Monday, May 31, 2010

saya rindu..

anak saya..

syarifah qairyn aleesya

sekian

Monday, May 24, 2010

congratulations ezanita

eza was succesfully (wah..succesfully.tak hengat ayat) delivered her baby boy.weight 3.74kg on may 21st at KPJ Shah Alam. went thru operation.c-sec.

no wonder la kan..her baby boy is so sehat.alhamdulillah.

congratulation ezanita.welcome to parenthood world. full of bittersweet memories.

Friday, May 21, 2010

eza already in labour room.

pagi tadi around 11am.. i received a sms from my bestfriend ezanita (i think her husben send it). shes already in labour room. her water already broken.

until now, i didnt been update by her husben yet. so donno what is her condition. hoping that shes already deliver her baby boy. :).

will update bout her and her baby later. hope they are fine.

perkara perkara

PERKARA 1


malam tadi syed pun berhajat la mahu cuba membaiki plug soket breastpump saya yang rosak itu. jadinya beliau telah membuka plug soket itu.tetapi berhenti separuh jalan kerana, untuk membuka dalaman soket itu memerlukan screw driver 3 segi.saya taktahu.itu ayat dari mulut beliau.saya tidak melihat bentuk screw itu kerana sedang membreastfed aleesya. akibat tidak boleh membuka, beliau pun menutup semula sarung luar soket itu lalu mencuba switch on semula pump tersebut. walllaaa..boleh on pulak.magis sungguh! bagus. lalu beliau mengecharge rm2 untuk baik pulih itu (of cos la dia bersenda gurau =p)




PERKARA 2




2 orang intang payung saya sedang bergembira. alololo..anak mama..gelak sakan yer?

dalam facebook juga ade gambar ini,lalu makcik ain telah menunjukkan gambar ini kepada atok n nenek. lalu nenek pun wat dialog sedey " tanakla tengok.asik tengok gambar je". makcik ain wat report kata, ayat nenek ayat frust gila. :(

sian kat nenek and atok aleesya. abah, mama, sila marah INTEL kerana perkara ini.sebab INTEL takde kat selatan tanah air! bukan salah anakanda. haahhah!!

Thursday, May 20, 2010

alamak

ala...

plug breastpump rosak plak.
spoil la!!!

dah 1 keje nak gi pulau gi antar repair. kot leh repair.

Wednesday, May 19, 2010

majlis cukur jambul aleesya


masa aleesya umur 40 hari, saya dan family buat majlis cukur jambul serta naik buai untuk aleesya. yeah, masih belum abes pantang lagi. infact time tu, orang lain makan best best, saya masih makan makanan orang berpantang. maklumla..masih dalam pantang kan. tapi..saya bedal jugak pulut kuning mama buat sebab rasa teringin sangat. pulut takleh makan sebenarnya sebab pulut angin..nanti effect aleesya. tapi kalo makan sket je..no harm kotkan? huhuhu!!!


majlis nya dimulai dengan marhaban oleh geng geng marhaban kat taman rumah mama tu.acara stat kul 10.30am.abes marhaban then stat la acara cukur jambul nya. then baru naik buai.time naik buai ni ade lagu lagu dia yang dinaynyi.tang ni yang paling suka. lagu lagu dia..bisa buat air mata ini mengalir lah!





i need to circle 3 times before they started potong potong rambut aleesya time cukur jambul ni. syed pun kene circle 3 times jugak. ade 2 session time ni. 1st session, session geng geng perempuan marhaban, then geng geng laki masjid. banyak aleesya dapat collection. hahahha!!!







aleesya ade pelamin buai yang cantik. cantik kan? aleesya best je tido dalam buai ni.


aleesya dearie,


pelamin buai aleesya ni, maklong aleesya yang buat.terer kan maklong? maklong memang superb bab bab wat pelamin ni, bab bab seni ni even maklong tu ganaz.hahahah!! pelamin mama kawen dulu pun maklong yang buat. nanti aleesya dah besar, ingat jasa maklong tu tau.:). masa pelamin ni baru siap..mama tanye maklong banyak kali..either buaian ni kukuh ke idak? mampu tampung aleesya ke idak? ye la..kang aleesya jatuh kang..nanges mama nanti. pastu pak lang amik toolbox yang penuh dengan barang hardware letak dalam buai tu.ye..buai itu sungguh kukuh. huhuhu!!







maklong yang excited nak potong jambul aleesya. siap nak amik amik gambar lagi. aritu makcik ain kene jadi orang pegang dulang untuk perkakas nak cukur jambul aleesya.

aleesya anak mama,


aleesya best gila tido. on tat day aleesya baik sangat. nanges sebab nak nenen je. lepas kenyang, aleesya tido senyap senyap je. ramai sangat orang datang. nenek aleesya order catering masak untuk 100 orang jer..tapi orang yang datang mahu cecah 300 orang rasanya. terpakse la aktiviti masak masak lauk tambahan berlangsung dia belakang rumah. kecoh la jap sebab lauk tak cukup tapi orang tak putus putus datang. mama nya keje..dok tepi buai layan orang yang tengok aleesya. semua kata anak mama comel pakai gaun.suka! :)






aleesya masa 40 hari.

ni gambar aleesya mama cilok dari facebook uncle zul ur godfather. ecewah!! macam omputih lak..ade godfather.hahahha.
tq pada yang datang.memang happening tat day. sampai ke petang sampai hujan hujan sampai patah patah pokok pun orang stil ramai lagi datang. murah rezeki aleesya tat day. :) tu pasal skang pun even kat rumah..aleesya pakai baju cantik cantik je sebab takut nanti tak muat lak. heheheh!!

Tuesday, May 18, 2010

gambau

heheheh...
taktau nak update ape. so letak pic aleesya je la. semua ni pic aleesya umur 2 bulan.




senyum yang meruntun jiwa saya..ececece!!











aleesya dengan gaun merah hadiah auntie rina.


glory glory man united. romper man united yang abah dia beli thru online masa aleesya dalam pantang lagi. baby girl tak baby girl.. abah dia memang gila man united.















Wednesday, May 12, 2010

dah pandai dah..

aleesya dah 2 bulan dah. nak letak gambar dia umur sebulan dengan 2 bulan.. tapi hp takleh connect dengan laptop.xtahu nape. laptop tak dpt nak detacted USB hp. so tkleh nak upload. kalo nak tunggu balik rumah..memang takde makne nya la. memang takde masa nak pegi kat PC pun. bizi tol as as a mum, as a wife cum bibik. =p

kalo aleesya tak tido, memang takleh wat keje.samada kene nenen kan dia or layan dia borak. kalo tinggal sorang sorang dia..sure nangis la. so kalo dia tak tido memang konfem konfem takleh wat keje (situasi ini hanya valid bila syed keje shif malam). tu pasal aku suka kalo syed keje siang or on off shif. dia ade kat umah malam malam melayan aleesya then aku ada masa nak buat keje rumah.

cerita pasal aleesya, huhu.. dia dah pandai hisap jari kaw kaw punye kalo lambat bagi dia nenen. sampai basah basah mitten dia hisap. kesian pun iye..kelakar pun iye. :).

ahad lepas masa gi bawak aleesya suntik yang ke 2 bulan, timbang berat aleesya 4.8kg naik 800 gram dari dia umur sebulan. arap arap berat dia makin naik bukan turun. bak kata ibu ibu lain di opis, as long as graf dia cantik..then its good. :)

sekarang ni sedang berusaha sehabis sebaik mungkin untuk wat balik stok susu aleesya. macam sangat terasa seperti tidak kesampaian nak bresfed exclusive kat aleesya. tapi ari ari mintak kat allah, kalo ye tak leh sampai 6 bulan pun..at least sampaikan la 4 bulan or 5 bulan. tapi..nak jugak lepaskan sampai 6 bulan jugak2. nak try jugak. jugak jugak. dan akan take noted untuk 2nd anak..harus rajin simpan stok sejak dari dalam pantang.

hurm..sedey plak bila kenangkan susu ebm yang rosak aritu. penat dah nangis. huhuh.mental..nangis sebab susu.hahahha!! takpela..rasenye..ibu ibu je yang paham kot pasal susu ni.kan? bila tengah bresfed aleesya, rasa best sangat. rasa suka nak bagi dia nenen. cuma sedikit kengantukan bila tengah tengah malam dia bangun nak susu je.lain dari tu..pengalaman serta perasaan menyusu itu amat amat la superb. tapi series la..tetek nye figure dan texture mmg out la. hahahha. sendri tengok pun hilang keghairahan. hahahha!! harus mencari jalan bagaimana mahu mengkentalkan nya semula. nak pakai baju ketat ketat pun segan. sebab tetek out. huh! tensen makkkkkkk!!! ish..cerita sudah out off topic.

berenti!

ok.nak gi wat stok susu kat aleesya. babai.

Tuesday, May 11, 2010

ida murni sangat cuai!!!!

grr..grr.. sangat geram dengan diri sendri. diri sendri ini sangat bengong.sangat cuai. dan sebab kecuaian itu..

telah membuang 34oz susu ebm aleesya yang sudah rosak akibat lupe tutup pintu freezer.demmm..sangat marah dengan diri sendri. sangat sedey. sangat rasa bersalah pada aleesya.demm lagi darab 5 juta kali.

aleesya, mama mintak maaf erk.
:(

Monday, May 10, 2010

kronologi kelahiran aleesya

askum..

dah hampir 2 bulan tak update blog. bizi pun iye..malas pun iye. aleesya pun dah masuk 2 bulan dah semalam. kejap je cuti maternity 60 hari abes. tapi terasa lambat je aleesya nak besar. maybe sebab new environment.. =p

meh kita ulang cerita 9 mac dulu meh. supaya dri sendri tak lupa. supaya nanti boleh bagi aleesya baca bila dia dah pandai baca. :)

masa 9 mac tu, memang pergi KPMC (Kajang Plaza Medical Centre) untuk wat weekly checkup. week yang ke 39. dan plan asalnya, setelah selesai checkup mahu ke stesen bas kajang untuk beli tiket syed nak balik kulim. tapi.. masa nak amik air kencing, saya sudah terperasan ade darah pada panty liner. dalam ati mmg dah agak dah..tak lame lagi nak beranak la ni. happy sangat sebab mmg doa hope aleesya kua tat day so takyah la beli tiket bapak dia nak balik kulim.

10.30am
masuk jumpe doktor bagitau doktor ada darah kat panty liner, then doc suruh baring nak check baby. lepas check baby semua, dia suruh bukak seluar nak check bukaan. aku sentap sekejap.. macam"wut..nak tunjuk kat doc laki ni ker?" aku pandang syed, syed pandang aku. sepatutnya doktor aku perempuan, tapi on tat day, dia MC kene demam denggi. nak jadi cerita la kan.. ok sambung. then dia doc itu pun terus la menyeluk bawahku itu. sakit pun iye, rase tak selesa pun iye. lepas abes seluk seluk dia kate " boleh masuk ward dah la". aku sentap kali ke 2. ayoyo..aku lom redi lagini. sakit ape pun idak ni. maleh la nak masuk awal2. kang asik kene seluk je "adik" ku itu annti. tak ske la. so aku cakap kat doc " saya balik umah dulu boley?. lunch makan sedap sedap dulu boleh? sebab saya tak rasa sakit lagi ni?" then dia replied " nak datang balik bila?" aku jawab " lepas lunch la...tapi doc, berapa tempoh max untuk saya datang balik sini?" dia pun jawab " 6 jam". so aku pun balik umah.

dari kul 10.30am sampai 4.30 pm
ade contraction tapi tersangat la lite. tak rasa sakit langsung. patut nak gi spital semula lepas lunch, jadi nye tak pergi pergi sebab tak sakit pun. mama dah risau dah. sebab tanda dah ada kan..tapi aku still takmo gi spital lagi. then bila dah kul 4pm dia ajak jugak pergi sebab kang kalo dah lewat petang baru terasa lagi susah sebab kajang jammed teruk petang petang ni. so kul 430 pm barula angkut sume barang gerak kuar rumah menuju ke spital.


kul 5.00pm
ni dah siap warded, dah siap pakai baju spital dah time ni..nurse masuk nak check bukaan. aduh..part yang paling paling tak ske la. amat2 tak ske. lame gak dia check.sebab bukaan tak berginjak dari 3 cm. patutla contraction lite lite je. so after tat nurse masukkan ubat untuk memudahkan membuang air besar dan berak la saye kemuadiannya. heehhehe. kemudia, nurse cucuk tangan sebab nak masukkan air dalam badan.

kul 5.30 pm
selepas beberapa ketika air dimasukkan dalam badan, contraction bermula. kat perut dah pasang 2 wayar yang bersambung dgn screen utk pantau heartbeat baby serta kekuatan contraction. yer...masa ni..contraction telah mula dirasai. memula sakitnya so~so~. lama lama contraction makin kuat. aku pun recite la ayat ayat doa doa yang aku ingat sambil tengok tivi. tapi ayat ayat tu cuma boleh terlafaz time contraction takde je. bila dia tengah high..boleh katup mulut menahan sakit je. so syed kata..sebut dalam hati je.

kul 6.45 pm
doktor masuk nak check bukaan. aduh..sengsara. tak ske. puas tarik nafas takmo bagi sakit. then dia kate " dah 7cm.bawak masuk labour room".


kul 6.55pm
dah baring atas katil kat dalam labour room.tengok jam dah kul 6.55pm. sakit makin menjadi jadi. bacaan kat mesin ade lah sampai 100~100++. bila contraction ngah high..tangan syed la jadi mangsa. mmg sakit gila. dalam hati dok sebut nama allah je. tak terlafaz kat mulut de..sebab contraction makin kerap..bidan kuarkan air kencing guna tiub, bidan asik dok check bukaan. azab azab.


pukul berapa ntah..contraction makin makin kuat. sakit gilos..bidan check bukaan kata dah 9cm. pastu dia pesan..kalo sakit panggil ye. dia pun keluar. pastu 10 minit lepas tu..dia masuk..check lagi bukaan. pastu dia kata" kalo rasa macam nak berak, teran ye" lepas tu terus rasa macam nak berak. aku pun kata " dah rasa dah mcm nak berak" pastu dia soh teran then dia blah kuar. aku pun dok teran la. mmg serius rase nak berak la. aku rasa time ni la kot aku sempat pkir " lepas ni takmo beranak dah!" hahahah. aku cakap dalam hati je la. (aku rasa tu je la kesimpulan yang leh dibuat macamne sakitnya nak beranak tu) then doktor masuk. nurse and bidan betulkan kedudukan kaki. then dia suruh teran. aku tak sure berapa kali aku teran.aku rasa tak lebih 5 kali.. then ..

kul 740 pm
lahir la SYARIFAH QAIRYN ALEESYA. lepas push terasa kepala dia kuar sekali ngan badan badan semua laju je then terus nangis. takde pukul pukul bontot de. apagar dapat 9/10 yer. :) bagus anak mama.

aku rasa, dah mudah sangat dah aku lahirkan aleesya. aku rasa macam ada orang yang sakitnya lebih sakit dari yang aku rasa. aku sakit contraction kejap..sakit yang aku rasa..maybe kurang.mudah sangat aku lahirkan aleesya. (aku bandingkan based on cerita cerita yang aku dok bace dalam blog pasal orang beranak ni). alhamdulilah sangat. :)


oh lupe nak cerita. bidan kat situ..aku rasa nurse spital kerajaan yang dah retired. dorang hati kering nye nurse. bukan la garang tapi tegas kot.

awal2 sound aku jangan nak jerit2..jangan nak bunyik bunyik. ingat kat allah selalu. so aku rasa, sebab tu la..aku tak bunyik banyak pun. takooot!!! tapi bagus gak. psikologi gitu. mmg aku tak bunyik sgt. sakit simpan dalam mulut je.hahahah.


lepas beranak..adelah beberape orang yang dekat datang. aku ubat bius time tu tak ilang lagi..so masih la tak rasa sakit. aku leh gelak gelak.borak borak bagai nak rak sampai org yg datang tu kate..aku tak macam orang yang baru beranak.malam lewat sket tu..badan dah mula rasa penat.taklarat. and malam tu..lepas semua balik..aku nangis dalam pelukan syed. nangis happy, nangis menahan sakit time beranak tadi, nangis penat.semua semua bercampur. fuh!!! lega.semua setle.