Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Monday, March 19, 2012

jalan jalan weekend?


last week, dari ari selasa sampaila sabtu dok pulun keje dan ot dimalam hari sebab nak siapkan keje. so nye hari ahad adalah hari untuk berehat dan berjalan jalan. sambil sambil bawak aleesya jalan jalan. sambil sambil teringin nak makan tutti frutti.


so nye, semalam kami masuk pulau. lepak kat strait quay. new shopping mall. kedai barang mahal mahal and branded's shop yang jarang ada kat mall lain disekitar penang. tapi tak banyak kedai pun kat situ. serta sebuah mall yang mempunyai banyak bar restaurant yang tak sebanyak seperti mall mall lain di Penang. juga ade Delicious disitu. ade charlie brown. juga ade flea market. nanti nak try Delicious. semalam tak gi sebab dah target nak makan ikan bakar sekali atas sebab sebab tertentu, kami end up makan di bayan lepas, chinese-muslim-restaurant.


staright quay ini betul betul sebelah laut. even ade port untuk letak kapal kapal layar dan seangkatannye kat situ. kapal kapal orang kaya tu. =


aleesya adelah sangat bergaya bebas semalam. main lari lari, lompat lompat golek golek tak ingat dunia. aku biarkan je. takat tangan kotor? ala..toilet bersepah nak basuh balik tangan dia.










im not kidding when i said, dia golek golek kat floor tu.




aleesya dengan gaun custom made from acik ida







well, aku rase dia happy and puas main. sebab malm tadi belum pukul 11 malam dia dah tido dan dia bangun kul 830 pagi macam biase.




dah besar dah anak mama ni.




Tq to ida_ahmat sebab bagi present baju gaun tu kat sya. a bit besar. tp takpe. leh pakai lama. mama dia sangat suka.
:)

Tuesday, December 14, 2010

Port Dickson

masa raya haji last time, we went back to Muar to my in laws house.spend 2 & a half days and 2 nite at muar. after syed performed sembahyang jumaat then we "cargas" to our next destination. Port dickson. we met my family there and spend a nite at port dickson as my dad edi booked a room.
so, bermula sesi suaikenal aleesya dengan laut.

memula kaki sentuh pasir, dia geli.then terus angkat kaki. bila start masuk dalam air, dia buat muka cuak.dan memperketatkan ikatan tangan kat badan aku.takut la konon konon nye ni.






pastu bila makcik pakcik dia join masuk laut, main simbah simbah air kat dia. gurau gurau ngan dia..then dia pun dah ok. dia plak yang abes syok main tampar tampar air laut tu. even termasuk dalam mulut air masin tu..tetap....lepas tu sambung main tampar tampar air. kesimpulannye, she's orait dengan laut. tak takut.

abes mandi kat laut, sambung mandi kat pool lak. pun 1st time gak masuk pool. lagi best dia main air la.sebab tak masin kan. =p




sangat seronok tengok aleesya that time. berimpian mahu bawak aleesya mandi laut lagi. tapi bila ye?

Friday, December 10, 2010

aleesya dah sampai cameron dah..

ok. pagi yang berbahagia hari jumaat yang permai ini mari kita bercerita tentang trip aleesya ke cameron.


well, gathering geng aku masa kat mrsm dulu. kami still close gila even memasing dah ade haluan idup masing masing. this is my 1st gathering with them meng'showing' aleesya. dorang ni majoritinye dok KL. yang lain lain ni selalu gak lepak same same. aku je yang tercampak kat kulim kota keriangan ni yang jarang berlepak lepakan bersama.


ni piccas kami 2nd day di sana. hari nak balik dah ni. all in purple. purplecious gitu! dari kiri:
memeck (married.anak 2), lylyn (anak sorang), eza (anak sorang), wawan (single.tu pinjam anak eza), gigin (single) elis (nagh pregnant) , idamurni (anak sorang).


ni laki kepada bini bini diatas. semua dah fully booked. mintak maaf ye. =p



kami tak banyak berjalan jalan pun. anak anak semua baby baby belaka. agak payah nak merayap sakan. lagipun kami just nak chit chat. jadi gossip girl sket sket. =p



ni kat BOH FARM. aku request nak gi sini. sebab belom penah sampai sini. itu chikaro name aleesya tak mau pandang camera. dia nye mata kat makanan kat depan tu je.












sekian. malas nak story panjang panjang.

Wednesday, December 8, 2010

gi tengok rapunzel

YES! berjaya

buat pertama kalinye..telah memasuki panggung wayang dengan aleesya.
alhamdulillah.aleesya tak nanges.

memula dia layan gak la. lame lame sudah boring.then aleesya sudah start buat dialog sendri. membebel ntah ape ape ntah. :) orang dok depan kami serta belah kanan kami sudah pandang pandang. so ape lagi, mari la memberi ubat tido pada aleesya itu.hehehe

ubat tido as susu fresh dari ladang yer. so aleesya pun tido lalu mama & abah dapat tengok cerita rapunzel dengan tenang.

kami nak gi lagi nnt tengok movies bawak aleesya. tapi kami akan make sure, tgk movie tu time tengahri.time tu selalu aleesya ngantuk nak tido.hehehhe.

ade pic dlm panggung.tp dalam hp syed. later kalo sempat saye upload.

Thursday, August 5, 2010

oversea? over the rail?


bila erk? last 2 weeks kot. masa atok and nenek aleesya datang aritu, kami ke perlis untuk tengok balang kat UNIMAP. mama pulak nak masuk padang besar. ntah apela yang nak dibeli nye. then abah telefon kawan dia yang selalu masuk thailand untuk beli beras pulut. beras pulut kat belah sane is more cheaper than malaysia. tapi masa abah call kawan dia tu, his freind tanya abah..nak masuk padang besar thailand tak? lepas mesyuarat mesyuarat then kami decide nak masuk padang besar thailand. lagipun that day adalah hari sabtu. sure punye orang yang kat padang besar perlis sudah siap siap aasah parang mahu sembelih sorang sorang warga pembeli. so sebab takmau beli barang mahal..so kami pun masuk la belah thailand sana.



aleesya 1st time keluar dari malaysia. nak sebut oversea..takdelak sea.hahahhah.tapi ade rail ketepi. so over the rail lah!

kedai nya macam pekan pekan koboi kat malaysia ni je. tapi kedai kedai baju dan beg memang bersepah dan agak murah.
kira macam kalo beli baju kat padang besar perlis harganya rm30 tapi kat padang besar thailand ni harganye cuma rm20 saja. dan anda boleh tawar tawar lagi.

toto besar, toto baby, selimut, comforter semua berlambak dan agak murah la berbanding kat padang besar perlis tu. aku rembat beberape helai baju serta 1 biji beg. murah seh.dah la cantik.aku rasa memang takkan dapat gitu kat belah malaysia dengan harga yang aku dapat tu. yang para pelancong lelaki nya pulak..dok borong seluar jeans. yang brand levi's, louis tu bagaila.tapi of coursela tipu nye kan. tapi kain ok.cantik. harga pun bagus. balang ngan syed. selain merembat jeans 3 pasang, dorang juga dok rembat beli jersey yg kualiti 3A punye. (ye ke nama dia 3A?aku tak sure) kiranya jersey tak ori tapi yang terdekat dengan kualiti yang ori punye la. balang and syed kate memang murah berbanding harga kat malaysia.



aleesya pulak, sekejap abah dia pegang, sekejap mama dia pegang, sekejap atok dia pegang, sekejap paklang dia pegang. dia ade nangis sket la sebab lapa. lepas dah isi minyak dia..aleesya back to track. bagus anak mama ni.




yang kelakar nya, dorang nye piring satelit. macam kalau kat malaysia..kite ada 1 piring je yang kaler silver jenama astro.kat sini..dorang ade macam macam kaler. try tengok gambar kata tas. ade biru, ade kuning, ade silver. merah pun ade tau! hehehe.memang gelak ar. tapi bagusla.means that dorang ade banyak choices.kan?
ini time aleesya dah penat sangat. dia tido sendri je. takde sape dodoikan. dan time ni aku takde feed dia pun. memang dia sendri tertido..kepenatan.. sian kat dia. gila kejam mak pak dia! huhuhuh!!!



itu cerita ari sabtu. belum lagi cerita ari ahad. :)



yes! kami gi plak ke wang kelian. border thailand jugak. hahahha. wang kelian ni ade ari ahad je. mama i kate la. taktahu la ye ke idak nya.
ni balang nye suggestion la ni. malam sabtu tu..masa baru kuar dari padang besar tu..balang sudah mencadangkan..kami tido semalam di home stay then esok boleh masuk wang kelian. pastu..i rasa teruja jugak sebab tak puas soping kat padang besar tadinye. then tanye syed (dia adalah encik drebar). syed pun kate ok. then abah pun kate on.then berhome stay la kami semlam di kangar dan esoknye menuju ke wang kelian.




tapi wang kelian nye barang mahal.tak macam 6,7 tahun yang lepas.dulu semua barang wang kelian murah murah. kalau nak cari barang pelik pelik pun banyak kat wang kelian ni. tapi skang.sudah berbeza. dahla mahal nak mampos.sama harga la kalo beli kat kulim or kl pun. so nak wat pe beli kan?
so, lawatan ke wang kelian adelah mendukacitakan. memang best lagi masuk padang besar, thailand. tu yang rasa tak puas hati tu. sebab tak dapat beli banyak aritu. frust!frust!
takpe..cuti sekolah nanti..time tu pose. kite soh mama and along datang dan kite soping lagi masuk padang besar tahiland ni. hahahha!! (i tak soping raya masuk sogo, parkson bagai)

aleesya naik feri

Ari ahad lepas adelah pertama kalinya aleesya naik feri penang. mase dalam perut adelah kot sekali dua naik feri. kami jarang naik feri la ni. naik jambatan lagi pantas. time dating dating 6,7 lapan tahun lepas adelah selalu naik feri ni. =p. saje nak lame2 bersama sama.hahaha!! naik feri kan slow ajer. tapi la ni..asik dok pikir nak cepat sampai tempat yang nak dituju je. nak ngada manja manja boleh buat dirumah. heheheh!!!



aleesya ok je.. takde nangis ke ape ke.ye la.kecik lagi kan.mane dia tahu ape. tapi rasanye dia suka kot ngan hembusan bayu laut. dia senyap je..sambil tengok laut.











so
aleesya secara rasminya telah naik feri penang.
hikhikhik
sekian



Friday, February 12, 2010

kenangan last time celeb CNY =p



lusa dah CNY. sebab jatuh on sabtu so dapat carry forward cuti isnin ngan selasa.lama kan? best kan? tu yang tetibe teringat masa muda muda dulu.ececceh..dah tua ke skang? hahahh!

dulu mase cuti CNY tahun bila ntah..1st time aku join kawan kawan club along naik gunung. memang experience yang tak kan aku lupa sampai bila2. gila best ooo pnjat gunung. hutan yang sejuk, air sungai yang manis, binatang2 yg macam2 bunyik, pantang larang yang kena follow, masak ramai2, makan ramai ramai guna beg plastik sampah kaler hitam. pergh..mmg 1st time experience yang amat2 menarik. dan even it was my 1st expedition, aku naik gunung tertinggi di semenanjung malaysia.walaweh..im just proud with my self. ahhahah. =p


pastu..the next trip plak pegi pulau tioman. unplanned vacation.mmg gamble planned. tapi turn out mmg superb vacation. pun pergi mase cuti CNY. air yang membiru, ikan yang colourful, angin yang syok, snorkeling sampai hitam legam. seriously..memang heaven!






tahun ni nye CNY?
balik tepeng umah in laws.
boleh pusing2 tepeng.leh jalan2 tasik tepeng.
tengok cerita cina CNY sampai muntah. wakakakka!!!!
ok beb! happy holiday.

Monday, December 14, 2009

aritu dorang datang

lepas balik kampung mase raya haji aritu, aku angkut bibik bawak balik kulim sekali. 2 orang bibik (along & ain) hahahha adelah bibik yang amat rajin dan boleh diharap. bibik nama ain tu..malas sket la. asik nak tido je. tapi bibik name along..hahahah!!gila keji aku.. along la tukang masak selama seminggu dia lepak kulim. balik keje je..makanan dah siap. syoknye. ni yang raase nak bibik sebenar nih!!!

tapi naseb dorang tk bape nak baik la. seminggu dorang lepak umah, seminggu tu la aku nye keje ade berlambak.sampai ekne bawak keje balik umah. so malam malam tak leh nak bawak dorang g jalan jalan.

tapi rabu malam bersamaan beday husben aku, aku bawak la dorang makan kat seoul garden. syokla dorang dapat makan.lepas tu, bawak jalan jalan kat nite market kat juru tu. tapi kedai banyak tutup.wekend je sume kedai bukak.


ni kat seoul garden.



menyeleberate beday en husben


pastu jumaat malam, aku ngan syed bawak dorang tengok new moon.pastu supper di abang e' capati.roti arab kat situ superb.pastu esoknye, bawak dorang g pesta pulau pinang. aku pun lom gi, tu yang alang alang terus g sekali. aku beli perfume avon je.takde nye nak soping2. pesta macam biase je. macam tahun tahun sudah.takde beza.

hah! ari ahad nye aktiviti yang best. kitrg g alor setar.ni gara gara along tengok destinasi budget kat tv.menjadi tol marketing dorang nih!!

memula kitrg menuju ke rumah kediaman mahathir. free je masuk. sila la pergi. ade banyak gambar tun m.hensem muda muda orang tu ni dulu tau!








pastu kitrg g rumah merdeka. ni rumah perdana menteri 1st kita. TAR. kira, kalo dia datang alor setar ni..ni la tempat dia menyinggah.






ni aksi poyo antara ipar melaungkan MERDEKA! masuk sini pun free gak.

pastu kitrg g menara alor setar plak. rendah je rupe rupenye. ecewah!!!kalo korang dah penah naik menara kl or klcc, korang akan rase menara alor setar ni 'nothing'. kalo korang belum lagi naik 2 menara tu, korang naikla menara alor setar dulu.barulah korang akan macam"wow!amazing nya menara alor setar". kalo idak rase macam "la..tinggi nih je" lebih kurang gitu la. hahhaha.naik ni kene bayar rm6 dewasa. kalo student u bawak kad matrik dpt la rm4.


pastu next destination was muzium padi. kami tak sempat abes round tingkat atas. sebab sampai sane dah pukul 430 ptg. dia tutup kul 5 ptg. frust gak la. taktahu ape ade kat atas tu. next time maybe harus pegi lagi. sebab dekat ngan area muzium padi ni...ade pusat sains. so ade 2 tempat yang berdekatan yang boleh dilawati.















memang penat gila. tapi memnag happening gila ari ahad tu. lame dah rasenya tak wat aktiviti macam ni. maklumla..sume dah besar2, sorang kat sane, sorang kat situ, sorang kat sinun.yang sorang ni dah kawen. so susah nak cari mase tuh. tapi bila dapat together gether macam ni even tak cukup serta ade penambahan orang lain..
mmg ari yang mervelous. nanti kita naik klcc plak yer.pastu nak g pusat sains tengok da vinci nye pameran tuh plak yerk!!! huhuhuh
along & ain balik dah last week. takde tukang masak & bibik lagi. kene renew next time plak. hahahha =p

Wednesday, September 2, 2009

wekend yang marvellous

last weekend memang marvellous. Mr Syed melayan je bini dia yang banyak songeh ni.
hari sabtu malam..kami pergi auto city kat juru dan makan steamboat + grilled grilled kat SEOUL GARDEN. banyak gak aku makan. sampai kene bukak butang seluar jeans. senak perut aku melantak banyak gile. name pun buffet kan. ko amaik la banyak mane ayam nk grill. amik la banyak mane fish cake, fish ball, sayur etc..etc..untuk steam. makan la banyak mane buah dan sekrim serta minum la bape cawan air pun. gila buruk lantak!

pastu ari ahad..mari berjalan jalan ke jusco perda. tapi bosan lak. lalu menuju ke island plaza di pulau. namun masih tak berjumpa dengan ape yang berkenan di hati lalu menuju pula ke queensbay. dapat barang yang diingini lalu menuju pula ke kedai makan yang dihajati. saya suka makan chicken snitzel kat DAVE's DELI. this is one of my fav food.sangat suka.
gambar tak menarik sebab dah lapa sangat. dah makan makn baru teringat nak snap.

merdeka day pulak..menuju saya dan suami ke mcdonald. i teringin nak makan burger lepas tengok pelakon cerita 'iron man' makan burger dalam cerita tu. saya order double cheese burger dam ayam mcd.serta air rebena large. yeah.amat heaven ketika itu.

kemudian snap snap gambar diri sendri sebab rina request nak tengok bagaimana idamurni lately ini.








masih vogue lagik. =p
tak perasan macam mommy-to-be pun lagik.











Monday, July 13, 2009

zoorangers at zoo negara

hehehe..
ibu, isteri isteri, tunangan orang serta anak mak bapak
telah berjalan jalan ke zoo negara sabtu lepas.
yeah!! perjumpaan OTAI di zoo negara. hahahha


sume memakai baju kaler red as a theme.
suke. sume merah.merah menyala.
sume enjoy. enjoy tengok animals.










happy.happening.
dapat get together.
story itu.story ini.
sesi kutuk kutuk juga tak dilupakan =p

terase seperti anak dara
bila dapat kuar tanpa suami disisi
lepas tu rindu kerinduan
bongek!

oh, im happy!



askum, zaijian

Saturday, June 27, 2009

durian's feast

bila erk agenda makan makan durian ni erk? lupa la.. let me think... oh ye..last week ari ahad bersamaan 21 jun 2009.


my officemates & i, total about 13 person including me, we went to makan makan durian at Balik Pulau. when durian season is coming selalu nye durian di balik pulau memang glamer. there got a lot of dusun dusun's owner opened their dusun to customer come walk in and eat durian there. memang best la. durian fresh. sometimes if u get lucky, u can eat the fresh durian which just falls from the trees. ade je pokok pokok durian yg rendang which u can pick it from the tree terus.



the owner of the dusun opened every type of the durian he got for us. dont ask me about the name. i dont remember the name, i just enjoyed my moment ate the delicious durian. only one type i used to remember the name because for me that type of durian, tasted very the sedap. the most delicious one. but the name is not nice la. ade bunyik sikit sikit macam mencarut la..tak caya? it's lancau! yes..the name of the durian is lancau. macam tu la pronountition dia but to spell, saya tidak tahu la. hahahhaha!!~ oh another type of durian yang saye ingat. it's D2 because i bought that type of durian for Mr. syed. i wanted to bought the lancau one tapi abis wea and amir dah borong dulu. ok. enjoy the pics then. pics can tell u the stories.

























semua makan macam tak hengat donia. amat amat puas makan durian tat day.
sekian

bintangkecik1:credit to ckay for his pictures