Showing posts with label kengkawan. Show all posts
Showing posts with label kengkawan. Show all posts

Monday, May 24, 2010

congratulations ezanita

eza was succesfully (wah..succesfully.tak hengat ayat) delivered her baby boy.weight 3.74kg on may 21st at KPJ Shah Alam. went thru operation.c-sec.

no wonder la kan..her baby boy is so sehat.alhamdulillah.

congratulation ezanita.welcome to parenthood world. full of bittersweet memories.

Friday, May 21, 2010

eza already in labour room.

pagi tadi around 11am.. i received a sms from my bestfriend ezanita (i think her husben send it). shes already in labour room. her water already broken.

until now, i didnt been update by her husben yet. so donno what is her condition. hoping that shes already deliver her baby boy. :).

will update bout her and her baby later. hope they are fine.

Thursday, August 6, 2009

kita maintain ini semua

amat la busy sehinggakan tiada waktu senggang nak update blog. bila dah free, badan dah penat sangat.dah tak kuasa nak belek blog nak wat cerita baru.

hari ni berpuase. menggantikan the last day pose. plus..berharap mendapat sedikit pahala berpuasa pada hari nisfu syaaban. :)

since semalam..alhamdulillah..tahap kelaparan telah kembali normal. tidak lagi ditakuk lama. tidak lagi berada dalam situasi lapar terlampau. berharap keadaan ini terus je sampai menjelang puasa ramadhan. so tat..i can finally berpuasa penuh semula setelah 12 tahun tidak berpuasa penuh =p. mari tadah tangan dan doa sama sama supaya saya dan kandungan ok ok saja.

sebelum nih, hanya abg zam (opismate @ teammate) je budak laki yang tahu i am pregnant. saja malas nak bgtau dak dak laki. kang asik dok kene sakat je. penat nak melayan =p.

but selasa malam aritu..i have told man bout this news. tu pun dia dan ckay ekceli dah guess lama dah yang i am pregnant. dorang kata dah nampak sangat. kirim soh beli jambu madu la, asik makan je la sampai time nak jalan ke parking kete pun dok pegang makanan. pemerhati rupa rupa nya budak budak ni. u know..korang akan terasa amat terharu dengan mereka mereka ini. mereka ini mempunyai tahap mengambil berat yang tinggi. bila mereka kata mereka happy dengan sesuatu gud news itu..mereka memang betol betol happy. bila mereka kata mereka concern..mereka betol betol concern. mungkin kerana orang melayu di opis km6 pdc ini tidak ramai lalu muafakat itu jelas kelihatan. well..im very happy be with them. be among them.

korang..kita maintain itu semua ye.

Monday, July 13, 2009

zoorangers at zoo negara

hehehe..
ibu, isteri isteri, tunangan orang serta anak mak bapak
telah berjalan jalan ke zoo negara sabtu lepas.
yeah!! perjumpaan OTAI di zoo negara. hahahha


sume memakai baju kaler red as a theme.
suke. sume merah.merah menyala.
sume enjoy. enjoy tengok animals.










happy.happening.
dapat get together.
story itu.story ini.
sesi kutuk kutuk juga tak dilupakan =p

terase seperti anak dara
bila dapat kuar tanpa suami disisi
lepas tu rindu kerinduan
bongek!

oh, im happy!



askum, zaijian

Thursday, July 9, 2009

see..se.. i told ya'

never lose hope~
hope is necessary in every condition


repeat..
in every condition.. :)


mengapa begini?
sila jengok dibawah ini..







*sepam means main UNO la



baru je tulis entry
pasal keinginin bermain UNO



dan disini daku berkata
daku dapat main tadi serta menang jugak
as usual la =p



yeah..never lose hope!

Saturday, June 27, 2009

durian's feast

bila erk agenda makan makan durian ni erk? lupa la.. let me think... oh ye..last week ari ahad bersamaan 21 jun 2009.


my officemates & i, total about 13 person including me, we went to makan makan durian at Balik Pulau. when durian season is coming selalu nye durian di balik pulau memang glamer. there got a lot of dusun dusun's owner opened their dusun to customer come walk in and eat durian there. memang best la. durian fresh. sometimes if u get lucky, u can eat the fresh durian which just falls from the trees. ade je pokok pokok durian yg rendang which u can pick it from the tree terus.



the owner of the dusun opened every type of the durian he got for us. dont ask me about the name. i dont remember the name, i just enjoyed my moment ate the delicious durian. only one type i used to remember the name because for me that type of durian, tasted very the sedap. the most delicious one. but the name is not nice la. ade bunyik sikit sikit macam mencarut la..tak caya? it's lancau! yes..the name of the durian is lancau. macam tu la pronountition dia but to spell, saya tidak tahu la. hahahhaha!!~ oh another type of durian yang saye ingat. it's D2 because i bought that type of durian for Mr. syed. i wanted to bought the lancau one tapi abis wea and amir dah borong dulu. ok. enjoy the pics then. pics can tell u the stories.

























semua makan macam tak hengat donia. amat amat puas makan durian tat day.
sekian

bintangkecik1:credit to ckay for his pictures

Wednesday, June 24, 2009

aRiNi PulaK..

saye sampai opis pukul.... beberape minit sebelum pukul 9. letak beg atas drawer, kuakan laptop, letak laptop atas laptop's dock, on laptop, lock laptop, masukkan pasword laptop, kuakan mouse, kuakan henpon dari beg dan masuk kan kunci kete ke dalam beg.

lepas tu tunggu laptop berfungsi sambil sms-sms dengan Mr.Syed. perut lapar ni. geng selalu bekfast dah turun bekfast pukul 8.30 pagi la. so kene tunggu geng datang lambat nak ajak bekfast. so marilah kite click open pade office communicator dan search name fakri & zharif. ye..mereka tak datang lagi. ade geng la nak g bekfast pagi ni.

selesai bekfast,tengok email.takde important email. so boleh tarik nafs lega. mari bukak facebook. update itu ini kemudian bukak belog orang pulak. bace sedikit sebanyak kemudian terase nak buat keje. mari bukak virtual network computing (vnc) kemudian buat keje.. (keje dah siap..nak buat double check je) tapi baru setengah jam dah bosan. pergi cube sebelah nak beramah tamah dengan jiran cube sebelah. tertengok dia buat online training. dia kate kalo tak buat nanti kene buat kat dalam bilik dungeon. lagi stress. so balik cube sendri dan marilah berajin kan diri buat online training lak. demmit..tak suke buat menatang ni. ngantuk!

dah tiba lunch hour.mari lunch. makan laksa sahaja.masih kenyang angkara bekfast lambat. sambil lunch sambil beramah tamah dengan rakan sekerja serta sesi kutuk kutuk dan bergurau senda. pukul 12.45pm naik atas. pukul 1pm masuk conference room man nak wat presentation. 1.30 abis presentation. sambung buat online traning. ngantuk..bukak facebook semula sambil sambil buat online training. pukul 3.30 ptg turun bawah makan petang pula. mari makan jom.makan banyak kueh sebab rase lapa sangat sebab lunch tadi makan laksa sahaja .dah tu tak abis pulak laksa tu.lagi la patut rase lapar. naik cube pukul 4.10ptg. bosan..online training dah buat 2. lagi 1 dah rase malas sangat nk buat lagi.cadang esok je. jadinya pergi cube wan nak kacau dia tengok cerita transformer yang 1st. tapi bila perg dia kate dah abis tengok dah. pergi cube abg zam lak. kacau kacau sikit lepas tu ajak main uno. lepas tu ajak wan, ajak man, ajak ila dan ajak fakri main uno jugak. lepas tu main uno sampai pukul 5.

balik ke cube semula, bukak facebook,bosan. lepas tu bukak blog. oh ajan ade update entry baru la. dia cerita pasal kimi dia. jeles. kimi saye blom ade lagi :(. lepas bace terus buat entry baru tentang aktiviti hari rabu di intel ini. la..takde keje rupenye aku. dok ngulat je. main tenet saje je. hari tak produktif tapi saye suka jugakla. boleh rest. esok plan nak mc.sakit gigi. hahaha..siap dah plan dulu sebelum waktunye. kish & ida jangan bocor rahsia yer. hikhikhik.

sudah pukul 5.42ptg. nak balik la.rase nak masak malam nih. balik dulu yer.
baibai.

Thursday, June 4, 2009

CuTi CuTi MalaYsiA ParT 1

meh aku story mory agenda hujung minggu cuti cuti malaysia part 1 ini.


aku balik umah makbapak aku kat taman ceras idaman kat kajang nun. after lunch, aku ,laki aku and ain gerak dari kulim. kitorang lunch mane erk? oh..aku lunch kat restoran sinar apekebenda ntah namenye. sebelah LHDN kat bandar perda nun. aku saje je cerite pasal aku lunch ni sebab aku nak kite semua fokus pada perkataan LHDN.

"xxxx & yyyy will be out of office to LHDN this morning to clear up income tax issue, please drop mail if urgent"

anda nampak? hehehhe..ofismate merangkap teammate aku anta email kat warga team pagi jumaat lepas sebagai satu senjata(alasan) untuk memboloskan diri ke JUSCO. ye..ari itu..jusco ade sale JCARD.ala..kalo ko ade JCARD tu ko dpt diskaun lain la. (agaknye la) kalo pegi lambat, nanti stok yang sesuai ngan badan akan abis. so..disaat pintu jusco tu nak dibuka la gamaknya..dorang nak berada kat depan pintu jusco tu kot. hehehhehe

ok..ok..back to asalan.aku nak citer pasal cuti cuti malaysia.


ok.sampai kl around pukul 5pm.aku speed dowh. tapi takat 160km 170km je la aku berani. lagi laju dari tu..aku lom berani lagi. tapi kalo kasi aku bawak merz ke..BMW ke..kete mahal mahal lain yg diketahui dan diuji tahap klinikal nye adalah superb..maybe aku beranila bawah sampai 220km sejam. "yang, baby nak bawak laju bole?" "boleh! tapi kalo kene speedtrap, b bayar" setle.bagus laki aku kan. supportive btol. aah, aku yang drive. laki aku pemandu berhemah beb. ko nak suruh dia speed pun ko macam serba salah. tapi dia reti la bawak laju laju jugak tapi kau tak sampai ati tengok muka serius dia pay attention sebab bawak laju2 sangat ni. hehehhe. tapi..minyak kete sampai kl 2 kali aku kene top up. bodoh btol la minyak nih!

sampai kl bapak aku soh tunggu dia kat gerai makan kat padang merbuk.(ye ke padang merbuk name dia?ala..yang dekat tugu negara tu?) aku nak konvoi balik umah kajang ngan dia. aku tak reti beb nak balik umah kajang tu. ni 2nd time aku nak balik umah kajang tuh. kalo jalan kat kulim and penang aku reti la. jalan kat kl or selangor ni mane la aku khatam lagi. kabur kabur je semua.sampai kajang makan makan then aku siap siap nak g lenggeng umah ezanita. ha..ni la ezanita yang aku kata katakan itu. dia ni la yang nak nikah ari jumaat malam tu. dia la best fren aku mase kat mrsm dulu, sampai la ni. ape je cerite dia, mesti aku tahu.ape je cite aku, mesti dia tahu. lebih kurang gitu la!~


dear eza & jamal..selamat pengantin baru.



tami temua pakai baju taler hijau apple.tantik tak tami?

nasibla aku berjaya sampai ke lenggeng ni dengan jaya nya dari taman ceras idaman itu. jenuh ni aku belajar jalan ngan abah. siap ade pelan jalan lagi. dalam ketas tu siap ade 3 pelan lagi. oh ye! ni ade cerita selingan. aku baru tahu mana aku dapat perangai suka elaborate tu kawan kawan. aku inherite dari bapak aku.believe or not? believe it! laki aku pun kate gitu gak. hehehehhe. aku ni jenuh la tunggu dia explain pelan dari taman ceras idaman sampai lenggeng tu. abis semua dia nak elaborate. aku dah tahu dah ape perasaan kawan kawan tunggu aku nye final words. kehkeh.tak kisahla..janji aku sampai kat lenggeng dengan selamatnya. aku ingat aku sampai lambat dah tetapi aku kawan 1st yang sampai. terer tak aku?

this time..she's the bride


last time..i'm the bride

pastu aku kene jadi pengapit bidan terjun. boley selamba badak je si eza itu "ko je la ida jadi" bile aku tanye "sape dok sebelah ko ni za?" hasilnya..pasti la aku yang bini orang ini jadi pengapit kepada pengantin pompuan kita. korang korang..im not available okay. takyah usha usha i. i bini orang. kehekeh..stok perasan orang ade usha pengapit. hahahhaha! bengong! malam tu around 1130 pm baru gerak frm lenggeng ke taman ceras idaman semula.
esoknya, kenduri nya pulak. aku datang siap bawak seisi keluarga. :) ezanita ini baik gile ngan parents aku..dah anggap macam anak pun. tu yang dorang pun datang. dahtu..bapak eza ex polis..bapak aku masih polis..so tetamu bapak eza tu..mmg ramai gakla bapak aku kenal.


family potret - cukup sume sume nih!


ni la OTAI(gile tak hengat name grup. tapi aku suka jer) takde mock & Rafid. geng aku time kat MRSM PDRM.




ni sume budak budak MRSM PDRM la nih.













time ni, family aku yang lain lain dah balik dulu ke kampung aku yg berjarak sekangkang kera itu. sekangkang sekangkang pun setengah jam jugak la jolobu dari lenggeng tu. aku lak stay sampai selesai sesi bergambar bersama sama pengantin. around 330 ke 4oo ptg kot baru aku gerak balik kampung aku tu. dapat jumpa tamtam.tamtam dah mengandungkan gebang.gebang dah beranak 6 ekor anak. sekor je ikut kaler gebang. 5 lagi sume ikut kaler tamtam. aku lupa nak snap pic tamtam. tapi aku rindu gila la kat tamtam aku nih.



okla.aku penat menaip dah. len kali aku sambung ape aku wat di malam hari sabtu itu pulak.


bintangkecik1:thank god. dalam 5,6 org je tanye soklan seperti entry sebelum ini.
bintang kecik2:selamat pengantin baru eza. aku hope ko akan bahgia sampai beranak pinak sampai hujung donia. luv u lah!!!

Friday, May 29, 2009

ape perlu saya jawab pada soalan itu?

dari bulan lepas saya dok fikir..
apa jawapan yang paling best boleh saya fikirkan bile soalan lazim itu ditanya nanti.
saya amat amat yakin soalan lazim itu akan ditanya oleh rerakan di majlis kawen ezanita itu.

ada tak jawapan yang..saya hanya perlu jawab sepatah sahaja lalu mereka tidak akan tanya lanjut dan tak akan tanya apa apa lagi?

saya sudah fed up dengar soalan itu kerana saya terasa rendah diri walaupun saya memang tinggi dan bakal pakai kasut baru yang memang tinggi tumitnya.

bukan saya nak marah, saya tahu kawan kawan concern tapi saya juga punya hati yang perlu dijaga. kalo saya jawab "takde lagi" lepas tu akan ada yang tanya.."bila lagi?" dan soalan soalan lain yang akan menjadikan ia satu topik baru pula.
aduh..bisakah saya jawab soalan itu? allah belum kata 'kun fa ya kun' pada saya lagi. jadinya saya idak bisa buat apa apa selain berusaha.

aduh entry emo di hari jumaat.

apa soalan nya?
soalan nya ialah..
"ida..dah pregnant?"

aku jem!!~

bintang kecik1:nanti saya akan kira berapa orang yang tanye soaln itu dan will be post the number next week.
bintangkecik2:saya bukan marah, saya geram saja.saya manusia biasa..ada rasa rendah diri dan malu.

Monday, May 18, 2009

makan BOLA, minum COCA-COLA

hai...ni hao!

kali ni nye entry nak citer pasal budak budak opis aku main bola. aku dok asik tengok dorang selalu attended meeting bola dan minggu lepas..jersey pasukan sudah siap. so sabtu aritu yakni 16hb mei..aku diberitahu mereka iaitu team bola PDC kulim ade match ngan team bola PDC Penang. so aku yang baru balik dari tepeng ni teringinla nak tengok mereka mereka ni test power main bola. jadi ke Free School la kami tuju sebab dorang lawan disane.


mase aku sampai tu..dorang baru stat 2nd half. ye..aku tak tengok dorang main dari awal..sebab awal2 tu..aku g queensbay cari presents beday untuk si comel humaira & sofea. sampai je padang..terus aku tanye score nye bape..

"6-1" terdengar suara suara menjawab.
"sape 6, sape1?" aku bertanye
"mestila kitorang yang 6" ade yang jawab begitu
"dorang" ade jugak yang jawab gitu
aku gelak gelak dah
"so sape 6 ni?"
"dorang..." suare frust sambil cover malu..

aritu...dorang kate...
"pdc penang sume jarang sukan. dorang asik wat keje je"

aku confident la yang pdc kulim leh menang..tup tup..mereka score tak hingat hingat..striker PDC Penang yang pakai jersey no 7 gile lincah la..laju plak lari tu..macamne la PDC Kulim nak menang?
hehehhehe..

tp aku enjoy la tengok dorang main..aku siap leh lompat lompat lagi. sebab aku datang ngn Mr Syed so tak leh la over over tunjuk perangai...takleh over over jerit jerit name lelaki lain. kang kecik ati laki aku. waakakak!~~

last result..8-3
mestila 8 tu PDC Penang
gol team opis aku dijaringkan oleh S.K Lee, zul otomen & haidar

dorang salahkan aku sebab dorang kalah. dorang kate "ko la..datang lambat..kalo ko datang awal..mesti dah score lagi banyak"

sebab..seblm aku dtg..drg score 1 gol je..lepas aku datang..dapat score 2 gol
giloooo..salah aku ker? :-P

tak banyak pic yang aku snap. aku malas..









memang gol team aku asik kene serang je..asik penuh je area depan gol tu. keeper pun kene standby je..yang keeper belah PDC Penang siap leh pose tepi tiang gol.kerek je gaya..




aku dok kat kerusi..so dapat figura belakang je la..



gila banyak la nombor wea..88..yang 17 tu fakri..7 tu man..sebelah man tak pasti.. yang tepi kanan tu..mr hensem chinese guy..ahakss..

mase game nak habis tu..ujan pun turun..abis game..aku pun balik..malam tu kang kene g party beday humaira plak..


askum zaijian

Thursday, April 2, 2009

semua perkare...

askum..ni hao!!

wah..lamenye tak type type, merapu rapu, bercerite macam donia ini kita yang punye. rite?
rindu sey..

herm..ida murni busy? ye ke?

boleyla. ade keje.non stop. g keje..wat keje..balik umah..wat keje umah. kekadang wat keje opis kat umah gak.of course sambil tgk diary AF dan kemudian bersambung ke chanel 105 astro prima. pastu masuk tido. pastu mule balik akiviti yang same.

kat opis..tak sempat nk tekan tekan keyboard nk merapu dalam blog. sebab mase senggang sikit sangat.
SEBAB..

ati ni kate..bile dia nk update blog..dia nk type panjang panjang..
dia nak bercoletah banyak banyak
so kene la tunggu the veri right time.

at last, masa tu pun tibe.
baru close 1 family layout.
ade hutang 1 family serta 3 family yang sudah review tp lom buat AR.
(anda tak perlu paham ape yang saye type.) :)

ape nak cerite?

wah!! tetibe jadi tak tahu nk cerite ape. OMG!
mengade ngade tol la ida murni ni.

okla..rindu kat eza. dia nk kawen dah. bz uruskan preparation kawen. aku pun bz ngan keje. pastu masing masing jadi busy dan dah lame tak ring ring bersame bercerite ceriti. ade je tepon pun tapi just cakap benda formal je. tak sempat nk borak borak mcm selalu.

salme my ex roommate pun nk kawen dah. same date ngn kak chena kawen. rase bersalah sebab langsung2 takde contact dia lepas abis blaja. bile dia ade online YM pun..takde tegur dia dlm YM. apesal la idamurni ni teruk sangat. :P

kakyana pun..ida tak tepon kan akak? kite last contact mase berYM ritu je kan. mase tu akak kate akak ngah cuti. ade kat perlis.skang ni akak wat per erk? dah abis kan? amacam job kat spansion tuh?

azu..ko ngan kak tasha macamne interview cikgu cikgi aritu? TPM rite? aku lupe la? result dah kua lom? kalo gud news..jgn lupe YM bgtau aku. :)

kak chena..azu kate ritu..akak tolak interview TPM sebab nk stay melaka. akak nak stay melaka ke lepas kawen? hehehhe...ni lagi 1..dah lame ida tak tepon. sampai taktahu ape plan terbaru akak lepas kawen. huhuhu.tp kelakar la kak..akak leh 3 kali silap wish beday ida. awal semedang wish. tapi mase 24hb tu..takdelak sampai sms akak wish beday. it makes u peng'wish' terbanyak beday ida tahun ni. neway tq yer. :)

hahahha..sungguh sungguh ida merapu kali ni.
mesti orang lain selain dari orang yang ida mention namenye dalam entry kali ni..kate ida nye entry ntah ape ape.

well..ida just rindu korang sume.
sangat sangat.

Thursday, March 19, 2009

oRanG Tua tUa kate..

di antara berderet deret buah yang beratur atas tempat tayang buah itu..

abg zam: uncle, (tokey jual buah) kalo nak buah pisang kembar ni berape kire?
uncle: 1 40sen, 2 80sen lor.
aku: eh abg zam, takleh la makan la pisang kembar ni.nanti dapat anak kembar siam.melekat.
abg zam:ye ker?
aku:orang tua tua cakap la.


di suatu tempat yang lain
abg zam:ida kate kalo makan pisang kembar ni nnt dapat kembar melekat.
aku: orang tua tua kate la.
ck:abis tu kalo taknak dapat kembar melekat, kene makan pisang single sekali 2 la? @_@

ade ke patut??!!

orang tua tua banyak menegah.
banyak pantang larangnye.
benda berkembar melekat tu same je pantangnye macam..jgn tgk ular la..jgn tgk beruk la..takleh tgk benda pelik2 la..
sebabnye..

nanti takut terkenan.

askum zaijian

Tuesday, February 24, 2009

picnic @ bukit hijau

picnic ni dah lame dah..tapi sebab macam dah terjanji ngan diri sendri nak wat entry pasal picnic ni..aku wat gakla..even citer dah basi :P

well..memule janji kul 2pm nk gerak..tapi..
kalo dah name melayu..kalo tak apply pepatah "janji melayu" ..tak melayu la kan??? :)

ape kesss??!!

last last kul 3pm jugak kot baru gerak ke bukit hijau.
aku tunggu dorang kat petronas..
lame gak..
sampai leh wat iklan lolly pop~~









mahal ooo..dagu berlekuk tu..orang kate..
'orang yang dagu berlekuk ni comey'
well..org yang kate..aku tlg bangga je..
tapi..
comel kah?
boley la!! (maaf, ini statement masuk bakul naik lif)

sampai sampai je..kene la makan makan dulu







pastu..let's the picture speak itself lor~~

















okkey..jom balik.





baru tringat..

"ida, tak balik kampung ke? bukan selalu kalo wekend balik kg kan?"
"jahat tau"
"hahaha (gelak setan). ida kene tinggal. kampung dia dah jauh"


jahat kan???

okla..itu ajer..
askum..zaijian

Wednesday, February 18, 2009

angau overboard

Tanpa
by 6ixth Sense

Resah yang ku ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti


Meski pagi itu indah
Tapi akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi


Tanpa...
Cintamu aku resah
Tanpa...
Kasihmu aku hampa
Tanpa....
Dirimu aku mati (x2)


Kini berat benar kurasakan
Dalam relung hatiku tanpamu
Aku tak mengerti


Takut aku jauh dari dirimu
Dan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpa menunggu mati


.......................................................................
.......................................................................




saye sayang bangat jejaka di bawah..








hehehhe...pinjam anak orang sat..










hehehe..ekceli entry angau overboard ini saje saje je.
tiz pic waz taken last wekend @ air terjun bukit hijau by ckay.
cantik plak bile dah ditambah border oleh ckay ni.
entry pasal air terjun ni..akan idamurni update later.




tetibe terindu plak kat Mr Syed~~


askum zaijian

askum zaijian

Wednesday, January 28, 2009

BowLinG TimE


@MEGALANE Megamall..


xtvt ni disertai oleh 6 orang termasuk aku. geng geng opis+Mr Syed. kami taktahu nak wat ape dimalam minggu jadi nye kami pun plan untuk main bowling sabtu dahulu. xtvt ini dah berlalu maybe 3 minggu yang sudah rasenye..cume tat time aku maleh nak update blog so citer tu tertunda siarannye sehingga hari ini.

okkeh!!
aku tak citer banyak..let the picture speak of itself!!















ini lak..pic merpati 2 sejoli..the only couple yang hadir pade hari tersebut~~






okkay..xtvt malam itu bersambung d kedai makan di..di..aku sudah lupe ape nama tempat itu.


dorang makan roti canai.aku minum air je. pic takdak.dah penat tangan.malas nk snap pic lagik~

sesudah itu semua pulang ke rumah masing masing

sekian..askum..zaijian

Monday, December 22, 2008

SiaPa SaYe?

ini la aku..


isteri kepade seorang mamat yang paling disayanginye..Mr Syed.aku seorang yang kebudak-budakan.tak langsung menyerlahkan peribadi aku sebagai orang yang dah bergelar isteri atau wanita yang berumur 25 tahun. kelakuan aku persis budak2 remaje. atau juge mereka lebih matured dari aku. ske bercakap macam takde istilah noktah dalam kamus dewan, macam takde full stop dalam kamus oxford.geng geng mrsm kate, aku kalo bercerite mesti nak elaborate.dorang penat tunggu ape yang nak aku katekan.heehhehe.aku ske senyum & gelak.. stok yang model iklan colgate pun kalah. aku try gelak kecik tapi dah allah lahirkan aku ngan mempunyai gelakan yang berdiameter besar..apelah dayaku selaku insan biase ini untuk menolaknye atau mengubahnye! cecewah!!~ aku adalah kalo bercakap tangan tak reti dok diam. tangan aku akan bergerak gerak mengawang gawang separallel ngan muntahan ayat ayat dari mulut aku. aku juge seorang yang manje.tu ape aku kate.orang lain plak kate aku gedik. aku tak pandai marah orang.aku takut nanti dorang malu.aku ske nangis ok kalo bace novel or cerpen yang part sedey sedey. kalo tengok muvee pun gitu.yang pasti..kalo korang kenal aku..korang akan seperti tak percaye aku ni bini orang dan berumur 25 tahun. memang macam kanak kanak rebena la.
kenape yer?
mungkin sebab aku kurang kasih sayang? tak mungkin..sume sayang aku.hijhikhik)statement masuk bakul naik lif). dulu mase kat mrsm takde lak perangai aku gini. tapi aku nye sore memang kecik. macam sore karton budak2 ni kate dulu. kalo dalam tepon lagi sore macam budak kecik. tapi rasenyer perangai kebudak budakan itu tak sangat kot. tapi tak tahu la.sebab takde yang ade kate pun. eza, aku mase kat mrsm dulu perangai ade serupe budak kecik tak? hehehhe!~
herm..mungkin sifat kebudak budakan itu datang mase kat uitm mase amik diploma dulu. aku dijage oleh kakak kakak. ade kak aida, kak faz, kak abby, kak reni n kak kam yang jage mase kat kolej. teman dinner, teman lunch, teman borak, teman ngumpat, teman g perda, dan tempat mintak nasihat.kat kelas lak..mase part 1 tuh..ade kak ina, kak kien n kak lin. mase part 2 n part 3 rina ade. mase part 4 ade kak nab jage.masuk semule part 5 & 6 kami jage diri kami sesame sendri(rina,oli,zue,ida). tp perangai memang dah manje. kalo ade prob je mase tu mesti turun cari kak ida. dah naik part 5&6 je kurang sket ngan kakak kakak & rely on kawan kawan. ade rina, ade oli, ade zu.kami ber 4 same2 susah senang.
masuk degree part 1, rina dah kawen ngn sharil.dok lua.oli n zue dah pindah shah alam. tinggal la sengsorang.dok kolej ngan kak kien, kak ida & kak lin. saye masih seperti adik2 pade mereka. dorang layan saye memang macam adik2 dorang. dorang kurang treat macam kawan.saye sayang dorang. dorang 3 je yang panggil saye murnie. sampai skang.
masuk part 2, dok kolej mutiare kat idaman. dapat 1 bilik ngan salme. ida murni alhamdulillah no prob nak mix ngan orang. senang masuk dihumban sane sini pun.mase ni ingat lagi cerite salme. mase tu dah rapat ngan sal la. sal cerite, mase memule dapat tahu 1 bilik ngan idamurni, sume geng geng dia(kak tasha, kak chena,azu..yang lain sape lagi erk?) telah menakut nakutlan salme. dorang sume kate.."abisla ko salme, 1 bilik ngan ida" .see??? ye..ida murni gedik ok. dorang kate la. ida murni tak rase gitu pun.hehehhe (statement cover line) ida murni rase..idamurni cume manje, kebudak budakan. saye telah dimanje oleh kakak2, saye telah dijage oleh kakak kakak amat la lame masenye. so salme pun rase macam "alamak, abis aku. macam ne nak dok sebilik ni. dahla mase 1st time datang tu..barang ida murni banyak. (ek eleh..barang aku banyak pun dorang takut. ni la orang..) kire macam..ida murni ni..mcm banyak songeh la. tapi turn out..ida murni ini bagus budak nye! (statement masuk bakul naik lif lagi ye) salme yang takut mcmne life dia bersame idamurni dalam bilik itu turn out menjadi geng kamceng idamurni. itu yang terbocor rahsia korang kak tasha oi!!! hahahahaha. sal kate..tak sangke ida murni ok budaknye.. tak teruk pun. cume perangai gedik tu..dan sifat kebudak budakan itu tutup sume. orang nyampah je kat ida murni ni! tu yang idamurni kate..' orang yang tak kenal idamurni, takkan ske ida murni. dah lame kawan baru tahu the real ida murni.' bukan nak puji diri okkey!
pastu hidup idamurni masih tetap bersame kakak kakak. bile rina dah sambung degree kat uk, tinggal la kakak yang banyak menolong ida murni dalam life, dalam pelajaran, dalam sume benda. kak yana. i love u la kak yana. kat umah kat kelas..ade kak yana kat mane2 je. ade idamurni, adelah kak yana! pastu naik part 3 kua dok umah sewa. menyewa plak ngn geng2 yang lagi satu nih!(kak tasha, kak chena, azu, kak emah, ana, salme)-->ala..geng2 yang ske kutuk aku gedik tuh! :)hehehehhe. alhamdulillah.. turn out..geng2 itu menjadi geng kemceng saye ok. idup dorang akan tak meriah tanpa idamurni..macam idup idamurni kat umah tu takkan meriah tanpa dorang. nyanyi nyanyi kat hall ngan azu, lawan ngumpat ngan kak tasha, mangadu cerite ngan kak chena, marah marah sayang ngan salme, layan tgk anime & korean drama ngan ana, rebut rebut chop novel+magazine baru kak emah. pastu ngan dorang lagi la bertambah manje nye sebab dorang kaki layan terutamanye kak tasha n kak chena.. wekend je pujuk pujuk salme & kak tasha masak. pastu main lawan menjawab ngan kak tasha..pastu dia pening pale!heheheh!!~.malam malam cross share bathroom cari kak chena nak ngadu ngadu. azu tahu bile mane ida ngah tensen ngadap komputer pastu join idamurni karouke. malam malam tensen kua g minum honeydew iceblended. g pasar ramadhan sampai kat penanti & bandar sunway..
cube tanye dorang..idamurni buat buat ngegade or memang sifat idamurni gitu? tanye dorang, idamurni saje berlagak kebudak budakan atau itu memang diri idamurni? tanye dorang, segale yang ade kat diri idamurni ni berlakon or the real idamurni??
even dorang kutuk2 saye pun mase tak kenal sape idamurni dulu..kak che na yang tak dpat dtg kawen idamurni sebab cousin dia kawen the same day ..datang 2 days before idamurni kawen. dia usaha datang jugak even awal. azu n kak yana yang memule kate tak leh datang sebab yang takleh dielakkan pun ..datang the day idamurni kawen, terkezut maha karya aku mase tuh. nasib ngah berarak.kalo tak..sure dah kecoh dah time tuh! so..tell me..if im not worth it to be a fren, why my other fren bother to attended my big day? sile jawab!! hehehehe.
dorang tak kisah perangai ida murni manje, gedik, mentel mentel bak kate kak tasha, kebudak budakan. sebab dorang dah kenal sape idamurni!
weh..sape kate kalo dah kawen kene perangai matured?. Mr Syed pun kate tak yah. dia kate..janji layan dia bagus, kalo ade anak layan anak bagus..jage makan pakai dia.bukan soh mak dia or mak idamurni uruskan. kalo dah pandai jage rumahtangga..means..u r edi mature maa.. mature is subjective?hahahahha..donno.
im proud to be me. try to act more mature but still..tak jadi maa. saye akan ngade2 ngan orang yang saye rase rapat.close to me. i show myself..the real me just infront orang yang saye rase close.ade saye wat ngade2 ngan MCTeh? ngan wendy? ngan org yang saye tak kenal? orang yang tak kenal kate saye sombong tau! yang lom dengar bile saye bercakap la! hehehehhe.
ok. saye try untuk jadi mature ok. tapi saye tak janji ape ape. sebab...
sebab saye rase macam tak bleh!!
hahahahhaha!1~~

okla.saye tak maksudkan sesape untuk entry ini.
ini adalah entry general knowledge.
heehheheh!~

saye dah penat type.
askum zaijian

NOTA:PADE NAME NAME DIATAS..KIRANYE TERSALAH CERITE MAAFKANLA SAYE..ATAU SEKIRENYE SAYE TERTINGGAL NAME..MAAFKAN LA JUA SAYE INI. SAYE TETAP SAYANG SUME2!

Thursday, December 18, 2008

PDC DINNER

weeewitt!!!!







apakah yang anda dapat lihat di dalam foto ini?


YA betol! itu la yang anda lihat.dinner deparment saye..dengan tema adalah sungguh ke'inggeris'an, ke'baratan, ke'elegant'an dan ke..ke yang lain..iaitu HOLLYWOOD NIGHT!~ tetapi sebagai seorang yang ke'melayu'an, ke'timur'an, ke'sopan'an dan ke..ke yang lain..saye pakai begini di malam ittew..








takdenye la aku semangat yo yo oo~~ nak cari dress bagai. lagipun susah gak nak fesyen dress yang seswai untuk wanita muslimah. m i rite?gini ok ape? kesopanan dan kesusilaan tak aku? maklumla..murni yang penuh dengan nilai nilai murni!~ ececeh!!


okkeh! xtvt semalam ittew bemule dengan kuar dari opis usai pukul 12.05 tengahari untuk pulang kepangkuan Mr Syed. ye..sume orang leh keje half day je. itu aku suker..adalah sangat disukai aku!wuhoo!!~

Mr Syed: kate nak balik kul 1?.konon nak tunjuk baikla.(sambil senyum2 perli)
aku : hehehe..saje je.sume balik dah. wea balik, ck balik.td race ngan dia kat BKE td. (aku tipu je..aku tak race pun cume aku ade potong dia la.)
Mr Syed :mmm.. Wen Fei carik kang!
aku : yang, dating jom!
Mr Syed: B nak g mane?
aku : tengok transporter 3 kat Queensbay!



tengok! orang comunity kate leh balik awal kalo kalo nak set rambut ke..nak g salon ke.. ni aku g ajak Mr Syed dating! bijak tak aku? heheheh~~



so gerak g queensbay mall then after tengok muvee balik umah penang. before singgah kat area spital beli makan petang serta air soya. kunun kunun penuh ngan budi bahse la..balik bawak buah tangan. pandai anak dara Uncle Nordin ni kan? dah sampai umah penang sempat plak tengok puteri salju jap.ila kate rini last episod.aku tengok kah? tak kot!

eh ade kene mengena tak citer di atas ngn dinner?takde kan?

okkey..okkey..gini ...lepas siap siap around 610ptg gerak dari umah penang. MR Syed anta sampai depan hotel then dia blah tgk cicak man sengsorang.perasan bujang la tuh! hehehe. naik terus tingkat 3 pastu tengok line orang nak register..mak aiii..gile panjang! takpe aku beratur.. :) memule je la..tetibe aku dah ade kat depan(aku memotong kah?) hehehhehe.pastu masuk dewan pastu duduk duduk sementara tunngu majlis stat..sambil sambil mestila meng'interframe' kan?







malam tu dimulekan ngan kemasukan VIP VIP yang diiringi oleh pekerja pekerja hotel yang berpakaian hantu. theme conflict? hantu? hollowood night? takpe..cubela anda relate kan. kot2 ter'relate'. pastu stat vip bg speeches. aku kan..dari dulu sampai skang..maksud aku dari zaman aku belajar lagi la..kan selalu kalo ade event sure mmg ade speeches dr vip la..tp drg selalu over..celoteh banyak sangat..so bile dorang akhiri speech dorang nanti sume audience akan clap their hand gile nyer kuat..tepukan itu pade audience tentukan bermaksud gembire beliau sudah abis berceloteh tetapi apekah perasaan beliau selaku penceloteh? mesti dorang macam terase kan?macam..macam ape yg dorang kate takde sape yang dengar(mcm aku dengar..aku pun tak)aku arap aku takkna jadi tukang bagi speech sampai bile2.aku pun kekadang ade gak join tepuk tangan dulu2..mase tu aku lupe la nak kesian kat org bagi speech tu..tp kalo aku teringat nak kesian orang tu..memang aku terase amat amat kesian kat orang tuh. kite leh tabik salute la kat dorang sebab dorang amat amat kental!


stop jap.nak tengok abg zam & Zhariff vs Shirley & Zainal lawan carom.



hi.im back on track. dorang menang lawan carom tadi.tak sia sia aku jadi penyokong..sampai tehantuk-hantuk kepale kat dinding.hehehehe~


ok.kite sambung okkeh! makan makan ade banyak lauk.1 meja semalm ade 10 orang.team layout dari KM6 dan semua dak pompuan melayu.geng geng kami la nih!











tu lah diantara menu yang dapat aku titpkan.sedapla.aku kenyang. ko tengok tangan sorang sorang dok serbu makanan! i tell u beb..sampai je makanan tu kat table terus kene serbu..nasib sume geng genag kami jer.hahahaha.aina nak amik pic lauk letak dalam blog dia pun kurang sempat.hehehhe. well... im having a nice nite semalam.

aku penat dah la. nnt aku sambung entry dinne ni lagi..dan upload more pic.worite.

ok.askum.zaijian!