Friday, July 29, 2011

bila nak puasa ni, terkenang diorang







nak puasa dah next week. tetibe ternostalgic plak. nak sahur and buka dengan dorang. tapi..kena tunggu puasa yang nak last last. balik selatan sekali harung nak raya.

so for a meantime. dokla kulim ni diam diam. buka pusa dengan keluarga kecik ni je.

sedey :(


intel, sila bukak branch dekat belah selatan boleh?



wordless friday




Saturday, July 23, 2011

L.O.V.E


i L.O.V.E them

ni gambar bulan march aritu. at my kezen's wedding. lepas dari tu, rasa macam minat nak beli kamera polaroid. tapi sampai la ni tak beli beli lagi. sebabnye..tidak mendapat sambutan dari sang suami. dia kalo ade encouragement dari sang suami, lagi cepat la terbelinye kamera tersebut. tapi sang suami hanya bo layan jadinye sampai saat ni tak beli beli lagi.

Thursday, July 21, 2011

DE kami


baru sat sat tadi, team lead aku send email gambaq DE (design engineer) project kami. DE aku hok yang pakai ves tu. yang dok paling hujung tu.... agak tua noo. cancel nak ngorat! hahahha. tapi muka bijak. padanla aku selalu nganga mulot kalo dia start dengan fakta technical dia.


tapi hok pakai spek pakai baju kaler itam tu..boleh tahan gak kan? tapi aku taktau sape dia. team lead aku takde sertakan name.


ok.mari start mission cari name dia. *wink wink* (tak padankan bini orang.heish!)



Saturday, July 16, 2011

setimbun kau!


baru masuk bilik air kejap nak mandi..tengok tengok..dah setimbun wet tissue yang terkorban. nasib tak mandi wajibullghunnah ke..tak basuh rambut ker..

kalau tidak, agaknye memang abes semua wet tissue tu terkorban.



sila fokus dimuka aleesya. muka baru lepas kena marah. bak kata lyn, muka insaffff!

Thursday, July 14, 2011

tunjuk perasaan kah?

ape yang aku elaborate dalam previous entry maybe tak detail sangat. so aku tambah yang ni plak. aku amik dari blog empayar pemuda.

http://empayar-pemuda.blogspot.com/2011/07/panas-anwar-tak-fikir-semua-ini.html

tak abes abes lagi rupenye aku. hahahah!
bak kate kezen aku..which is bapak dia adelah paktam aku and bapak dia pun polis gak. " once you talk bad about police, you're talking about my dad".

ala..sesekali tunjuk perasaan.ape salahnye.kan?

Tuesday, July 12, 2011

aku emo

sian kat polis polis. bukan tak kesian kat orang orang yang berarak tu. tapi..aku lagi kesian kat polis polis. sebab bukan semua polis polis yang ada mase event bersih aritu ganas ganas..





aku emo beb, bila ade segelintir yang marah marah kat polis ni. sebab, aku anak polis.






ko ingat dorang nak sangat ke berada di tempat event bersih tu? tapi dorang kene pergi. sebab arahan. kalo tak pergi kerja, nanti engkar arahan, kene tindakan tatatertib, macamne? tu la periuk nasi dorang. nak tanggung anak bini. yang anak anak lak, nak bagi duit kat mak bapak nak balas jasa.




aku bersyukur bapak aku tak payah nak turun padang untuk event bersih ni. kalo kate bapak aku kene turun padang , mesti aku macam orang sasau pikir keselamatan bapak aku. cube korang pikir ade bape ribu polis yang kene kerah untuk bertugas mase event bersih tu? pastu pikir..ade berape ribu plak mak bapak, isteri isteri, anak anak yang dok berdoa supaya anak, menantu, suami, ayah, adik, abang dorang selamat mase event bersih tu? polis polis paksa rela kene kerah keje. yang pro-bersih, dorang gi dengan rela hati. ayah mak pun mungkin tak tahu.




bak kate pakcik sogo, abes semua polis cuti kene beku. tu la seminggu sekali nak bawak anak anak gi jalan jalan. tapi, takleh..sebab nak kene keje sebab event bersih.




pasal polis ganas ganas tu, ok..mmg admit ganas. sebab ade tgk a few video kan. tapi kan.. macam diskusi aku dengan syed pagi tadi. kalo dorang tak provoke, takkan polis tetibe nak pukul suka suki. dorang semua dah diminta semua beredar. tapi tak nak dengar kata. lame2, bila dah penat. bila dah tensen..tu yang naik angin tu. macam kite dengan anak kite la. ko dok la tegah anak ko. jangan buat tu.jangan main ni. jangan usik tu. tapi takmo dengar, dah 2o kali nasihat takmo dengar, ko kutil gak tangan anak ko kan. ko pukul gak bontot dia kan. naik angin gak ko kan. lebih kurang gitu la. dah polis tu soh gerak.soh balik. ko plak keras kepala. siap duduk atas jalan. degil. takmo dengar kate. polis pun hotla. dia pun manusia gak. macam kite mak mak pak pak ni gak. ade gak mase bertahan geramnye. bila tak tahan. tu yang sembur air la. tembak gas la. tu pun lepas beberape jam kan? bukan drg buat semua tu mase awal awal kan? kan? pastu bila tercedera, termati la..semua nak blame atas polis. orang orang yang anjurkan event bersih ni juga kena blame. kalo dorang tak gatal mulut nk berkumpul kumpul bagai, nak berarak bagai, sure semua ni tak jadi.




dari post ni sure semua leh agak, aku sokong kerajaan.kan? yerp memang sokong kerajaan. dengan duit kerajaan tu, bapak aku sekolahkan aku. bg makan bagi minum. aku pun memang membesar dengan BN jadi kerajaan. kalo cakap pasal corrupt. semua politician corrupt kot. dalam sedar or tak sedar je. aku tknk elaborate tu pepanjang sebab aku bukan arif sangat. tp tang marah polis sungguh sungguh tu yang aku bengang. sebab aku tau..takde nye la polis polis sekalian tu rela ati nak ade dan membuat ganas sesuke ati di event bersih tu. baik dorang balik umah wat seks ganas dengan bini dorang.




ish..panjang aku mebebel. idup anak polis. motifff???




hahahha

Monday, July 11, 2011

kerana sebiji mini donut


oh! mini donut.



mini donut google

alkisahnye begini. semalam perjalan jalan ke jusco perda dengan seisi keluar. eceh..macam ramai je bunyik seisi keluarga! padahalnye ber3 sahaja. jalan punye jalan then dah kul 7 pastu nak balik kulim semula dah sebab nak dinner kat ayam penyet giant kulim. marvelos yu..ai tell yu. sedap.kalah banyak la ayam penyet kat jusco perda tu.

tapi sebelum balik menyinggah la jap kat bakery jusco tu. nak beli air and something for aleesya nak alas perut. so nye aku pun pilih la nak amik donut. instead of amik donut besar..i amik mini donut so that senang aleesya nak makan. saiz nye lebih kurang gambar google di atas la.

mase dok amik tu..bace sepintas lalu harga dan nampak rm1.50. okla. so aku amik la 3 biji je. 3 biji . hanya untuk aleesya.so gi bayar. sekali mase bayar, cashier tu kate..'kene amik 12 biji kak. tak leh amik 3 biji" aku pun mereply "kenape takleh amik 3 biji?" "kat situ dah tulis dah, 12 biji, rm1.50" aku pun.."oooo. 12 biji rm1.50 yer? ingat 1 biji rm1.50" berkate aku dengan senyum senyum.

ok. so sebenarnye 12 biji same dengan rm1.50. bukan sebiji same dengan rm1.50.

kuar je kedai aku terus cakap kat syed

aku: yang. 12 biji rm1.50.
syed: logic la. kecik je pun.
aku: tahu. tapikan..b ingat donut sekecik tu 1 biji rm1.50 tadi and b main amik je 3 biji without kisah harge sekecik tu dengan harganye. macam kaya sangat je. sayang anak sungguh!*cakap dengan muka dan nada sedey tau serta perasaan tak sangka.*
syed : tak. bukan sebab perasan kaya ke hapa. kite jenis tak berkira pasal makan.kite tak kisah harga kalo ia makanan.
aku : *angguk angguk kepala dan tersenyum*

lepas syed kate gitu baru aku release tau. sebab..ade sedikit dalam hati aku..aku macam..taktau nak bagitau ape perasaan sebenarnye. ia macam frust campur geram campur...ntah la. macam macam. marah dengan diri sendri..sebab aku tak kisah dengan sebiji mini donut berharga rm1.50.

aku bukan kaya pun. bukan banyak duit pun. cukup cukup semua untuk diri sendri, aleesya dan kekadang makan best best.tapi taktau nape aku boleh jadi orang yang tak kisah. itu tidak patut ok. itu bukan perangai /sifat yang patut ade pade aku. aku patut lebih berkira tentang harga sebiji mini donut.baru betul.sebab..aku bukan orang kaya.

korang paham tak ape yang aku rasa ni?

Thursday, July 7, 2011

gambar aleesya



dia kuat makan kalo makanan itu bukan nasi





dia tetap comey even rambut botak pakai skirt posing ala ala model =p






Wednesday, July 6, 2011

love you

6.7.03 - 6.7.11
and more years to go... :)


ok. tarikh tu..bukan tarikh kawen. tu tarikh aku kapel dengan syed. 8 tahun yang lepas.


tapi bila aku ingatkan syed malam tadi...dia kate.."kite dah clash la 3 tahun lepas." "kite bukan kapel. kite laki bini". hahahaha!!!


ok kembali ke memory lane 8 tahun yang lepas.flashback..flashback..


first time aku nampak je syed,mase aku tak kenal syed lagi. name ape semua pun taktahu. mase 1st time nampak kat bawah blok, terus hati kate, 'kalo dapat jadi boifren aku ni best ni'.




agaknye allah dengar doa aku dan memakbulkan niat suci murni aku tu. lepas beberape ketika syed ngorat aku..terus aku say YES. hahahha. dan selepas 5 tahun ++ kapel, kami pun kawen. entry anny kite wat next month ye. hehehhe.




kitorang kan kapel 6.7.03. so kitrg plan nak kawen 6.7.08. kan cantik number nye. hehehe. tapi mestila tak dapat approval dari wali kan. sebab bukan cuti sekolahkan. tapi mmg gatal sangat dah nk kawen dah. tu yang kawen 16.08.08 tu. lagi 2 minggu je pose lepas tu. sangap!!!
hahahha!!!




ok sayang. dah sayang cakap kite dah tak kapel dah.so i ok je la. sebab kite laki bini kan. tapi..b nak cakap gak..i love you. tq very much untuk 5 tahun yang wonderful dulu. and 3 tahun yang gila mavelosss!! dan semoga semakin maveloss meletup letup bahagia aman damai sampai ujung nyawa. :)





kalo terer, carila aku and syed dalam pic ni. ni gambar 8 tahun lepas. kitrg wat program kat langkawi.dan sebab program ni la..syed 'nampak' aku dan bersemi kasih dalam ati dia. :)
oh. tetibe rase nak tersyahdu!

Tuesday, July 5, 2011

dek kerana sayang

masalah jugak kalo asek "kerana sayang" ni kan?
kalo orang berchenta, boleh tergadai body orang orang tua kate..

tapi ni sebab anak..sayangkan anak...takpela.. mak ayah gadaikan je la duit duit OT. hikhikhikhik.






in-house playground aleesya. aku nak beli buai lak. ngah cari cari buai yang regenye tak membunuh.

Monday, July 4, 2011

tak dapek doo

last week, ayahanda ibunda datang kulim lagi. they all ade wedding kat penang. so opcos la lepak umah aku kan.

aku cuti ari jumaat. and aku telah ter make promise kat team lead aku, aku akan bekerja di hari wekend. syed pun keje ari sabtu. so that aku menyuruh ayahanda dan ibunda supaya membawa anakanda aku si aleesya botak seksi itu bersama sama ke wedding.


around pukul 2pm gitu aku tepon mama nak tanye pasal aleesya. mama kate,aleesya ok je. baik je. sangat behave. dan makan nasi minyak dengan banyak. beserta baik saja nak disuap.cuba kalo dengan aku..suke je tunjuk pandai nak suap nasi sendri tau!

balik rumah, aku telah disajikan dengan berbakul bakul pujian untuk aleesya dari mak bapak aku. bagus anak aku..pandai tekel hati atok nenek.

nenek kate aleesya baik. tak banyak songeh. diam je. takde nak nanges nanges panas. takde nanges mak pak takde. cool je.punye la baik and tak hirau pun mak pak ade ke idak..so mak aku sekali lagi try masuk jarum. ...nak bawak aleesya tinggal dengan dia kat kl lumpur sanun!

sorry. tak dapek doo!! hahahaha!!!