Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

CONTEST mummyhaza~ Uniknya ayah & anak



tetiba rasa nak join contest. dah agak lama tak join contest. kan?


so kali ni nak join contest ini. orang yang rajin&baikhati wat contest ini adalah mummyhaza.












gambar ini adalah gambar si bapak berserta anak DARAnya. ye..anak dara ye. bukan anak teruna beposing dengan baju collection dari MANCESTER UNITED.


bapaknye die hard faN MU. so dengan anak anak kena tempias MU nya. keunikan bonding antara bapak dan anak tak kira boboy ke gegirl ke, dimana anak wajb sokong club bola yang bapak dia minat. :)



Thursday, November 4, 2010

Good Night and Sweet Dreams Contest




hahahhahaha...

aku gila bercontest skang ni. ade 2 lagi contest yang bakal aku update kat sini.

kali ni contest dari mummyayu. pertandingan pakai baju tidoq!

so sebab aku takde keje.eh! ade. tapi terlampau-sangat-rajin-nak-wat-keje, so aku nak tepek gambar qairyn aleesya pakai baju tidoq dia.




tara..


nama : syarifah qairyn aleesya bt syed mohamad khalil khusairi
umuq : 7 bulan





ni aleesya pakai seluar yang dijahit dari kain batik. atok & nenek aleesya yang belikan untuk aleesya. dorang sayang kat aleesya so dapatla macam macam kan. orang kate tidoq pakai kain batik best kan. sejuk kan. so that, maybe pakai seluar batik juga begitu. hahaha!!



Saya Nak Teka Berat Baby Mama Liyana

ok. ni contest ke 2 yang saya sertai. oli ni kawan orang. (eceh, terus tukar nama panggilan dari saya ke orang.sebab oli suka bahasakan diri dia 'orang'.

oli peknen dah...dah bape minggu erk? dah banyak minggu dah la. nak beranak dah tak lama lagi.

so before dia beranak ni..dia pun rajinkan diri nak wat contest..nak soh orang orang teka berat anak dia.

meh ar join.jadi mak nujum sat.korang leh click kat link bawah if nak jadi mak nujum macam 'orang' gak.hehehhe

http://liyanadiabu.blogspot.com/2010/10/contest-saya-nak-teka-berat-baby-mama.html

oli, if u read this..

aku nak wish ko gud luck. bersalin mmg sakit. mane ade tak sakit kecuali ko amik epidural la. which aku budget untuk second anak aku nak amik epidural gak.hahahha! sentiasa pikir positif dan jangan asik pikir sakit sakit dan takut takut je. nak jadi mak kene berani. :). nanti nak bersalin takmo jerit jerit kalo sakt. nanti nurse situ jerit kat ko lak.hahaha. eceh dah macam mak mak nasihat anak lak. ok.pendekkan kata la. gud luck.aku taw ko leh jadi supermom. update cepat lepas beranak nanti.nanti nanti bila rina ade balik mesia..ko pun dah beranak..kita wat gathering. boleh ade sesi tunjuk anak.hahhaha.

Friday, October 15, 2010

" CUTEST BABY CONTEST " bersama Sinar Raudah

ok sekalian. selalu dah asik tengok orang lain dok masukkan anak dorang contest contest gini kan. teringin gak nak join. tapi keinginan tu tak tinggi macam arini la. arini..akhirnya..for the 1st time.. telah mahu mengjoinkan diri dalam contest yang SINARRAUDAH anjurkan. eceh ayatzz.skematik fantastik! sila cebik!


******************************************************************



taaaraaa... anakanda aleesya



Nama : Syarifah Qairyn Aleesya binti Syed Mohamad Khalil Khusairi
Umur : 7 bulan
Nama Ibu : Ida Murni Mohd Nordin

****************************************************************

meh ar join. tayang anak masing masing. hehehehe!! moh moh moh! detail semua korang leh dapat dari blog ni.. sinarraudah.