Wednesday, March 7, 2012

happy birthday mama


ni mama saya.




mama, happy birthday. tahun ni mama dah 55 tahun. angah doakan mama panjang umo murah rezeki. angah doakan mama happy, sentiasa happy and angah arap angah dapat happykan mama dan bagi macam macam kat mama.


the best mom ever. semua anak anak akan bagi recognition ni kat mak masing masing. kalau ade award best mom ever pun..sure angah bagi kat mama.

mama garang. sangat garang. yang sangat garang. tapi garang tu la yang wat anak anak mama jadi orang. buat anak anak mama takut nak buat yang bukan bukan. takut nak kuar dengan kawan kawan masa zaman sekolah. takut nak bagi nombor tepon umah kat kawan. takut nak balik lewat kalo gi main petang petang.takut nak tinggalkan pinggan kotor kat sinki tanpa berbasuh. takut nak melepak bersidai boral borak bila ada kenduri kendara. gila! nak kene kutil? nak kene bebel 3 hari 3 malam? tobat.takmo!

penah dulu dulu, mase tu aku anak dara baru nak naik.so menggeletis dah ade boifren. mase tu form 5. boifren dok kl. kami dok penang. so bil tepon umah telah naik mendadak. mama selamba dengan garangnye telefon no tepon tu and tanya macam macam kat mak boifren aku.dah soheh soheh, anak dara dia yang tepon, pastu dia leh marah marah orang tu plak. hahha. kelakar ok. mak ai garang!

mama memang garang.tapi dia a very good mother. tak penah aku balik rumah dari mrsm time cuti sekolah mama tak masak sambal tempe dengan masak asam.tak penah aku balik ke mrsm semula dengan tangan kosong. cakap je nak makan ape.kalo ari ni bising bising nak nasi ayam.esok dapat la nasi ayam. kalo arini bising bisig nak gulai lemak ayam cili api, sok dapatla lauk tu.kalo pagi pagi lagi nak balik asrama, mama la yang bangun dulu nak masak nasi lemak wat bekal dalam perjalanan.

masih terlekat kat ingatan ni, terbangun tengah tngah pagi, mama ade dalam bilik tidur kami. dok tampat tampar and halau nyamuk. ade ubat nyamuk pun, nyamuk berani dekat.masih ingat gak, mase tu baru form 1. aku patah tangan. tapi mase tu budak lagi kot. mana la tahu yang patah tu akan menjadi sangat menyakitkan. so balik dari hospital, telefon abah bagtau abah, "bahu angah patah.cikgu tengok x-ray kate sikit je patah." kat belakang dah dengar dah mama dok nanges nanges. tup tup sok pagi kul 8 pagi mama abah dah sampai dah asrama. :)

ish..kalo nak senarai semua, tak tersenarai. 1000 tahun pun tak abes nak senarai semua ape yang dah mama buat untuk anak anak dia.bersyukur sangat sangat dapat mama as mama.

so mama. happy birthday. may god bless you.i love you so much. angah memang tak tunjuk sangat. angah segan.tapi angah sayang mama sangat sangat.sumpah.tak tipu!

Thursday, March 1, 2012

1 MAC 2012

tup tup
hari ni dah 1 mac dah
sekejap sangat dah masuk mac

lagi 9 hari aleesya akan berumur 2 tahun. sekejap sangat masa berjalan.
insyallah seperti yang dijanji tahun lepas, for aleesya's 2nd besday, insyallah akan buat makan makan sikit.
i'll update later later ok.

so uuoollss..have a good day ok.

Thursday, February 16, 2012

sambut hari lahir




salah 1 ayat ustaz azhar yang aku nak highlight disini adelah "HARAM tiup lilin". boleh dengar selengkap dengan menekan button play di vid di atas ye..Syed yang send kat email ofis aku semalam. mementang la aku plan nak wat besday party aleesya nanti.so syed pun gagahkan diri dia cari youtube ni. dia warning secara tersirat la kat aku tu! mesti dia tau, kalo dia yang terbiah aku nanti sure aku takmo dengar.so dia guna la vid ustaz azhar untuk tazkirahkan aku.

okla. tak tiup lilin la. cacak lilin pasang api pastu amik gambar pastu padam lilin guna pisau kek.boleh gitu? hahahha.

actually, benda baik pun.hahaha. tu pun nak sentap. kate nak berubahkan.hahaha.ok ok.

Tuesday, February 14, 2012

Ust Azhar Idrus- Sambut : Hari Valentine




ok.aku sedang mahu mengaku ni. aku memang dari sejak dulu kala lagi tahu pasal valentine ni tkleh sambut.tp aku tk penah la nak bace sejarah kenape tkleh.just dengar dengar cerita dari mulut mulut orang je. bukn dari mulut mulut orang berilmu la. so ni 1st time dengar cerita dari mulut ustaz. pergh... ustaz kate " kalo saje saje suka suka sambut ikut orang, jatuh hukum haram.kalo kate molek hari tu jadi perayaan jatuh sebagai kafir". tu diaaa....takuit!

dulu zaman zaman belum kawen ngan syed, suka hint hint syed pasal nk celeb valentine.tp opcos la kene reject kan. penah ade 1 hari tu, kami gi dating.mase tu valentine.so memang ramai orang jual bunga. aku pun hint hint la mintak.jangan harap la dapatkan. tapi..the next day, aku dapat gak mawar ku itu :))

aku tak baik.tapi aku try the best nak jadi baik.try the best untuk berubah.kerana allah.slow slow.insyallah.

bila sebut kerana allah.teringat dialog Delisa kepada umminya mase aku layan cerita Delisa yg tsunami kat Acheh tu. Delisa tu kate " Delisa sayang ummi kerana Allah". nnati nk praktik ayat tu cakap kat syed. "B sayang kat sayang kerana Allah" . aaaww..suweet.

ok sekian aktiviti merapu

Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday



dah tak jobless

dah tak 'jobless'.
tapi bila buat keje kena pasang lagu kt telinga.
kalo idak tangan asekla benti wat keje and main fb la, baca blog la, bace beautifulnara la. chatting la.
arini layan streaming radio.
tapi tersasar gak fokus. sebab masih sempat post 1 entry.
hahahha.

ok enjoy ur day !