Friday, December 30, 2011

takde tajuk

entahla mengapa, memang rasa malas je nk up entry selalu. padahalnye masih 'jobless' sekarang ini. hari hari datang office kul 9.30 pagi. balik plak kul 5 petang.

hari hari nonton series kat hulu.com. bukak fb every half and hour, layan youtube ushar muka edward cullen, chat chat dengan orang. pergh..sungguh heaven tapi..bosan gak kengkadang.

arini last keje untuk tahun ni. eh..last pergi keje sebab skang memang takde keje. next week, akan bercuti panjang.ala..seminggu je pun. pergi bercuti cuti malaysia ke sabah dengan anak beranak serta the nordin's. serius tak sabar nak tunggu minggu depan.

harap harap everything will be ok. journey semua safe and sound. so nye, pada umur 28 tahun baru la aku ni lengkap dah pergi semua negeri dalam mlaysia. tapi untuk aleesya, belum jejak umur 2 tahun dah selamat round 1 mlaysia. betapa bertuahnye budak budak sekarang kan?

k la.nk layan hulu.com.agak agak grey's anatomy yg latest episode untuk session 8 dah kuar kot kan. k.selamat semua.

Thursday, December 15, 2011

antara perkara yang saya mahu aleesya reti dan tahu




seronok bawak Aleesya swimming aritu. dia boleh kick kaki dia kat air dan dia swim dengan bantuan pelampung tu..TANPA aku pegang dia.
oh dear, proud of you la.


simpan azam untuk bawak sya swimming every weekend and develope lagi skill berenang tu. start with kicking the water dengan bantuan pelampung. nanti bila kaki dia dah kuat and semakin pandai dan paham, baru proceed dengan kayuhan tangan plak. tapi rasanya perlu ajar dia imbang badan dalam air dulu baru leh proceed dengan tangan kan? kalo tak, mahu tenggelam dalam air gamaknya. hmm..perlu lebih teliti atur step untuk ajar sya berenang ni! (mode bercakap kepada diri sendiri)


serta berazam juga untuk mengapply kaedah berenang untuk menguruskan badan. at least sekali seminggu lepas balik keje. pastu boleh jadi 2 kali seminggu kalo keep buat azam untuk bawak sya gi swimming every weekend. :). oh! tapi bayarannye agak expensive la. rm9.70 sekali masuk untuk dewasa. kalo jadi member rm400++ for 1 year. pool ni kat Kulim Golf Club. kat kulim takde pool awam. pool awam terdekat adelah di seberang prai. agak jauh.


seriuosly amat berkobar kobar.tapi minggu ni takleh. i bendera merah.

Friday, December 2, 2011

HB dear

tarikh harini datang lagi. DUA HARIBULAN DISEMBER DUA RIBU SEBELAS.

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Syed khalil my love
Allah selamatkan kamu

happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to sayang
happy birthday to you

sayang,

i wish may allah bless you with all joy and cheer. may you life a long live so you can be always with me and may allah grant all your wishes.

be happy for today as today is your life. Hope its as awesome as you are. at least i will try to make your birthday this year awesome for you. hahahha!!!

see you tonite. ingat ye kita ade date. :)

muahx muahx muahx xoxo xoxo xoxo

i love you so much

Thursday, December 1, 2011

Absolutely Love This part III

Diversity

mereka menang untuk Britain's Got Talent 2009. 2nd place is Susan Boyle. aku kenal Susan Boyle dulu. dah tengok YT dia last year or last 2 years lagi. and bila tahu yang dalam final Susan Boyle ni dapat no.2 aku tertanye tanye, sape yg beat Susan Boyle ni? selepas setahun or 2 tahun selepas persoalan tu singgah kat kepala, baru ku tahu kini....rerupe nye mamat mamat sekalian ni yang menang. and they deserve the winnning. kan?harap maap. daku lambat untuk mengetahui siapakah gerangan yang beat Susan Boyle ini.


Absolutely Love this part II

Diversity

Wednesday, November 30, 2011

Wednesday, November 23, 2011

wordless wednesday









weekend yang lepas









dah hari rabu, tapi baru la terhegeh nak update cerita pasal wekend aritu. hari sabtu haritu kami sefamily gi rewang rewang kat Penang. plan asal nak lepak rumah je. tapi aleesya dari pagi lagi dah nanges nanges, so nye perlu la keluar. kalau tidak, penat je dok rumah nak melayan aleesya yang meragam..sure tak dapat rehat la.


tengahari tu lepak kat queensbay mall dulu. dah petang sikit, bawak aleesya gi tengok kapal terbang!!



aleesya menikmati angin petang. syok gila dia sebab aku bukak tingkap and kasi dia diri tepi tingkap. jangan bising pasal bahye. sekali sekala je pun kot! ehehhe.






muke excited dapat tengok plane!! sambil mulut becok sebut plane.. plane..














dapat la tengok 4 bijik plane landing. and every time ade plane lalu atas kepala kitorang, aleesya memang excited sangat. jerit jerit bagai. lepas tu dia bye bye kat plane tu. :)



ni aleesya tengah ushar plane yang dah landing











nanti nanti leh datang sini lagi bawak aleesya tengok plane. :)

Tuesday, November 22, 2011

congrats harimau muda

baru sudah siap keje. ni la gara gara layan bola sukan sea tadi. tapi berbaloi baloi. menang kau!!!

hebak sungguh mu khairul fahmi.

suka sungguh ambo kat demo.pandai demo jaga gol deh!

dulu mase si khairul fahmi still kapel ngan Elia, selalu la jugak dapat tengok wajah wajah si Apex ni dalam blog Elia. skang, dah susah nak tengok muka si Apex ni. aku suka baca blog elia sebab boleh tengok muka Apek. dia cute kan. aumm! hahaha.

skang takde sape ke wat blog yang ade muka apex? awek baru dia tkmo wat blog ker? hahah.
serius ni..kalo ade sape sape tahu ade orang yang buat blog pasal apex macam yang Elia buat dulu..habaq mai kat kawan na.

tetibe teringin nak tengok and dengar syed kechek klate dengan khairul fahmi. agak2 pekat gila tak kalo dorang 2 speaking bersama? hahahaha.

IN YOUR DREAM LA WEH!!!!!

anyway, congrats harimau muda. captain mesia terer. like banyak banyak kat dia. dah la comey jugak. hahahha. seronok tengok game tadi kan. dorang main dengan baik. both team. dan main dengan sungguh profesional. takda nak gado gado tak pueh ati. tak banyak main kasar semua. mesti dorang semua dah kena warn jangan gado sebab takut penyokong indonesia ngamuk ngamuk kan? nampak sangat bagus team kita main kan malam tadi. defend kite mantap gila. tapi rugi kan..ade banyak sangat peluang kat depan gol. takpela. janji dah menang pun penalti. idup khairul fahmi!

fakri sian kat ko kan. ramai orang dalam fb kutuk ko. sabar na.
adat la orang kita, bila bagus kene puji. bila buat taik, ko kene kutuk la.
jangan amik ati na. keep it up a good work.

Monday, November 21, 2011

waktu hujan renyai renyai

gambar ni was taken 2 days before hari raya haji baru baru ni. syed di luar main bola dengan adik adik beliau. so aleesya pun sibukla nak ngikut abahnya main bola. tapi masa ni hujan renyai renyai. topi tak bawak. ntah hilang mane ntah. so nye kita gunakan ini sebagai alternatifnya.









budak chubby hidung kemek kesayangan

















suka je tengok aleesya dalam gambar gambar ni. budak kecik kalo pakaikan tudung memang comey kan. tunjuk kat ain (adik ai) gambar ni, ain kate takde rupa syed or rupa aku. abes,, rupa sape?????!!!!


Wednesday, November 2, 2011

jadi setan sekejap



sape nak gi shopping? angkat keyboard!!!!


















ni, ade expo & wholesale ni. leh la nak beli belah.




Tuesday, November 1, 2011

ada 4 gambar



ade banyak cerita sebab ade banyak gambar. ade 4 je pun. so ade 4 cerita la. semua pasal Aleesya. :)


gambar bawah ni adalah gambar latest Aleesya. gambar last weekend. aku masuk Penang sebab mama requested nak jeruk. so tempat yang biasa memang dekat Chowrasta la. tapi alang alang masuk Penang, kita berjalan terus la erk. so requested kat Syed kata nak pergi jalan jalan kat 1st Avenue. Since mall tu siap, kami laki bini belum pernah masuk jalan jalan lagi. herm.. sama je macam mall mall lain. cuma ade Couch Shop. Mall lain kat Penang takde Coach Shop. hehehe. kat Level movie dia, ada jual macarons. tapi takde beli la. ape yang dibeli di 1st Avenue adalah ... snickers untuk Aleesya. Kaler Pink opcos.




Syed kate stylo macam Liyana Jasmay. night before, kitorang layan 'awekKu Pontinak'. Liyana Jasmay pakai gaun dengan snickers. hehehe. sangat suka snickers ni.



bawah ni pulak pic Aleesya dok ngejek mama sebab dia takmo tido padahal dah pukul 1 pagi dah time ni. cheeky plak bila tengok pic ni. aku ade post FB pic ni.



ni plak si Aleesya bersama kasut dalam rumah. Aleesya ni ade kenan omputih agaknye. suka la sangat pakai kasut/selipar dalam rumah. memang kena standby 1/2 kasut yang bersih dalam rumah sebab kalo tak stanby nanti dia dok punggah kasut kasut jalan kat dalam lemari kasut kat belakang tu. selagi tk dapat kasut, selagi tu la dia memunggah. heels & wedges mama memang selalu la jadi bahan mainan dia.






ni the latest swimming session Aleesya. dia dah pandai kuak kuak kaki dia kat dalam air tu. so dia pun bergerak la ke sana kesini. sebelum masuk pool nanges nanges takmo masuk. lepas masuk pool, nanges nanges takmo kuar pool even badan dah mengigigil gigil sejuk.



Aleesya will be 20 months this November 9th. masa terlalu cepat berlalu. memang life jadi upside down tapi hati tetap rasa bahagia. kan? :)


aleesya, mama sayang awak sangat sangat.





Monday, October 31, 2011

Happy birthday along




semalam hari AHAD. konfem kalo takde kerja, takkan dibuka laptop. dan maknaye tiada update.



semalam 30 oktober 2011. Selamat Hari Jadi kepada kaklong kami. kami doakan along dimurahkan rezki, dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki jodoh jua. cepat cepat kawen sebab angah nak ade abg ipar. sian kat angah tkde abang. abang dengan abang sayang lain tau. hikhihikhik!!!


along. dia memang special. ape ape je yang dia buat semua dia pikirkan oang lain dulu. sangat lain dengan aku. aku agak selfish sket. kalo aku nak yang itu..itu je la aku nak. kalo aku nak yang ini..ini jugakla yang akan aku usahakan. tapi along.whatever dia buat, dia pikir abah mama dulu. kalo abah mama kasi green light baru dia proceed. aku boleh katekan along 1 type of anak mithali. 5,6 tahun yang lepas, dia sanggup lepaskan kerjaya dia untuk support mama dengan kedai andaman mama. dia belajar sungguh sungguh macamne nak hasilkan pelamin yang cantik cantik.maybe sebab dia ikhlas nak tolong mama, allah mudahkan usaha dia. bukan senang ok nak buat pelamin. kena amat teliti. measurement, design, placement semua tu penting. dan cepat je dia dapat master semua skills. bila abah kena transfer semula ke Penang, kedai andaman di johor ditutp. so along dah jobless. dia nak stay kat johor untuk proceed dengan kedai andaman kat johor.sebab dia tahu, dia dah lame tinggalkan kerjaya dia, dan dia tak yakin dia leh dapat kerja dengan degree dia ade tu dengan mudah. tapi abah tak kasi dia dok sengsorang kat johor.along malas nk bertekak, dia follow je.


lepas tu, bermula la episod jobless along sampaila dia kena jadi 'private nurse' nenek. nenek jatuh and patah tulang pinggul. sebab abah kerja di penang dan takkan la mama nak tinggal abah sengsorang kat penang, so along la take over jaga nenek. mandi, basuh berak kencing tukar pampers nenek. jaga makan minum nenek. hmm..so skang along dah dapat 1 lagi pengiktirafan dari aku. memang set set cucu mithali la along ni.hahahha.


skang ni, aku rase life dia makin on track. dia kerja di bank islam kat KL. bahagian wat loan beli kete. kalo ade sape2 nak wat loan beli kete, leh wat ngan along. heheh. dia nampak happy dengan kerja dia. aku tumpang same happy. aku masih ingat last 2 years, dia tak keje lagi mase tu. mase tu hari raya. aku kasi duit raya dekat abah and mama. pastu dia nangis and say sorry kat abah & mama sebab dia tak dapat bagi duit raya kat abah mama.


tapi skang aku tahu. along memang happy sangat dengan kerja. tp perkara biase la, orang keje bank mane reti balik awal. kengkadang kul 11pm pun along lom balik keje. so abah dah bising2. dia soh along jadi cikgu balik. hehehhe. ohw...tahun lepas along jadi guru sandaran tidak tauliah (GSTT). dan aku rase, adelah kerja aku untuk yakinkan along, jalan yang dia pilih skang ni adelah betul. jadi cikgu sandaran bukan permanent. keje bank skg ni probation sampai bulan 12. pastu dah permanent dah.


so skang, im hoping that allah will grant me a brother in law. tahun ni along dah masuk 3 series. along penah kate dulu, kalo cecah umur 35 tahun dia tak kawen, dia takmo kawen sampai bila bila. oh my god. janganla..aku teringin nak ade abang. biala abang ipar je pun. aku tengok adik adik aku macam happy je ade syed as abang dorang. so bagila chance aku happy merasa abang jugak. :)


so long, angah doa moga allah murahkan rezeki jodoh ko. amin.

happy birthaday Along. angah sayang ko!




Along dan anak saya.


Tuesday, October 18, 2011

sebulan je lagi






nampak tk? sebulan je lagi. sebulan je lagi untuk part 1 beaking dawn. oh saya adelah tidak sabar. tarikh dia same gak tayang kat mesia kan? ke bukan? ahh..tak kisah la. janji november ni memang kua dah.


malam tadi start bace twilight semula. tetibe terasa nak khatamkan twilight untuk kali ke 2. hahahha.


and pada sesiape yang taktau, in real life pun bella n edward ni dah kapel. semalam aku layan youtube cari cerita pasal dorang dua ni. tapi taktau la kan..kot kot dorang dah break dah. tapi kan..tengok dorang diluar scene rasa macam takde beza macam dorang dalam scene twilight. memang nampak macam dorang adelah berchenta. suka. :)


sape tahu stephenie meyer ni wat buku ape lagi?

always aleesya lah


ade 1 malam tu, kami laki binik kira kia nk bersiet la dari makan nasik.so menuju ke oldtown untuk makan roti. gambar kami makan roti takde. gambar budak tenit ni ade.








dah ramai kate, budak aleesya ni punye rupa dah bertukar ke iras iras muka bapaknye. si laki ku syed itu. ye kah?























tak kisah la ikut muka sape pun. dah ade muka cukup sempurna semua dah alhamdulillah banyak banyak. kan?

Wednesday, October 12, 2011

Lily's Disneyland Surprise!




macam macam reaction boleh dapat from this 2 videos kan?

YouForgotBlueberries.com

Sunday, October 9, 2011

main dengan suami..eh!

aku asyiknye bizi semedang sejak tukar grup setahun setangah yang lepas. bila sudah bizi, so akan penat. bila penat, so akan jadi malas nak buat 1 keje pun. naseb baik anak baru sorang. sorang tu je la yang nak kena handle with care.


so bila sudah malas nak wat ape jua keje pun, so pastila aktiviti memasak jugak tergolong dalam golongan perkara yang malas jua. jadinye asek la kua duit bagi kat orang masak je. even wekend pun aku wat keje. so even wekend pun aku tak masak. ade masak tapi jarang.cuma masak untuk aleesya je. mak and bapak aleesya makan sila beli lua.


tetapi, dalam 2 minggu ni, keje makin berkurang sebab layout dah siap. cuma tiggal detail detail terakhir je sebelum btol btol keje close. so ari jumaat lepas aku dah plan dalam pale otak.. ari sabtu ni (iaitu semalam) nak main masak masak ngan laki. bila dikhabarkan kat laki, dia setuju nak main masak masak. kitorang decided nak main masak masak masak nasi tomato. so kitrg pun gi jusco soping barang nk wat nasi tomato sambil belek ipad nk beli bahan bahan ramuannye. ye..aku ni sangat 'pandai' memasak. so harusla setiap masakan kena tengok resepi kan. hahahha. pastu laki ai eksaited nak wat puding cocktail. naseb ipad ai ade 3g.hahaa.motif cerita? motif dia nak bgtau la..terus type puding cocktail kat search area terus kuar resepi terus gi cari bahan. hah..kan senang.




so dihari sabtu nan permai itu (semalam) kami pun start main masak masak. bergotong royong merewang main masak masak. sonot tau main masak masak ngan laki. gambar takde. malas nak gi capai camera. keputusan akhir : nasi sedap rase macam nasi kenduri. tapi kurang masin. noted! instead of masak ayam tomat, aku masak ayam merah e. tapi still kena letak tomato gak kan..so..kira gu la ngan nasi tomato tu. lauk ayam tu..laki kate sedap. laki kate, nasi tomato kite menjadi. so maknenye sedap la kan. hahahha. petang nye plak tu, aleesya nanes nanes nak tido. so i bawak aleesya tido dalam bilik pasang ekon bagai. pastu dengan aleesya dengan ai ai sekali lelap. heheh. pastu bangun bangun je, mandi lawa lawa wangi wangi ingat nk stat wat puding untuk laki terchenta la. sekali bukak bukak peti sejuk..taraaaaa.. puding cocktail dah ready beby. yummeh, delicious! pandai laki ai wat puding you.hahahhhahah. malam tu kami makan diner nasi tomat lagi sebab still ade balnace kan.


pagi ni, bukak email ofis, tengok ade email dari sang laki. laki i keje arini. tu sebab main masak masak ari sabtu je. laki ai ajak main masak masak lagi next week. hehehe. yehuuu.





ai cadang nak masak nasi beriani gam. hahhha. takpun nak wat western. chicken roasted murni roges ke takpun ciken snitzel khalil's deli...hehehe =p. perbincangan masih berjalan. keputusan belum muktamad. kena riki riki resepi dulu ape ape pun.


ps/ tang makan tu kira rm2o je..sebab minus beli barang mentah nk wat main masak masak daa..

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday

wordless - speechless























Monday, October 3, 2011

Maher Zain - Sepanjang Hidup (For the Rest of My Life Bahasa Version)



semalam petang before syed gi keje, dia main ngan netbook dia.pastu bila aku dok sebelah dia, dia bangun sambil pass netbook dia sambil kate " nah. dengar lagu ni. untuk b"

ooww! tetibe laki ai jadi romantika di amour gitu.
tacing i jap.

i love you sayang

Tuesday, September 27, 2011

new ride









her new ride. bought it last weekend. so this morning,instead of walking, she was traveled to next door on this new ride. next door je pun kot. hahahha





Thursday, September 22, 2011

cat





Aleesya pandai sebut cat. tapi kekadang jadi bunyi "kit". sangat suka kat cat sampai tuan punya cat risau cat dia kena buli dengan aleesya.


rasenya semua budakbudak suka cat kot.

Wednesday, September 21, 2011

Tuesday, September 20, 2011

speaking

hahahahaha!!!

malam tadi aku mimpi aleesya speaking utara sikit punya pekat. aku lupe ape yang aleesya katakan tapi memang aku ingat sangat sangat yang dia speaking utara pekat gila.

tu dia..sampai bawak masuk dalam mimpi

Monday, September 12, 2011

.....

tertekan mak buat keje nih.

flow lain kate dah clean.
flow lain kate ada short.

kentut ko la!

SUnsHine





mana nak dapat senyuman macam SUNSHINE?











weweettt!!

Friday, September 9, 2011

sudah 18 bulan





hari ni sudah 9hb. sekejapan je. aleesya dah 18 bulan dah. 18 bulan juga la aku dah jadi mama. :)

so far, aleesya nye achievement:




  1. dah minum fully susu formula (at last!). sudah tidak menolak susu formula. dari susu mahal sampai la ke susu biasa biasa je jenuh mencuba. last last dumex dugro perisa cekelat gak aleesya nak.

  2. semakin nak boleh menyebut more words

  3. semakin manja

  4. semakin pandai guna ipad (hahahhah!!)

  5. suka makan ais (syed kate folow aku)

  6. suka western food (syed kate folow aku jugak)

  7. suka melawan kalo tak ikut kate dia (syed kate folow aku gak)

  8. kalo mood tak baik, nak tido dalam dukungan aku. hanya aku. ngan syed takmo. hanye berdukung. kalo sambil duduk takmo.









ps/ mama love you aleesya :)




Thursday, September 8, 2011

Friday, August 26, 2011

saye mengucapkan







SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BATIN



hati hati bila memandu, semoga perjalanan raya kita berjalan dengan lancar. selamat pergi, selamat pulang.




dari kami 3 beranak;



Syed Mohamad Khalil Khusairi

Ida Murni

Syarifah Qairyn Aleesya








lagu favourite kala ini




sweet kan lagu ni. sweet kan. diabetis aku dibuat nye bila layan lagu ni berkali kali.

Wednesday, August 17, 2011

terlewat sehari









happy anniversary to mr syed khalil and her mrs. (aku la tu =p)
















tapi as korang tengok ticker tu, aku sudah lewat sehari mengupdate ini kisah. aku tak terlupe anny aku cume terdelay mahu update.
















3 years. sekejap sangat rasenye 3 tahun ni. serius aku tak rase dah sebumbung sekatil sebantal dan kongsi macam macam dengan laki aku ni lama. rasa macam baru je lagi. tapi kalo tang tengok body sendri, ye..baru realize dah lama dah aku jadi binik n emak orang. *lemah bila type statement ni*




alhamdulillah. dah 3 tahun. doa aku, moga kami akan dipanjangkan jodoh sampai akhir nyawa kami.




aku sayang kamu, encik husben. kamu tahukan. dan aku tahu, encik husben sayang aku jugak.











wo ai ni

i love you

aku chenta padamu









Sunday, August 14, 2011

saya suke





hi uoollss




dipagi yang indah ini, my boss sudah memunahkan harapan ai. ai kat opis. nak buat kerja. sekali, my boss sudah checkout template yang i have errors to fix. tension ai. macamne nak bagi siap by today kalo gini jadinya?


takpe.naseb i ade kena wat test case. skang sudah siap itu test case and tengah tunggu run flow. marila kite update cerita


ai memang suka masuk website website yang jual kasut bebudak. pastu usharr rege. kalo rase affordable then beli. kalo rase mahal, bawak ke mimpi je la.hahaha.




recently, ade terjumpe brand VANS.cun seh kasut kasut toddler dia.





















hah, yang kat bawah ni, sudah aim mahu beli untuk aleesya. haha. cun kan?







and got alot more kasut yang cun-cun-yang-rasa-macam-nak-beli-semuanya! OMG!. aku menjamu mata kat sini vans. kasut untuk orang laki n pempuan pun ade.


ini pun lagi 1 kasut yang sungguh sungguh meruntun kat jiwa nak beli. boot yang sungguh comel. leh usha kat ZARA.




ok sekian post pagi ni. boss dah check in template yang diperlukan selepas dengan selamba meng'sms' beliau soh check in. hahhaha!


jom buat keje