Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

jadi setan sekejap



sape nak gi shopping? angkat keyboard!!!!


















ni, ade expo & wholesale ni. leh la nak beli belah.




Monday, October 25, 2010

Aleesya's day out


macam selalu. every weekend memang kena keluar. kalo tak nanti mama aleesya meroyan dok kat umah. agaggagaaa!!


so sabtu yang permai itu telah berjalan jalan la kami 3 beranak keluar dari kulim kota keriangan itu. memula gi sunway carnival dulu. masuk parkson cari buku kat aleesya. Lamaze baby book. beli 2 je buah je.













so far, buku buku tersebut adalah bahan makanan serta mainan aleesya. =p


oh ye! sebelum gi sunway carnival.singgah Billion, supermarket next to sunway carnival dulu. cari baju lubang lubang untuk aleesya.last time beli murah je. kali ni mahal lak harganya. so beli 3 pasang then chow.


kemudian, next destination adalah jusco perda. abah aleesya nak beli toy kat aleesya.
taraa..
Fisher Price Auto Rotate Funny Ball with Sound and Ligh






untung ade container susu aleesya. takyah susah payah nak beli bekas bubur yang lain. dah la kecik.senang nak nyimpan dalam beg pun. dah tak dapat wat stok susu, so mari gunakan bekas susu tersebut untuk simpan bubur or fruit/ vegie puree dia plak.


sejak aleesya dah start solid ni. kalo keluar sure bawak bekalan makanan dia sekali. tak la nanti, kita nak makan, dia pun sama sibuk nak makan. kan?




main botol sebab mama and abah malas nak layan aleesya.lapa.nak makan.


toys aleesya makin banyak. sekitaran hall pun makin bersepah berparallel dengan toys yang makin banyak. =p
xpe.tu tanda mama sayang aleesya. love u.muahh.

Thursday, August 5, 2010

oversea? over the rail?


bila erk? last 2 weeks kot. masa atok and nenek aleesya datang aritu, kami ke perlis untuk tengok balang kat UNIMAP. mama pulak nak masuk padang besar. ntah apela yang nak dibeli nye. then abah telefon kawan dia yang selalu masuk thailand untuk beli beras pulut. beras pulut kat belah sane is more cheaper than malaysia. tapi masa abah call kawan dia tu, his freind tanya abah..nak masuk padang besar thailand tak? lepas mesyuarat mesyuarat then kami decide nak masuk padang besar thailand. lagipun that day adalah hari sabtu. sure punye orang yang kat padang besar perlis sudah siap siap aasah parang mahu sembelih sorang sorang warga pembeli. so sebab takmau beli barang mahal..so kami pun masuk la belah thailand sana.



aleesya 1st time keluar dari malaysia. nak sebut oversea..takdelak sea.hahahhah.tapi ade rail ketepi. so over the rail lah!

kedai nya macam pekan pekan koboi kat malaysia ni je. tapi kedai kedai baju dan beg memang bersepah dan agak murah.
kira macam kalo beli baju kat padang besar perlis harganya rm30 tapi kat padang besar thailand ni harganye cuma rm20 saja. dan anda boleh tawar tawar lagi.

toto besar, toto baby, selimut, comforter semua berlambak dan agak murah la berbanding kat padang besar perlis tu. aku rembat beberape helai baju serta 1 biji beg. murah seh.dah la cantik.aku rasa memang takkan dapat gitu kat belah malaysia dengan harga yang aku dapat tu. yang para pelancong lelaki nya pulak..dok borong seluar jeans. yang brand levi's, louis tu bagaila.tapi of coursela tipu nye kan. tapi kain ok.cantik. harga pun bagus. balang ngan syed. selain merembat jeans 3 pasang, dorang juga dok rembat beli jersey yg kualiti 3A punye. (ye ke nama dia 3A?aku tak sure) kiranya jersey tak ori tapi yang terdekat dengan kualiti yang ori punye la. balang and syed kate memang murah berbanding harga kat malaysia.



aleesya pulak, sekejap abah dia pegang, sekejap mama dia pegang, sekejap atok dia pegang, sekejap paklang dia pegang. dia ade nangis sket la sebab lapa. lepas dah isi minyak dia..aleesya back to track. bagus anak mama ni.




yang kelakar nya, dorang nye piring satelit. macam kalau kat malaysia..kite ada 1 piring je yang kaler silver jenama astro.kat sini..dorang ade macam macam kaler. try tengok gambar kata tas. ade biru, ade kuning, ade silver. merah pun ade tau! hehehe.memang gelak ar. tapi bagusla.means that dorang ade banyak choices.kan?
ini time aleesya dah penat sangat. dia tido sendri je. takde sape dodoikan. dan time ni aku takde feed dia pun. memang dia sendri tertido..kepenatan.. sian kat dia. gila kejam mak pak dia! huhuhuh!!!



itu cerita ari sabtu. belum lagi cerita ari ahad. :)



yes! kami gi plak ke wang kelian. border thailand jugak. hahahha. wang kelian ni ade ari ahad je. mama i kate la. taktahu la ye ke idak nya.
ni balang nye suggestion la ni. malam sabtu tu..masa baru kuar dari padang besar tu..balang sudah mencadangkan..kami tido semalam di home stay then esok boleh masuk wang kelian. pastu..i rasa teruja jugak sebab tak puas soping kat padang besar tadinye. then tanye syed (dia adalah encik drebar). syed pun kate ok. then abah pun kate on.then berhome stay la kami semlam di kangar dan esoknye menuju ke wang kelian.




tapi wang kelian nye barang mahal.tak macam 6,7 tahun yang lepas.dulu semua barang wang kelian murah murah. kalau nak cari barang pelik pelik pun banyak kat wang kelian ni. tapi skang.sudah berbeza. dahla mahal nak mampos.sama harga la kalo beli kat kulim or kl pun. so nak wat pe beli kan?
so, lawatan ke wang kelian adelah mendukacitakan. memang best lagi masuk padang besar, thailand. tu yang rasa tak puas hati tu. sebab tak dapat beli banyak aritu. frust!frust!
takpe..cuti sekolah nanti..time tu pose. kite soh mama and along datang dan kite soping lagi masuk padang besar tahiland ni. hahahha!! (i tak soping raya masuk sogo, parkson bagai)

Sunday, January 31, 2010

soping barang anakanda lagi..

tadi g queensbay. nak beli barang anakanda. nak beli beg kura kura tu tapi beg yang kami berkenan dah abes stock. lepas CNY baru ade. so nanti pasti datng semula ke queensbay utk beli beg kura kura tu. surprisingly, kami dok ade dalam queensbay selama 8 jam tanpa kami sedar. tup tup kene bayar parking sampai rm4. terkejut gila. pastu baru la sibuk baca info kat mesin autopay tu. rm1 for 1st 5 hour. rm1 for next 1 hour. amik ko..sampai 8 jam.

selain nak beli beg kura kura, syed nak beli container utk stok susu. dia yg nak beli avent ni. kalo aku..aku kate beli bekas dadih macam aina tu je. 100 bekas rm9.90. jimat beb! hehhehe. tapi aku rase, nanti aku akan beli gak bekas dadih tu.





pastu beli 1 lagi bedding cot set dia. kali ni beli kaler biru lak.






pastu beli besi pengangkut kelambu cot anakanda. beli kelambu dia sekali.kaler putih.takdelak kaler pink.kalo ade sure aku amik pink nye.






pastu kat toy r'us beli bunga ni. comey tak? comey kan?





akhirnya..barang barang kat atas jadi gini bila dah letak kat baby cot anakanda. bunga tu akan ditambah lagi.slow slow. sebab rege dia belas belas gak. so kene beli next month lak. hehehhe.bagi banyak sket bunga baru lagi comey dan berseri baby cot anakanda i kan? tilamnya tidak bersarung lagi sebab masih awal lagi. nanti berabuk lak kan. kita tuggu anakanda nak balik kulim bulan 4 nanti ..insyallah..baru kita pasang. kelambu tu pun dah cabut semula dah. :)







oh ye..ni la lemari baju anakanda. hehehe. ntah sampai umur dia bape la lemari ni mampu bertahan dan muat dengan baju dia. kalo mama dia asik rambang mata nak beli baju je.. gamaknya.. sebelum umur anakanda setahun je..lemari ni dah penuh.hehehhe.







ni stoller dia. aritu wat entry tak letak gambar. tadi sebab amik gambar kelambu tu..so amik sekali la gambar stroller ni. kaler biru sebab kang nanti kalo adik dia laki takkan nak beli lain lak kan?=p






pastu tadi beli nursing bra sekali. mahal kan bra tu. takde wire pun mahal.nyampah!! nasib bra tu penting dan mmg perlu ade. so beli yg brand fabulousmom.pastu rase macam..mahal gila ni..takkan nak beli banyak banyak.sayang nya kat duit.hehehhe. pastu..hehehhe..terpikir..apekate try tengok kat scarlet.kot kot ade. pergh..nasib baik saye memang terer pikir. yesss!!! ade kat scarlet maternity nursing bra ni. ok je kain dia. tebal jugak. takdela nampak niple pun kat tshirt. selesa pun selesa. cutting bra tu pun ok. dan yang penting..rege tu..tak la rasa ralat sangat. 2 helai bra kat scarlet tu bersamaan dengan 1 bra fabulousmom tu. sukeh..sukeh.. :)


rase macam dah dekat sangat dah. suka..of course. tak sabar..of course. tapi still..takut tu tetap ada.hopefully everything will be fine.insyallah.

as im typing this entry..man u edi score 1 gol. man u-1 arsengal-0


Friday, January 29, 2010

baby cot untuk anakanda

jenuh cari baby cot. last last senin (25 jan) lepas dapatla beli katil untuk anakanda. beli kat kulim. jumpe kedai yang jual baby cot kayu kaler putih ni dan bersesuaian dengan budget kami. :). budget kene ada supaya tak over dose! =p

taarrraaaa....













hehehhe.saya sukeh. syed pun sukeh.
anakanda..arap awak suka jugak.
lupe plak nak snap gambar almari baju dia.
nanti saya wat entry letak gambar lemari dia plak.
ish la..mcmni la ke'excited'an bakal mommy.
peace!!

Monday, December 21, 2009

soping barang anakanda

salam maalhijrah.even dah berlalu beberapa hari tapi masih je ok kalo masih nak wish begitu.kan?
___________________________________________

kami warga INTEL dapat payment on 20th every month. disebabkan 20hb itu jatuhnya hari ahad maka secara otomatiknya, payment akan menjadi awal iaitu pada hari jumaat. tetapi disebabkan jumaat adalah public holiday.bank adalah tutp maka payment telah berganjak lagi sehari kebelakang iaitu pada hari kamis bersamaan 17hb. aku budget, ramai gak orang lain lagi yang dapat gaji on 17th tu.kan?


makanya, jumaat itu telah mula bersoping barang barang anakanda seperti yang dimaklumi iaitu semua hasil bonus tahun ini adalah untuk budak cinonet dalam perut ini.


opps..lupa.sudah setat rabu malam lagi.seperti entry sebelum ini.ade baca kan?


sambung cerita hari jumaat.


jumaat tu kuar rumah around 4pm.terus pegi bm(bukit mertajam).nak cari kedai kedai baby yag bukan dalam soping mall. kot la ade baju baby rege lagi murah kan. tapi sebab dah lapa then alas perut di KFC. dekat dengan KFC ade anakku. lalu lepas makan ke kedai anakku. lalu telah membeli 'Newborn starter Set' disitu. harga biasa adalah RM139.90. kat kedai baby biasa pun gitu, mall pun gitu..dalam internet pun gitu. tapi because of Y.E.S..set tu ade diskaun dan kami beli dengan rege RM99.90. sudah save RM40 disitu.










lepas gi ANAKKU, g pulak BILLION kat bandar sunway. so kat sana telah membeli baju new born sebanyak 7 pasang. baju 3-6 month 2 pasang saja. kemudian telah ke MCD untuk makan makan bersama sama abg zam serta wea dan bakal mem besar nya. kemudian aku menuju plak ke JURU AUTOCITY. kat situ ade nite market.ade banyak kedai kedai. aku just target 1 kedai baju baby ni je. rompers rompers dalam tu amat cantik cantik.amat banyak.dan amat saya suka. tapi harga nya..tidakla begitu nan murah sangat. so kat sane bantai amik 2 rompers newboorn. 4 romper 3-6 month. ish..ish..ish..ekceli..banyak dah duit abes kat budak cinonet dalam perut ni. nasib anak aku.hahahha.aku memang ekceli takleh stop nak beli baju dia. syed yang setiap kali kene sound aku "dah dah la tu" baru aku pandai nak stop. kalo idak tu..abes sume aku nak belek..nak beli.

sebelum tu..kat opis aku ni selalu la google dalam tenet. tenet kate..kat gurney plaza ade beberapa baby shop yang wat sales gak. so esoknya..ari sabtu tu..aku gerak gi gurney plaza lak. lalu telah pergi ke MOTHERCARE dan membeli electric breast pump dengan rege rm556 sebab ade less 20% kat situ. rege asal adalah rm695. seronok ya amat sebab breast pump ni la menatang yang paling mahal dalam list membeli belah barang anakanda. dapat rm556..memang syok la.





so skang tinggal nak beli barang barang toiletris dia je. barang barang lepas dia mandi. lampin2.pampers2.benda kecik kecik je la. banda besar tinggal baby cot dengan stroller. carrier not sure nak beli ke idak. kalo pegang kat tangan je boleh? hehehhe. maybe tunggu anakanda ini lahir baru decide. kot2 la senang je pegang kat tangan je. hahahhaha.

ok2.malas type dah. bye

Thursday, December 17, 2009

1st soping for anakanda

plan asal semalam patutnya nak tengok cerita JUMP. cerita mandarin.ala..yang director nya si stephen chow tu! alih2 bila soh farhan tengok kan kat wayang, ade movie kul 12.50 tengah malam jer.takde keje la kan..aku nak tunggu sampai waktu tu.dah la esoknya keje kan.
nasib baik la semlam mase mayang asar kat surau ade kak mahan sekali.dia bagitau kat PISA ade sales METROJAYA.sampai 70%.baru stat semalam and abes 29 disember. berbekal info itu serta sedikit kekecewaan tidak dpt nonton cerita JUMP maka bergerakla aku & syed ke PISA.
masuk masuk je, dah tahu dah mane nak tuju.BAJU BABY. tak berperasaan nak soping baju sendri.even baju SOMERSET BAY less sampai 80%. orang tak ramai sangat sebab malam tadi baru 1st day.so bergerakla dari satu brand ke brand yang lain. memang murah beb. baju baby yang brand katon katon disney tu yang selalu selai rm30-rm40 ke atas tu..sume jual rm5, rm10, rm10 dan keatas per piece. rambang mata sat aku kat situ.rupa rupa nya pilih baju untuk anakanda lagi rambang mata dari pilih baju sendri. hahahha.
aku ade 2 jam je sebelum PISA tu tutp.so sebenarnya tak puas lagi la bersoping semalam. dah la pulak..baju baju tu sume tak berlipat. dah berterabur sane sini.orang dah belek dan selongkar dari pagi lagi kan.ko datang waktu nak tutup dah. so take time la nak cari baju dan seluar sebab dia jual per piece. seluar kat hujung nun..baju kat belah sini. tapi syok..dengan syed syed sekali join menyelongkar timbunan baju2 tu. tapi banyak baju yang 0-6month, 3-6 month. yang newborn punya susah nak jumpe.jumpe baju..seluar takde..jumpe seluar..baju takde lak. macam mencari harta karun je aku semalam!
tapi beb..aku rase paling best..sebab ade jual BABY GUESS nye outfits. cantik, branded (hahahah) dan less sampai 50%-60%. tapi takde baju baby. sume baju budak umur setahun 2 tahun. naseb anak aku baru nak kua. kalo idak sure dah dapat selai. time sale sale gini la pun kalo teragak nak beli baju brand brand poyo hebat sket ni..rase termampu nak beli.kan?
overall..aku ske la.tapi mase sket sangat.aku tak puas nak membelek.nak menyelongkar lagi.kalo bagi aku 4 jam..aku rase cukup kot. heehhehe..
so kat kl kat ne lak yang ade wat sales barang baby ni erk? aku nak terjah cuti seminggu dari kismas sampai new year nnt. aku tak puas lagi soping. hahahaha.
tu je la.tapi sok kot.nak gi HARI HARI. stokin baby murah.cantik, bergaya dan menarik. paling penting...MURAH.hahahha.kalo dapat cari barang murah..pilih je yg murah.stokin je pun.baju baby yang untuk berbasah basahan pun..kalo ade kat HARI HARI tu..aku belasah dah. nasin takde je. hahahah.
ok.malas type dah.baibai

Monday, June 15, 2009

Cuti cuti MalaYsia ParT II

tengok..lepas dah 2 minggu baru nak update cerita cuti cuti malaysia nih. sudah basi~~ =p
takpe..better late than never.rite? ni semua memories. rugi untuk diri sendri kalo tak wat update. saya bizi beb.. baru nak ade masa. ini pun lepas lunch nanti sudah dapat kerja baru.

ok..jangan buang masa. dari kampung straight away ke umah kajang semula. mandi mandi dan bersiap lalu menuju terus ke Jalan TAR. ari sabtu kan..ade pasar malam disana. sampai sampai saja sudah terbau bau terhidu hidu kuah laksa. saya tahu..itu yang saya nak makan malam itu. tapi semua orang nak gi soping soping dulu. ok mari kita soping dulu.

boleh apa soping kat pasar malam. murah dan cantik. kualiti? depends pada barang. sambil soping soping boleh la snap 1,2 pic.



tu my Superhero..my Sayang..my Syed.. dan belakang tu kakak ku. tengah tgk2 tudung



yeah..tat all my sibling..the nordin's

punye la dorang sakan nengok nengok barang..jam dah kul 10 lebih. kedai kedai dah start tutup. of course la kedai jual laksa pun tutup dah. huwaa..frust..malam tu tak dapat makan laksa. tebus frust makan laksa kat tepi stadium senin depan tu.

along kate..selalunya ari sabtu ni ade mini concert kat depan panggung wayang kat jalan TAR tu. ape ek name panggung tu? lupe even dia glamer. tapi malam tu takde lak. so kitorang gi toilet je la kat situ. hikhikhik.


mesti kene ade wajah merpati sejoli ini..=p

ok.kan kedai laksa dah tutup.so semua tak makan lagi. semua dah lapa. pastu terase nak makan western. so here we go..HR STEAK HOUSE. kat kampung baru. glamer kot. sebab ramai orang time aku datang tu.




cantik kedainye. ala ala kat tempat koboi gitu. cahaya lampu romantik romantik.



















satu je fail kat situ. chicken chop dia. aku order chicken chop dia. pastu bila makan rasa minyak gamat. gila kuat rasa minyak gamat. bila panggil waiter dia..waiter dia kate maybe sebab guna minyak yang sama banyak banyak kali so rase dah tak sedap. ok..itu ayat pekerja dia sendri erk. bukan aku nye ayat. tekak dan hidung memang tak bleh tahan. akak aku pun kata gitu. so order sirloin steak lak. ini free ye. sbagai ganti chicken chop gamat tadi. =p



sirloin steak

steak dia sedap. daging dia lembut. gravvy dia pun sedap. ikut selera aku la. orang lain nya selera..mane aku tahu.



gamat chicken chop

abis abis makan..semua dah penat.semua dah ngantuk. aku for sure memang tido je dalam kete all the way balik ke kajang semula.
esoknya..untuk lunch mama masak gulai lemak ikan keli salai letak belimbing. pergh..heaven!!
around 3pm gerak balik kulim. syed drive jugak. aku tido jugak seperti biasa..
ok itu aje. aku nak update cerita lain lak.




Tuesday, February 24, 2009

Superman..



dah lame Mr Syed nk baju superman nih.
dulu DC Comic ade kat megamall (kalo tak silap la)
pastu..dah takde.

nk cr baju superman kat pasar malam..
takde size la plak

lucky la..last sunday g dating kat gurney plaza..
round2 wing baru kat gurney tu..
ade plak DC COMIC nye kedai..

ape lg..terus bersinar sinar la mate Mr Syed.
nasib tak kua api macam citer superman tu jer~

sekali..ngan aku aku sekali dapat t-shirt superman ni.
(corak aku lg cantik sket dr Mr Syed ny~)

lepas ni..kitrg plan nk cari kaler hitam plak.
pastu..putih..

kene beli 1-1..mahal la..
nyampah!!


okkey..lepas ni boley la UP UP AWAY bersame same kan sayang!~

askum zaijian


Thursday, January 29, 2009

dating > muvee > underworld 3

malam tadi g dating tengok movie ngan Mr Syed. citer ape lagi yang glamer tiz moment..mestila UNDERWORLD 3. budget orang tak ramai kat Sunway Carnival..rope-ropenyer..mak aih..ramai giloz orang. nasib still ade sit yang comfortable lagi.takdela kene dok 3 lane dr screen kan. pastu bile pk pk semule..patutla..semalam ari rabu. tiket murah. dahtu ramai chinese lak.dorang nih..boss soh cuti sebab soh g melawat sedare mare.dia dok usung anak bini g tgk wayang lak. ni la orang zaman skang! bukan nak beraye ngan sanak sedare..asik nak ber'entertainment' je!~
hehehe..tetibe termasuk mode membebel lak~
sowey!!~~
muvee tu kire okla.aku ingat kan sequel dari underworld 2.tapi sebenarnye ia adalah pre-quel dari underworld 1.kehkehkeh!! tapi okla.class gak.gile la..memang banyak aksi 18SG. darah sane sini.lawan sane sini.dera sane sini..tapi of course la ade part lovey dovey punye.
tapi memang semalam panggung gile crowded. seat yg row depan sekali pun ade orang dok. mase ngah beli tiket pun..screen asik tunjuk sume citer selling fast. selain citer underworld..skang citer yg jadi rebutan adalah seperti berikut ye anak anak~~1.inkheart 2. bride wars 3.bedtime stories 4.tajuk lupe tapi yg ade end's well well tu. hehehhe!~
pas abis muvee, turun ke giant untuk soping barang dapur pastu g secret receipi makan spageti & minum ice blended caremel mocha. dah takleh minum kat starbuck then kite cari la alternatif lain.tak gitu?!~
pastu balik tido.
askum zaijian

Friday, January 2, 2009

ShOpAhOLiC

ye ker???!!!~~
takde maknenyer..


aku beli sket jer. itu ini.ne ade banyak pun.tapi puas atila.dapat la nk membeli belah sket..tapi tak puas ati sebab takleh nak beli lagi banyak! heheheh~~

ape yang aku beli pun sume yang ade less 50% or 70%. YE..aku suke sale.aku suke sale time aku baru dapat gaji!! kihkihkih~~

aku beli selipar kat vincci...


aku beli jaket, gaun, black tight shirt ngan blous rimau kat scarlet...
last but not least..pant kat voir..
biase biase je sume. janji ade less bile beli sume item di atas :)
selain dari soping baju, suar bagai nih..aku n Mr Syed soping water heater & kusi tangan. kami juge blanje both side nyer family. pastu duit yilek~ hehehhe!!~~
askum..zaijian