Friday, August 20, 2010

OH! Aleesya ku




ni kerja abah aleesya. mama ngah wat keje so abah nye kena jage aleesya pastu telah membuka youtube lagu kanak kanak..and she enjoy it!
pastu sakan ketuk ketuk laptop. yeah, she's happy. tapi anakku..abesla rosak mata awak nanti.

Friday, August 13, 2010

saje nak tepek gambar lawo kamera mahal

bila ye? lama dah ni. aktiviti makan makan durian kat balik pulau dengan kawan kawan opis. cuma baru update sebab baru dapat gambar cantik dari kamera mahal.hahahha! so harus di upload la kan? =p

kami lewat sampai. yang lain dah puas makan dah. so kami 2 org je la yang melantak makan.

punye la nak makan durian.anak sila pass pada orang ye. :)




aleesya comel mama

Wednesday, August 11, 2010

seLamaT BeRpuAsa

disini..saya IDA MURNI ingin mengucapkan, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.SELAMAT BERPUASA kepada semua.

alhamdulillah, masih dapat menjalani ibadah puasa tahun ni. and of course, tahun ni adalah bulan puasa yang baru untuk saya. tahun pertama berpuasa dengan adanya aleesya.tahun lepas aleesya masih dalam perut. =p

pagi ni, masa masak sahur and makan sahur, aleesya takde terjaga dari tidur.harap harap sampai abes puasa la gini. aleesya bangun nangis nak minum pun setelah jam menunjukkan pukul 545am. so sudah selesai sahur. bagus. good girl anak mama.

harap harap, flow susu adalah seperti biasa walaupun berpuasa. insyallah!

Monday, August 9, 2010

aleesya sudah 5 bulan arini

Aleesya is 5 months old today.
bawak dia ke klinik kesihatan lunas for her 5months's injection semalam.

Aleesya telah memberat sebanyak 7.5kg dan berpanjangan sebanyak 66cm. masih belum tumbuh gigi.




Thursday, August 5, 2010

oversea? over the rail?


bila erk? last 2 weeks kot. masa atok and nenek aleesya datang aritu, kami ke perlis untuk tengok balang kat UNIMAP. mama pulak nak masuk padang besar. ntah apela yang nak dibeli nye. then abah telefon kawan dia yang selalu masuk thailand untuk beli beras pulut. beras pulut kat belah sane is more cheaper than malaysia. tapi masa abah call kawan dia tu, his freind tanya abah..nak masuk padang besar thailand tak? lepas mesyuarat mesyuarat then kami decide nak masuk padang besar thailand. lagipun that day adalah hari sabtu. sure punye orang yang kat padang besar perlis sudah siap siap aasah parang mahu sembelih sorang sorang warga pembeli. so sebab takmau beli barang mahal..so kami pun masuk la belah thailand sana.



aleesya 1st time keluar dari malaysia. nak sebut oversea..takdelak sea.hahahhah.tapi ade rail ketepi. so over the rail lah!

kedai nya macam pekan pekan koboi kat malaysia ni je. tapi kedai kedai baju dan beg memang bersepah dan agak murah.
kira macam kalo beli baju kat padang besar perlis harganya rm30 tapi kat padang besar thailand ni harganye cuma rm20 saja. dan anda boleh tawar tawar lagi.

toto besar, toto baby, selimut, comforter semua berlambak dan agak murah la berbanding kat padang besar perlis tu. aku rembat beberape helai baju serta 1 biji beg. murah seh.dah la cantik.aku rasa memang takkan dapat gitu kat belah malaysia dengan harga yang aku dapat tu. yang para pelancong lelaki nya pulak..dok borong seluar jeans. yang brand levi's, louis tu bagaila.tapi of coursela tipu nye kan. tapi kain ok.cantik. harga pun bagus. balang ngan syed. selain merembat jeans 3 pasang, dorang juga dok rembat beli jersey yg kualiti 3A punye. (ye ke nama dia 3A?aku tak sure) kiranya jersey tak ori tapi yang terdekat dengan kualiti yang ori punye la. balang and syed kate memang murah berbanding harga kat malaysia.



aleesya pulak, sekejap abah dia pegang, sekejap mama dia pegang, sekejap atok dia pegang, sekejap paklang dia pegang. dia ade nangis sket la sebab lapa. lepas dah isi minyak dia..aleesya back to track. bagus anak mama ni.




yang kelakar nya, dorang nye piring satelit. macam kalau kat malaysia..kite ada 1 piring je yang kaler silver jenama astro.kat sini..dorang ade macam macam kaler. try tengok gambar kata tas. ade biru, ade kuning, ade silver. merah pun ade tau! hehehe.memang gelak ar. tapi bagusla.means that dorang ade banyak choices.kan?
ini time aleesya dah penat sangat. dia tido sendri je. takde sape dodoikan. dan time ni aku takde feed dia pun. memang dia sendri tertido..kepenatan.. sian kat dia. gila kejam mak pak dia! huhuhuh!!!



itu cerita ari sabtu. belum lagi cerita ari ahad. :)



yes! kami gi plak ke wang kelian. border thailand jugak. hahahha. wang kelian ni ade ari ahad je. mama i kate la. taktahu la ye ke idak nya.
ni balang nye suggestion la ni. malam sabtu tu..masa baru kuar dari padang besar tu..balang sudah mencadangkan..kami tido semalam di home stay then esok boleh masuk wang kelian. pastu..i rasa teruja jugak sebab tak puas soping kat padang besar tadinye. then tanye syed (dia adalah encik drebar). syed pun kate ok. then abah pun kate on.then berhome stay la kami semlam di kangar dan esoknye menuju ke wang kelian.




tapi wang kelian nye barang mahal.tak macam 6,7 tahun yang lepas.dulu semua barang wang kelian murah murah. kalau nak cari barang pelik pelik pun banyak kat wang kelian ni. tapi skang.sudah berbeza. dahla mahal nak mampos.sama harga la kalo beli kat kulim or kl pun. so nak wat pe beli kan?
so, lawatan ke wang kelian adelah mendukacitakan. memang best lagi masuk padang besar, thailand. tu yang rasa tak puas hati tu. sebab tak dapat beli banyak aritu. frust!frust!
takpe..cuti sekolah nanti..time tu pose. kite soh mama and along datang dan kite soping lagi masuk padang besar tahiland ni. hahahha!! (i tak soping raya masuk sogo, parkson bagai)

aleesya naik feri

Ari ahad lepas adelah pertama kalinya aleesya naik feri penang. mase dalam perut adelah kot sekali dua naik feri. kami jarang naik feri la ni. naik jambatan lagi pantas. time dating dating 6,7 lapan tahun lepas adelah selalu naik feri ni. =p. saje nak lame2 bersama sama.hahaha!! naik feri kan slow ajer. tapi la ni..asik dok pikir nak cepat sampai tempat yang nak dituju je. nak ngada manja manja boleh buat dirumah. heheheh!!!



aleesya ok je.. takde nangis ke ape ke.ye la.kecik lagi kan.mane dia tahu ape. tapi rasanye dia suka kot ngan hembusan bayu laut. dia senyap je..sambil tengok laut.











so
aleesya secara rasminya telah naik feri penang.
hikhikhik
sekian



Wednesday, August 4, 2010