Thursday, October 21, 2010

adeh..ngantuk

adeh..ngantuk.
dah la minggu ni takde layout activity. takde activity susun susun besi. tapi kene buat self study pasal HV. adeh..ngantuk ngantuk gini acane nak study?

apesal ngantuk?

sebab malam tadi aleesya tak tido. around kul 4 pagi baru dapat tido lena sikit. tu pun aleesya ade bangun 2 kali nak minum susu.

aleesya demam semalam. dari tengahari babysitter aleesya kata. so malam tadi taktahu la nape? panas kot. tak selesa ke..or aleesya sakit pale macam kita kalo time demam kan? ntahla.tapi asik la nangis. bagi susu takmo. asikla nak nangis. ngantuk ngantuk mata terkatup pun, mulut still nangis. jenuhla dok lumur air asam jawa. dok letak minyak kat perut. pampers pun dah check. nangis jugak. tapi malam tadi..tak panas sangat dah. 37.3 celcius je. masa kat kinik masa gi kul 7.30 malam tu ye tinggi. 38.2 celcius.
ni gambar budak dobot sewaktu bawak dia gi kinik.

drumstick aleesya. maklong aleesya kate " ni bukan drumstick ayam. ni drumstick ayam belanda"



pastu aku ngan syed masing masing confuse apesal aleesya demam.padahal baru 2 minggu sudah dia baik demam. alahai anak omak. susu ibu bagi dah. tapi awat badan kamu asik demam je aleesya?

pastu teringat, selasa lepas balik keje telah pergi ke hospital melawat kawan sakit. bawak aleesya. sampai spital around 630pm and lepak sampai 8pm lebih. gi sana pun dengan kawan opis. syed masih keja masa tu. adakah kerana telah membawa anakanda ke hospital telah membuatnya demam? ye la spital kan? gi lak waktu2 petang nak maghrib kan. tapi aleesya ok je time kat spital tu. tapi dia takmo la dipegang oleh orang sakit itu. kalo orang sakit itu pegang, nanti aleesya nangis. agaknya betol kot orang sakit itu telah ditendang oleh makhluk halus. tu pasal aleesya nangis kalo orang sakit tu pegang. hahahahha. nujuman khurafat. sila jangan percaya.!!

malam tadi bubur aleesya dah abes. so malam tadi masak menu baru.









  • bubur+brokoli+carrot








adeh.ngantuk lagi.serta badan rasa tak sedap sebab tak cukup tido.lesu lemah gemalai.tapi memang meragam yang terbaeeeekkk la dari aleesya semalam!

No comments: