Monday, May 10, 2010

kronologi kelahiran aleesya

askum..

dah hampir 2 bulan tak update blog. bizi pun iye..malas pun iye. aleesya pun dah masuk 2 bulan dah semalam. kejap je cuti maternity 60 hari abes. tapi terasa lambat je aleesya nak besar. maybe sebab new environment.. =p

meh kita ulang cerita 9 mac dulu meh. supaya dri sendri tak lupa. supaya nanti boleh bagi aleesya baca bila dia dah pandai baca. :)

masa 9 mac tu, memang pergi KPMC (Kajang Plaza Medical Centre) untuk wat weekly checkup. week yang ke 39. dan plan asalnya, setelah selesai checkup mahu ke stesen bas kajang untuk beli tiket syed nak balik kulim. tapi.. masa nak amik air kencing, saya sudah terperasan ade darah pada panty liner. dalam ati mmg dah agak dah..tak lame lagi nak beranak la ni. happy sangat sebab mmg doa hope aleesya kua tat day so takyah la beli tiket bapak dia nak balik kulim.

10.30am
masuk jumpe doktor bagitau doktor ada darah kat panty liner, then doc suruh baring nak check baby. lepas check baby semua, dia suruh bukak seluar nak check bukaan. aku sentap sekejap.. macam"wut..nak tunjuk kat doc laki ni ker?" aku pandang syed, syed pandang aku. sepatutnya doktor aku perempuan, tapi on tat day, dia MC kene demam denggi. nak jadi cerita la kan.. ok sambung. then dia doc itu pun terus la menyeluk bawahku itu. sakit pun iye, rase tak selesa pun iye. lepas abes seluk seluk dia kate " boleh masuk ward dah la". aku sentap kali ke 2. ayoyo..aku lom redi lagini. sakit ape pun idak ni. maleh la nak masuk awal2. kang asik kene seluk je "adik" ku itu annti. tak ske la. so aku cakap kat doc " saya balik umah dulu boley?. lunch makan sedap sedap dulu boleh? sebab saya tak rasa sakit lagi ni?" then dia replied " nak datang balik bila?" aku jawab " lepas lunch la...tapi doc, berapa tempoh max untuk saya datang balik sini?" dia pun jawab " 6 jam". so aku pun balik umah.

dari kul 10.30am sampai 4.30 pm
ade contraction tapi tersangat la lite. tak rasa sakit langsung. patut nak gi spital semula lepas lunch, jadi nye tak pergi pergi sebab tak sakit pun. mama dah risau dah. sebab tanda dah ada kan..tapi aku still takmo gi spital lagi. then bila dah kul 4pm dia ajak jugak pergi sebab kang kalo dah lewat petang baru terasa lagi susah sebab kajang jammed teruk petang petang ni. so kul 430 pm barula angkut sume barang gerak kuar rumah menuju ke spital.


kul 5.00pm
ni dah siap warded, dah siap pakai baju spital dah time ni..nurse masuk nak check bukaan. aduh..part yang paling paling tak ske la. amat2 tak ske. lame gak dia check.sebab bukaan tak berginjak dari 3 cm. patutla contraction lite lite je. so after tat nurse masukkan ubat untuk memudahkan membuang air besar dan berak la saye kemuadiannya. heehhehe. kemudia, nurse cucuk tangan sebab nak masukkan air dalam badan.

kul 5.30 pm
selepas beberapa ketika air dimasukkan dalam badan, contraction bermula. kat perut dah pasang 2 wayar yang bersambung dgn screen utk pantau heartbeat baby serta kekuatan contraction. yer...masa ni..contraction telah mula dirasai. memula sakitnya so~so~. lama lama contraction makin kuat. aku pun recite la ayat ayat doa doa yang aku ingat sambil tengok tivi. tapi ayat ayat tu cuma boleh terlafaz time contraction takde je. bila dia tengah high..boleh katup mulut menahan sakit je. so syed kata..sebut dalam hati je.

kul 6.45 pm
doktor masuk nak check bukaan. aduh..sengsara. tak ske. puas tarik nafas takmo bagi sakit. then dia kate " dah 7cm.bawak masuk labour room".


kul 6.55pm
dah baring atas katil kat dalam labour room.tengok jam dah kul 6.55pm. sakit makin menjadi jadi. bacaan kat mesin ade lah sampai 100~100++. bila contraction ngah high..tangan syed la jadi mangsa. mmg sakit gila. dalam hati dok sebut nama allah je. tak terlafaz kat mulut de..sebab contraction makin kerap..bidan kuarkan air kencing guna tiub, bidan asik dok check bukaan. azab azab.


pukul berapa ntah..contraction makin makin kuat. sakit gilos..bidan check bukaan kata dah 9cm. pastu dia pesan..kalo sakit panggil ye. dia pun keluar. pastu 10 minit lepas tu..dia masuk..check lagi bukaan. pastu dia kata" kalo rasa macam nak berak, teran ye" lepas tu terus rasa macam nak berak. aku pun kata " dah rasa dah mcm nak berak" pastu dia soh teran then dia blah kuar. aku pun dok teran la. mmg serius rase nak berak la. aku rasa time ni la kot aku sempat pkir " lepas ni takmo beranak dah!" hahahah. aku cakap dalam hati je la. (aku rasa tu je la kesimpulan yang leh dibuat macamne sakitnya nak beranak tu) then doktor masuk. nurse and bidan betulkan kedudukan kaki. then dia suruh teran. aku tak sure berapa kali aku teran.aku rasa tak lebih 5 kali.. then ..

kul 740 pm
lahir la SYARIFAH QAIRYN ALEESYA. lepas push terasa kepala dia kuar sekali ngan badan badan semua laju je then terus nangis. takde pukul pukul bontot de. apagar dapat 9/10 yer. :) bagus anak mama.

aku rasa, dah mudah sangat dah aku lahirkan aleesya. aku rasa macam ada orang yang sakitnya lebih sakit dari yang aku rasa. aku sakit contraction kejap..sakit yang aku rasa..maybe kurang.mudah sangat aku lahirkan aleesya. (aku bandingkan based on cerita cerita yang aku dok bace dalam blog pasal orang beranak ni). alhamdulilah sangat. :)


oh lupe nak cerita. bidan kat situ..aku rasa nurse spital kerajaan yang dah retired. dorang hati kering nye nurse. bukan la garang tapi tegas kot.

awal2 sound aku jangan nak jerit2..jangan nak bunyik bunyik. ingat kat allah selalu. so aku rasa, sebab tu la..aku tak bunyik banyak pun. takooot!!! tapi bagus gak. psikologi gitu. mmg aku tak bunyik sgt. sakit simpan dalam mulut je.hahahah.


lepas beranak..adelah beberape orang yang dekat datang. aku ubat bius time tu tak ilang lagi..so masih la tak rasa sakit. aku leh gelak gelak.borak borak bagai nak rak sampai org yg datang tu kate..aku tak macam orang yang baru beranak.malam lewat sket tu..badan dah mula rasa penat.taklarat. and malam tu..lepas semua balik..aku nangis dalam pelukan syed. nangis happy, nangis menahan sakit time beranak tadi, nangis penat.semua semua bercampur. fuh!!! lega.semua setle.








3 comments:

Anonymous said...

ehe..penat hari2 aku tgk blog ko tak updated2...last2 harini baru aku prasan dah updated...anyway tahniah skali lagi...welcome to the club....da kalau nak susu badan banyak gi makan lobak putih banyak2..masakla sup ke ..masak air ke...coz dulu mase sofea aku makan memang menjadikla kuar banyak sampai bengkak2 susu aku....

Alhamdulillah zafran aku boleh bagi full breastmilk sampai skang...4hb6 ni genaplah die setahun....aku ade perah gak susu badan dulu mase zafran tak start makan lagi(before 4months) tapi die tak nak isap botol susu...die tahu tu bukan puting aku..so memang jenuh ar mase 4bulan pertama tu abu nak jage die time aku gi uni....tapi bile die dah start makan cam skang memang dah senang ar...aku bagi time nak pegi n bile balik terus die kejar aku coz gian nak susu..heehhe...so diantare mase aku kat uni tu abu just bagi die makan n minum air kosong or juice je la....tupun sampai skang bagi minum pakai cawan die je....die memang tak suke botol susu sampai skang....

okla,nak sambung wat keje papepun aku happy untuk ko n syed....kage alesya bebaik...kisskan die untuk aku yek...papai n take care...

murn!e said...

lobak putih yer? worite.nnt aku try.

aleesya ok je minum botol sebab mmg dah ajar masa dalam pantang lagi.susah jugak kalo dia taknak botol.tak keje jawabnya aku. cuma aleesya memilih sket susu..macam aku gak la perangai dia. makanan nak memilih jer...aleesya dia tak ske susu yang dah simpan lebih dari 2 minggu. ekceli ade gak hikmah aku lambat wat stok susu untuk aleesya aritu.jenuhla bagi dia minum susu yang lama. dekat 15 minit bersilat dgn aleesya baru la dia redha dengan susu lama itu. uhuhu. kesian jugak kat dia..

i will try my best untuk raise aleesya sebaik mungkin.ko take care jugak. kem salam kat abu, sofea n zafran.

kak chena said...

baru berpeluang, baca blog ida..apepun, itu pengalaman paling berharga..janji dah settle..heheh..