Wednesday, November 25, 2009

happy birthday EZANITA


ps/ada unsur unsur poyo disini. kalo tak tahan sila berhenti membaca entry ini. hahhaha

special entry untuk my dearest..


hari ini bersamaan 25 november adalah harijadi kawan, sahabat, teman saya yang bernama ezanita. beliau adalah best friend saya. saya kenali beliau ketika menuntut di mrsm pdrm beberape tahun lalu.masa tu saya di kelas RAYA dan beliau di kelas MELUR iaitu bersebelahan kelas sahaja. semasa tingkatan 1, kami belum berkawan rapat lagi. hi..hi..bye..bye gitu gitu je. persahabatan mula rapat ketika kami berada di tingkatan 2.


masih saya ingat lagi, pada suatu masa dahulu, kami 2 buah kelas ini ada bergabung membuat lawatan ke taiping. hanya pelajar perempuan. kami tiggalkan pelajar lelaki. padan muka dorang. so lepas dah lawat lawat tu, kami pun pergi mandi air tejun dimana ade kejadian tidak diigini berlaku. saya, suhaiza dan masyidah hampir hampir lemas.(saya malas nak cerita mcmne boleh terjadi). tapi sebab saya reti berenang, saya telah berjaya menyelamatkan diri saya hampir ke tebing air terjun itu lalu ezanita menghulurkan buluh pada saya dan menarik saya ketepian. lalu saya terselamat dari. semua selamat. takde kematian. oh masa ni lom geng lagi ngan beliau.

ntah bila ntah, tapi form 2 la baru la ezanita menyertai geng saya. pastu dia jadi partner saya. hehehhe.macamne kita leh jadi partner yerk? lupa sudah. sudah lama.sejak itu kami jadi kawan baik. kepala kami leh masuk la. beliau paham saya, saya paham beliau. beliau kenal saya siapa, saya kenal siapa beliau. beliau ada waktu saya gembira dan beliau ada waktu saya berduka. saya tahu rahsia beliau.beliau tahu rahsia saya. kami kongsi semua semua. kami ada je gaduh gaduh manja. especially masa form 4 kan. tapi kami managed to handle it dan terus berkawan sampai skang.


mama dan abah saya pun anggap beliau seperti anak sendri sebab masa family saya duduk di penang, saya selalau bawak balik beliau dan kawan kawan lain ke rumah. so sudah jadi rapat. abes spm, melangkah ke dunia universitas, saya di uitm penang, beliau di usm penang. kami jarang berjumpa walau satu negeri namun kami selalu sms sms calling calling. tak selalu sangat tapi still tidak terputus hubungan rapat itu. kami jadi lebih rapat bila masing masing dah keja. walau saya di kulim, beliau di kl tapi jarak tidak memisahkan kami. kami ym hampir setiap hari, sms dan calling calling bila ade cerita hot. hahahha. aku paling suka bab nih.ahahhah.saya masih tempat dia bercerita, dan dia masih tempat saya bercerita.saya tahu, saya sayang dia.saya tahu beliau juga sayang saya. relationship ni saya akan ingat sampai bila bila.

pada beliau, selamat hari jadi. beliau bakal jadi ibu bulan 5. saya bulan 3. hehehe. dah nama pun best friend kan..kena la sama sama. huhuhu. saya harap friendship kita berkekalan sampai kita mati. saya akan jadi kawan baik anda sampai bila bila. saya akan sentiasa ada bila anda perlukan saya. saya gembira awak jadi bestfriend saya. i love you strong!!! tq for being a such wonderful friend to me.


xoxo


ida murni










No comments: