Thursday, October 14, 2010

batuk ngan seseme lagi daaaa....

budak kecik ni asik nye la dapat flu and cough. since dia umur around 5 and half months. nape ntah. habuk banyak kot. panas lagi.

3,4 hari lepas just bagi dia ubat yang dulu dulu yang masih ade bakinye. tapi sebab tak gak lega malah batuk dia macam makin kuat je...so semalam bawak la dia gi jumpe paed.

sebab ubat batuk and seseme kinik paed ni selalunya lambat baik kat aleesya, then i ask paed untuk ubat batuk and seseme lain. pastu selamba badak paed tu gelak. gelak slow la. bukan berdekah dekah. dia kate la..ni baby, tak leh bagi ubat yang tinggi lagi dos dia. so aku ok la kan. ye la. paham la. pastu syed mintak la ade tak ubat batuk and seseme yang 2 in 1. sebab aleesya ni gila susah nak makan ubat. macam kena berperang kalo nak bagi dia ubat. dulu dulu bagi dia makan ubat kena berdua dengan syed. skang dah terer sket la. bagi sorang sorang je.caranya? aku dok mengangkang..himpit tangan dia guna kaki aku. hahhaha. tapi janganla himpit kuat kuat.ok.

oh. paed tu kate. sebenarnya takde ubat bagi elok batuk. sebab batuk bukan penyakit. batukla pengubat penyakit. penyakit nye adalah bronkitis. tapi tuhan bagi batuk supaya kahak dalam bronkiol keluar dan nanti elok la penyakit tersebut. so semua ubat batuk adalah ubat penggalak batuk.bukan ubat pelega batuk. tu paed kate la. kalo dia tipu aku..aku tipu korang la.










last time masa session sedut sedut ni..aleesya nangis. tapi kali ni, dia tak nangis. aku macam sedikit konfius la kan. bukan suka dia nangis. tapi macam tak sangka kan. so aku pun perati dia betul betul. hahhhh!! padan la tak nangis. dia dok jilat jilat benda tu dari dalam rupanya. patut senyap tak nangis. tak semenggah tol anak dara aku ni la..

3 comments:

ederq said...

ala comelnya dia demam2 pon. hehe. tiba teringat nk bg arwah kucin i mkn ubat. pun kena kepit. hihihi.

tp i masa kecik pon sama, kalau nk bg ubat tu, nangis macam kena dera. hehehe da besar pon sama liat. :p jgnla anak i ikut i hihi

kish said...

tu la nampak muka hapi je sedut benda tu. ahahaha!

murn!e said...

ederq- jgnla anak ikut? oh! itu lah benda pertama yg dia ikut nnt. same ar..ida pn tk ske mkn ubt gak. hahaaaga. aiyookkk!!!

kish - tu arr.. konfius je kan. rupe rupenye dok ralit menjilat. pastu ida tnye syed " yang ubat sedut tu manis ke?". syed pn tktahu nk jwb pe. hahahaha.