boleh plak for the 1st time dalam 37 minggu peknen ni..aku mengalami gejala mengandung yang menakutkan aku. ecewah..ayat macam dasat je gejala itu.
well, semalm masa still atas katil..taktahu kul bape. tak rajin tido pakai jam. korang rajin..korang pakai la. pastu tetiba mase nak switch arah tido dari telentang ke kiri or kiri ke telentang or telentang ke kanan ke or kanan ke kiri ke (ade faham?hahha) aku nye view pusing pusing.aku jarang sebenarnye mendapat gejala view pusing pusing even masa tu aku lom peknen. gejala itu telah membuatkan aku sakit kepala. serta telah membuatkan aku sentap sekejap bila teringat nurse kinik kerajaan minggu lepas sembang pasal sawan peknen. antara gejala dia, sakit kepala dan mata pinar pinar. which itu tanda yang sama macam yang sedang aku alami semalam. cuma takde rasa loya, muntah or pedih ulu hati which salah satu simptom sawan peknen jugak.
tetapi sebagai homo sapien (manusia itu homo sapiens kan?) yang 1st time peknen serta tersangat la mahu melahirkan homo sapien jugak jugak..jadi amatla bimbang dihati ini. makanya esoknya telah jumpa doktor cina bernama Chang di keliniknya untuk pemeriksaan. lepas dia amik BP dia wat ultrasound kat bb lak. anakanda seem fine. air ketuban ok. heartbeat ok. dan anakanda sudah memberat sebanyak 2.5kg semlam. so doktor itu pun kata, maybe sebab bila pusing pusing time tido tu..berat baby telah menghimpit salur darah yang bawak oksigen ke kepala lalu mengakibatkan view jadi pusing pusing. serta BP telah naik dari biasa even lom reach tahap bahaya lagi. doktor itu kata, its normal thing yang common jadi kat ibu ibu peknen. ok.lalu saya sudah bertenang. alhamdulillah. janji anakanda selamat and fine.
balik umah, lunch dan santak tido sampai kul 4 sebab pale gila sakit. oh, doktor jugak kata, anakanda sudah cukup bulan means..anytime boleh kuar dah.pastu nanti kita leh chit chat kan ankanda!
tak sabar i.
ok.nk g lunch.babai
No comments:
Post a Comment