Thursday, November 26, 2009

salam aidiladha

nak balik jelebu negeri sembilan dah sat lagi. tapi la ni masih di opisla. around 330 chow la.tak sabaq..tak sabaq. rindu dah kat my fam. last jumpe dorang mase raya aidilfitri ritu. lama dah kan?

so korang..

selamat hari raya haji aldiladha

doakan journey aku save.
aku pun harap journey korang save.

Wednesday, November 25, 2009

dialog tentang tidak nampak




tadi man(teammate) aku lak tanye..
"ida ko dah berapa bulan?"

sambil sengih aku jawab..
"6 bulan dah"

man kata balik
"perut ko tak nampak la."

tetiba abg zam nyampuk
"macam tak preganant je kan"

pastu man sambung balik..
"aku ingat ko baru 3 bulan"

aku pun balas..
"bape kali ko nak soh aku 3 bulan?" sambil gelak2

pastu abg zam kata
"nanti dah 8,9 bulan baru besar kot?"

aku pun jawab..
"ye la kot.nanti baru besar kot"








ni gambar aku yang latest. amik ari sabtu lepas. 21 november aritu. perut berusia lagi 1 ari nak 6 bulan.

happy birthday EZANITA


ps/ada unsur unsur poyo disini. kalo tak tahan sila berhenti membaca entry ini. hahhaha

special entry untuk my dearest..


hari ini bersamaan 25 november adalah harijadi kawan, sahabat, teman saya yang bernama ezanita. beliau adalah best friend saya. saya kenali beliau ketika menuntut di mrsm pdrm beberape tahun lalu.masa tu saya di kelas RAYA dan beliau di kelas MELUR iaitu bersebelahan kelas sahaja. semasa tingkatan 1, kami belum berkawan rapat lagi. hi..hi..bye..bye gitu gitu je. persahabatan mula rapat ketika kami berada di tingkatan 2.


masih saya ingat lagi, pada suatu masa dahulu, kami 2 buah kelas ini ada bergabung membuat lawatan ke taiping. hanya pelajar perempuan. kami tiggalkan pelajar lelaki. padan muka dorang. so lepas dah lawat lawat tu, kami pun pergi mandi air tejun dimana ade kejadian tidak diigini berlaku. saya, suhaiza dan masyidah hampir hampir lemas.(saya malas nak cerita mcmne boleh terjadi). tapi sebab saya reti berenang, saya telah berjaya menyelamatkan diri saya hampir ke tebing air terjun itu lalu ezanita menghulurkan buluh pada saya dan menarik saya ketepian. lalu saya terselamat dari. semua selamat. takde kematian. oh masa ni lom geng lagi ngan beliau.

ntah bila ntah, tapi form 2 la baru la ezanita menyertai geng saya. pastu dia jadi partner saya. hehehhe.macamne kita leh jadi partner yerk? lupa sudah. sudah lama.sejak itu kami jadi kawan baik. kepala kami leh masuk la. beliau paham saya, saya paham beliau. beliau kenal saya siapa, saya kenal siapa beliau. beliau ada waktu saya gembira dan beliau ada waktu saya berduka. saya tahu rahsia beliau.beliau tahu rahsia saya. kami kongsi semua semua. kami ada je gaduh gaduh manja. especially masa form 4 kan. tapi kami managed to handle it dan terus berkawan sampai skang.


mama dan abah saya pun anggap beliau seperti anak sendri sebab masa family saya duduk di penang, saya selalau bawak balik beliau dan kawan kawan lain ke rumah. so sudah jadi rapat. abes spm, melangkah ke dunia universitas, saya di uitm penang, beliau di usm penang. kami jarang berjumpa walau satu negeri namun kami selalu sms sms calling calling. tak selalu sangat tapi still tidak terputus hubungan rapat itu. kami jadi lebih rapat bila masing masing dah keja. walau saya di kulim, beliau di kl tapi jarak tidak memisahkan kami. kami ym hampir setiap hari, sms dan calling calling bila ade cerita hot. hahahha. aku paling suka bab nih.ahahhah.saya masih tempat dia bercerita, dan dia masih tempat saya bercerita.saya tahu, saya sayang dia.saya tahu beliau juga sayang saya. relationship ni saya akan ingat sampai bila bila.

pada beliau, selamat hari jadi. beliau bakal jadi ibu bulan 5. saya bulan 3. hehehe. dah nama pun best friend kan..kena la sama sama. huhuhu. saya harap friendship kita berkekalan sampai kita mati. saya akan jadi kawan baik anda sampai bila bila. saya akan sentiasa ada bila anda perlukan saya. saya gembira awak jadi bestfriend saya. i love you strong!!! tq for being a such wonderful friend to me.


xoxo


ida murni










Tuesday, November 24, 2009

i rasa seksi, you?



arini
anakanda dah berusia 169 hari


arini
tinggal 111 hari je lagi ke garisan penamat (mengikut anggaran lah)

arini happy dah siap keje
arini
lepas dah siap keje, amat amat berharap tak dapat keje lain plak.
hahahahha.


oh ye!


arini
ckay berbunyik "nanti aku bgtau syed soh dia beli kat ko baju lain la. asik pakai baju yang sama je" (sama disini bermaksud baju yang sama masa aku lom peknen)
apa? kecik sangat ke baju aku? hehehhe
aku pun jawab " aku kalo keluar, lagi pakai baju lagi kecik dari ni.baju yang memang nampak perut.aku suka" "aku rasa aku seksi bila tayang perut.owwhh!!!!" (ok statement seksi tu dalam hati je.huhuhu =p)
kezen aku (ajan) dia kata "sape kate kalo peknen kene pakai baju peknen?""sape kate kalo peknen kene gaya macam orang peknen?"
tak semestinya kan? depends pada hati masing masing la.
aku ske je pakai baju lama2.wat pe nak beli baju2 baru kalo yang lama leh guna lagi. bukannya sempit sangat kot.
lagipun, barulah nampak perut. i rasa i seksi dengan perut boyot ni. series!
tak malu langsung nak tayang perut. proud beb! huhuhu
mintak maaf la sikey..aku nak pakai jugak baju kecik. hikhikhikhik.

masih lengus lengus

tangan aku lenguh lagi till arini.
kalo tekan kat lengan, memang rasa sakit lagi.
apakah?

patut bukan dah ilang ke rasa sakit tu?

Monday, November 23, 2009

tanganku lenguh

semalam ari ahad ari untuk wat monthly checkup. usia kandungan sudah enam bulan. ade half way lagi menuju kegarisan penamat. insyallah. moga moga semua nya baik baik belaka.

so masa timbang berat semalam, berat badan sudah mencapai 61kg. ye..berat naik 3.1kg dari bulan lepas.bermakna telah melebihi 1.1kg dari berat yang sepatutnya. tapi..hehehehhe..kali ni tak dapat pen merah. sebab nurse tu salah kira. dia kira just naik 2.1kg means hanya melebihi 0.1kg dari berat bulan lepas. hahahahha. pastu aku pun leh wat donno je, senyap jerk. maleh nak betulkan nurse tu sebab malas dah nak amik blood pressure every weeks. hahaahha. nakal sungguh!akal kena panjang beb!

pastu nurse ada tanya, baby dah ada gerak lom? aku jawab la dah gerak. pastu dia kata " nanti kena amik injection. 2 kali. sekali arini.1 kali lagi bulan depan. untuk kancing gigi dan _____" (aku lupa lagi 1 untuk ape). terkejuit mak..nyah! takpenah penah ila ke sape sape ker cerita pasal kena amik injection tetiba semalam nurse bgtau kene injct kan. bukan i takut ke hape kene inject. terkezut je. hehehhe.

pastu kene inject la kita. nurse yang inject tu kata dah..nanti lepas kene inject tangan akan lenguh. aku angguk je la. memang lenguh pun. tapi problem nya adalah..sampai ke hari ini, tika ini tangan masih lenguh dan rasa sengal sengal sakit sakit.sat g nak work from home la. =p huhuhuhu!!!!

ok. baibai

Friday, November 20, 2009

for the 1st time

arini bersamaan ari jumaat.ari bekerja. tapi aku keje dari umah je. best kan? cakap la best~ huhuhu. memang 1 department aku sume kene work from home pagi ni tadi. petang patut kene gi opis la, tapi boss aku baik ati.dia tak marah kalo ada yang nak dok umah je. lagipun ari jumaat kan rini. lunch break pun sampai kul 2 ptg. 430 ptg nak balik dah. so better terus je keje kat umah. kan?kan?kan?

pastu aku pun dengan rajin diri nya mencuba untuk pertama kali nya setelah 26 tahun idup.setelah setahun lebih kawen dan bakal mendapat anak dalam masa 3, 4 bulan lebih ni..memasak nasi lemak. hahahha.sila la gelak. masak nasi lemak je pun(ntahnye pun). tapi aku nak kechoh jugak(memang sangat kechoh ini perempuan). sebab ni 1st time tau aku masak nasi lemak sendri dari A sampi Z(ya rabbi.org perempuan lain umo 15 dah pandai buat nasi lemak sendri tau!).sampai kenyang perut aku ngan laki aku. aku proud dengan diri aku.omputih kata "better late than never".kihkihkih.hahahhha. sila la meluat.

dah namanya 1st time, dah tu tukang masak tu nama ida murni lak tu..konfem koonfem la tak perfek kan. aku rendah diri ni ngaku..nasi lemak aku tak perfek hah. nasi nye kurang lemak.patut aku follow resepi yang tulis letak santan je.tapi aku follow resepi yang campur santan dengan air.so tak cukup lemak la. frust disitu yer anak anak.takpe.len kali aku letak santan je. noted!! sambal sebab memang dah biasa wat..so no comment la kan. syed takde la puji kata sedap atau komen kata tak sedap(tapi licin pinggan ok tiap kali makan). tapi aku rasa masa tengok muka dia.dia happy. at least dia yakin bini dia ni reti masak TAPI malas jek. hahahhah!! well sayang..nak memasak ini perlu ada daya kerajinan yang tinggi okeh! i know u knoe me edi.hehehe. len kali(ntah bila la tu kan?) i nak try wat nasi ayam lak.hahahha.


ni la gambarajah nasi lemak pertama buatan aku sendri. banggga bangga(sambil kembang kempis idung)



aku sukeh dowh!!

Wednesday, November 18, 2009

posisi tidur terbaik selama kehamilan



aku dah penah baca dolu dolu.pastu aku leh lupa fakta fakta nih. tapi masih macam teringat ringat kena tido ngiring ke kiri. but still, aku tak ingat reason dia kenapa. dari sehari ke sehari nak google tapi lupa. tapi tadi tak lupa. so mari join saya baca.

-------------------------

Tips Posisi Tidur Terbaik Selama Kehamilan

Belum ada penelitian lebih lanjut tentang posisi tidur yang aman untuk wanita hamil, tapi para pakar menganjurkan bahwa setelah kehamilan 16 minggu, sebaiknya ibu hamil tidur dengan POSISI MIRING KE SISI KIRI, karena posisi ini memberi keuntungan untuk bayi anda untuk mendapatkan aliran darah dan nutrisi yang maksimal ke plasenta karena adanya vena besar (vena cava inferior) di bagian belakang sebelah kanan spina yang mengembalikan darah dari tubuh bagian bawah ke jantung. Juga dapat membantu ginjal untuk membuang sisa produk dan cairan dari tubuh ibu sehingga mengurangi pembengkakan pada kaki, pegelangan kaki dan tangan. .

Tips: Untuk tidur dengan posisi miring yang lebih nyaman anda dapat meletakka bantal diantara dengkul anda dan satu dipunggung anda. Atau anda dapat membeli bantal tidur khusus ibu hamil.


-------------------------------------

hah! betulla. digalak kan ngiring ke kiri. btol la apa yang aku dok terbayang bayang teringat ringat.

ok.sekian

Monday, November 16, 2009

edisi poyo

edi 1 year and 3 month kami bernikah kawen.
rase sekejapan.tak sangka.
dah nak dapat sorang anak dah pun.
alhamdulillah.

moga panjang jodoh.
moga murah rezeki family kami.

-edisi poyo sebab anniversari setahun 3 bulan pun nak wat entry-

Friday, November 13, 2009

my puyut boroi

tara.......


aku not in mood nak memblog
aku sertakan disini gambar aku pregnant 21 minggu.




Friday, November 6, 2009

new born baby checklist

tak buat keje pun.yarabbi.masyaallah.
ape nak jadi

instead of it..
aku goggle macam macam pasal anakanda. salah satu nya adalah mencari checklist for newborn baby. senang keje nanti..ade checklist nak beli ape untuk anakanda. ada jumpa banyak web yang dah sediakan checklist ni. so..saya sudah print. boleh refer and tick tick mana yang perlu..mana yang tidak berapa perlu.

anda jugak boleh. sila click babychecklist ini.

kang kalo aku copy paste kang..silap silap babyjaya ni saman lak. hahahha. so korang click sendri ye.

oh..list for hospital bag pun ada.

sekian.

Thursday, November 5, 2009

task need to be done

i had finished 2 books by cecelia ahern in this weeks.
im surprise with my self.
hahahhah.

ok. no task to be done so have time to finished the books.
but today, just received an email.

i have task need to be done by wednesday next week
aiyak!!!
malas..

..

termimpi seseorang semalam.
my junior
pastu terniat nak anta msg
cari cari dalam fb..takde plak dah nama dia

sedikit terkilan

Tuesday, November 3, 2009

stem cells

reader's digest bulan ni..cover gambar baby dengan tajuk "stem cells saved my baby". lom abes baca lagi sebab tetiba mood nak membaca hilang. so terus ngadap laptop..goggle pasal stem cells ni. kalo baca pasal kebaikan dan advantage dia memang macam teruja la. tapi fee nak simpan stem cells ni kat bank darah adalah mahal.

stem cells ni yang aku baca..dia kata adalah master cells. amik dari darah dalam tali pusat. one way untuk save anak anak kita or kaum kerabat kita yang ada leukimia, talasemia & others. korang baca la info ni. http://www.stemlife.com/malaysia/stem_cell/index.html. kat sini ade blog siap.

bila pikir pasal kesihatan anak..memang tetiba rasa nak amik dan simpan stem cells ni.tapi fee memang leh wat kita rabak la. tapi afterall..untuk kesihatan anak kita jugak kan..tapi bila aku keep google..terjumpa 1 forum/disccusion pasal ni. dorang discuss pasal better simpan or not la. ade kata, even kat negara luar pun..stem cells ni masih dalam ujikaji. kalo malaysia..lagi la kan.. hehehhe.selamba down grade malaysia. kihkihkih!!~

apapun..baca sendri la. kaji dan pikir sendri. aku rasa ade pro & kont nyaa. saja je nak share ngan kalian pasal stem cells. menambah ilmu pengetahuan.:)

Monday, November 2, 2009

ye ke tak leh lebih 2kg?

dah gemok..dah gemok..dah gemok..
baru sat sat g timbang berat.
timbang tu tulis 59.6kg tu dah naik 1.7 dari last check up aritu.
nampak gaya..next check up aku macam dapat pen merah lagi la. ayoyoyooy!!!

aku makan tak banyak pun. makan banyak kali la..tapi bukan tiap kali makan nasik pun.
nasik wajib time lunch n dinner je la.bekfast kekadang je.
tp apsal naik banyak erk?
takkan nak makan oat je. tetiba rasa macam..
"ye ke tiap bulan tak leh naik lebih dari 2kg?"
macam tak btol je...
ecececce..dan..dan..

:)
instead of cerita tak berapa best pasal berat badan..mari bercerita pasal berita best lak.
for the 1st time, syed rasa anakanda tendang kat tangan dia.
dah tentu tentu dia happy.
dia macam terkejut tapi pastu dia kata.."eh..rasala..dia tendang erk?"
pastu angat tangan dari perut pastu betulkan pembaringan pastu senyum senyum.
dia less emotion sket. dia tk pandai nak terkinja kinja happy macam aku.
malu kat aku kot. hahahhah.

pastu sabtu aritu..
amboi anak dara aku nih..terkinja kinja agaknya dalam perut aku nih!
almost all the time dia gerak gerak
bila aku bgtau syed..
syed kata "dia excited la tu.balik kampung. dengar banyak suara"
aku balik tepeng wekend ritu.
syed nya adik beradik kan ramai...
so memang most of the time la riuh rumah tu.
agaknya slalu dia dengar suara mak bapak dia je kan..
pastu bila balik kampung..macam macam suara dia dengar..ligat la dia.
seronok lak aku rasa. kelakar.sebab memang ketara gila dia gerak gerak active gila.
ish..buat mama tak sabar sabar nk beranakkan kamu.

lagi update..
anakanda sudah 21 minggu.

sekian.