam aku happy gila aleesya dah boleh merangkak ni. dan sure dorang sedey gila bila result SPM aku teruk gila. macam bila aku bace blog ibu ibu lain, anak dorang 6 bulan dah boleh merangkak. hehehe. mental!

ade video aku rakam semalam. rekod dalam kamera. kamera tak bawak opis. so takleh nak upload. nanti aku upload naa kalo berkesempatan.

yahoooooo...dolce mama dah boleh merangkak!!!!
gud job done baby. :)

always love you aleesya


Monday, October 11, 2010

new menu for aleesya

new menu for aleesya this week

  1. bubur + apple + peas
  2. avocado + pears
  3. carrot + peas

satu lagi fruit/vegie puree adelah dari last week punye menu.belom abes lagi..so abeskan tu dulu.

babysitter aleesya kate, aleesya loves all the new menu's. masuk 7 bulan ni pun sukatan bubur aleesya dari 2oz dah kena tambah 3oz. tu pun babysitter aleesya kate..aleesya macam tak cukup. no baby no. kite increase step by step ok. go slow baby..jangan gelojoh.

aleesya @ 7 months

Aleesya sudah 7 bulan tuan tuan puan puan.































aleesya's milestones

  • meniarap sambil berpusing pusing 360 darjah
    meniarap telentang meniarap telentang sampai bosan/menangis
  • duduk dengan bantuan
    berdiri dengan bantuan
  • sudah makan.fruit/vegie puree + bubur
  • pandai main peek a boo
  • suka dok depan cermin
    dah pandai respond bila mama hulur tangan nak amik dia dari dukungan orang lain.
  • bila orang terkinja kinja, dia pun nak join terkinja kinja
  • pandai tengok tv.khusyuk tgk tivi macam mama jugak.
  • angkat bontot dengan tinggi.tapi tak gak merangkak rangkak nye jugak.
  • dah memberat sebanyak 8.7kg
  • macam mama jugak..suka berjalan.kalo kat rumah time wekend..asik nak ngamuk je. kalo bawak jalan, senyap saje.
  • kalo nampak orang dah cantik cantik, jangan la letak dia kat bawah.sure melalak.takut kena tinggal.
  • dah jatuh 2 kali.hehehhe. =p

macam ade lagi.tapi lupa ar.malas nak pikir lama lama.



sekarang ni, tak tido atas katil dah.bentang toto tido depan tivi. sebab kami laki bini dah sakit sakit badan tido merengkot rengkot sebab bagi space kat aleesya berputar 360 darjah time tido.



even dah tido kat depan pun.. tiap malam sure terbangun gak sebab kengkadang dia punya putar 360 masuk kawasan kita tido gak.kene bangun cari space terbuka lain. anakku..anakku..



len kali nak beli katil king size plak.eceh..macam muat bilik je.. =p



mama loves you aleesya. :)

Wednesday, October 6, 2010

~woooo~


muncung mulut sambil bunyi ~wooo~

tu la fav aleesya sekarang dan agak mengkelakarkan kami laki bini

sudah start solid pada aleesya

pasti post kali pasal aleesya lagi.

saya dah start kan aleesya on her solid food. alhamdulillah. everything went well. dia suka sangat. amatla sangat bersemangat dapat makan selain dari minum susu je.

saya start solid pada aleesya pada umur aleesya genap 180 hari. masa tu kalo ikut bulan by tarikh..aleesya belum cukup 6 bulan. lagi 5 hari baru genap 6 bulan mengikut tarikh dia lahir.

masa 1st time tu start her solid with apples. beli dah apples brand GALA. tapi still ade masam masam nye. mane ntahla nak dapat apple yang gila manis ntah. so masa aleesya 1st taste tu..dia kerut kerut sket la muka dia. sebab masam kan. lucky i baught a pear too. so bagi dia tasted pear plak. so dia amat suka sebab rase sweet pear tu. enjoy okey dapat tengok ke'enjoy'an kat muka aleesya that time. :)

dia punya suka nak makan, sampai dia yang dok hulur kepala dia sambil bukak mulut besar2. suka.suka.

plan asal nak start aleesya pada bubur masa dia dah masuk 7 bulan. tapi sebab masa umur dia 6 bulan ni..adalah waktu raya, so pasti harus balik kampung dimana ada mak mak kita ni kan. yang dah experience menjaga, mengfeed anak bagai kan. so bila dia tahu yang takda bagi pun bubur kat aleesya so sudah asik suruh bagi bubur. mama kata mana cukup setakat bagi buah je. so sebab malas nak explain yang.."sampai umur aleesya setahun..ape yang kena wat aleesya kenyang adalah susu"...so ikutla kata mama. then i made her a bubur. plain bubur. ye..amat amat la aleesya semangat nak makan. and seem dia macam kenyang lagi kalo add the bubur in her diet. so from tat day..tak missed bagi dia makan bubur.

Aleesya suka bubur more than fruit or vegetable puree. kalo bagi dia makan bubur. dia akan makan dengan bersungguh dan asik asik hulur kepala sambil bukak mulut nak lagi. kalo bagi fruit or vegetables puree..dia makan. tapi nanti lama lama..dia akan makan sambil main. dok sembur sembur makanan tu. makan dia memang makan. tapi dia makan sambil main main. ish..la anak mama ni.

so far dibawah adalah ape yang telah diberi pada aleesya.

  1. apples puree
  2. pear puree
  3. peas puree
  4. mash banana
  5. bubur
  6. bubur+peas
  7. bubur+potato
  8. potato+carrot puree
  9. apple+carrot puree
  10. apple+peas puree
  11. apple+pear puree
  12. pear+plum puree

rasa macam yang ini je penah bagi dia. lupa arr. dan masih dalam proses mahu pelbagaikan lagi makanan dia.

yang fruit dan vegetables puree..wat banyak banyak dan frozenkan. tapi bubur dia tak frozen.

bubur dia masak budget untuk 2-3 hari dan letak dalam fridge biasa je. pastu abes then buat lain. masak bubur senang. tak berapa leceh macam buat fruit and vegetables puree/ bagi saya la. :)

masak lak..kalo rajin, saya akan stim.kalo saya malas..saya rebus je. with little water ye. then diblend.

jadual makan dia..

pagi - fruit/vegetable puree

tengahari - bubur

petang sikit - fruit/vegetable puree

petang sikit lagi - fruit/vegetable puree

malam - bubur

gila banyak kali makan. hahaha. yang pagi sampai petang sikit lagi tu..semua makan di rumah baby sitter. yang malam nye around 7pm saye feed aleesya ngan bubur. then sejak dah start solid ni, kat rumah baby sitter dari kul 8am - 6pm aleesya minum 15 oz. sebelum start solid, aleesya minum 18oz - 19oz. so takde la banyak sangat kurang nya.

dan toksah riso.. baby yang dah start solid..pasti mahu minum jugak susu fresh kita ni. buktinya..aleesya balik je rumah..selalu mesti nak minum susu. even lepas je dia baru dinner. dia akan nak susu fresh saya ni jugak. then baru la dia akan lena. tapi... tipu ar..penah dengar kata kalo dah start solid, baby tak bangun malam dah. tipu ye. sebab aleesya still bangun nak minum susu macam biasa. nasib terer dah bagi aleesya minum susu sambil baring. so takde ape nak komen pun. hahahha.

so sekarang ni, ari ari pk..ape nak bagi aleesya makan ni? nak mix ape dengan ape? nak start dengan fruit/vegetables baru ape?

pergh..siap stady, print and letak kat umah lagi senarai fruit/vegetable yang leh try untuk aleesya. macam nak pekse je gamaknya. tapi seriyes..bila start new fruit/vegetables kat aleesya..rase excited sangat sangat. sebab kita nak tengok macam ne action dia kan. kerut kerut muka ke..senyum senyum ke..

pergh..panjang gila entry. selamba badak. padahal keje menyusun besi banyak gila ni. okey.okey.mari tamatkan entry kali ini.

Friday, October 1, 2010

raya raya

ok.tahu.dah masuk minggu ke 3 raya dah. baru la gedik gedik nak upload dan buat entry pasal raya kan? actually.. saya ni agak kebusyan sikit la lepas masuk kerja after cuti raya ni. tika dan saat ini jugak masih sebok. tapi kerana hari ini adalah hari jumaat, maka nya perasaan friday blues itu telah menyerang.
tahun ni perasaan girang gembira ye kawan kawan. kerana bermalam raya serta berhari raya pertama di belah saya. happy gitu you! dah tu..adalah pulak si anakanda. lagi la memeriahkan majlis. so temanya adalah oren oren coklat coklat merah. (gila banyak warna).

bergambar bergumbira bersama sama keluarga terchenta saya.


full dress.
kitorang ada gambar sekeping ni je yang sefamily. bongok tak? tapi kitorang ade amik gambar sefamily 3 beranak kat studio.
mama with dolce aleesya
abah with dolce aleesya
sementelah itu..apabila raya ke 2 menjelma.maka kami telah bergathering dengan family belah abah. the idris's clan gathering. syiok abes. thiz year turn makngah so kakngah yang telah menjadi tuan rumahnya.


kami laki bini dapat duit raya wooo..

kami la mak mak gorjes. macam anak dara lagi kan?heheheh. (jangan muntah.ini kenyataan kan?) ok.boleh muntah sekarang.


kami..The Nordins's




pastu..raya ke 3..sudah mula setat beraya bersama keluarga belah sang suami pula.