ahad 11 mac aritu dah selamat buat birthday party + doa selamat untuk aleesya. well, this post bukan nak cerita pasal tu. kali ni nak update pasal aleesya punye milestone. lame gila kot tak update pasal aleesya punya development progress.
sebab dah lame gila tak update pregress aleesya, aku taktahu nak start dari mana.
aku dah lama tak timbang berat badan aleesya. aku raya 11kg ++ la. tinggi taktahu. nanti nanti lepas aku gi KK aku update berape tinggi Aleesya.
sekarang ni aleesya makan macam macam. jajan @ junk food pun dia macam. ish..teruk sungguh aku ini. bukan la selalu. sekali sekala bila Aleesya nampak aku and syed makan je. dia makan sekrim, dia makan kek, dia makan coklat.dia makan beskut.semua nye la. lauk gulai, sambal semua dia makan. dan aleesya tahan pedas. ikut perut negeri 9. hehehhe. kat rumah, Aleesya takmo makan nasi. aku masak lauk ke, masak nasi goreng ke, semua dia taknak makan. kalau makan pun tak sampai 10 suap. Aleesya lebih prefer pasta, macaroni, spageti, bihun, roasted chicken. selera italian.western. mengada! tapi kalo makan kat kedai, aleesya akan banyak makan kalo beli kat dia nasi ayam ke, nasi dengan tomyam ke or bubur mcd.
Aleesya sekarang dah pandai macam macam kecuali bercakap. dia masih belum pandai cakap. im not worried.tapi jeles a bit sebab ade anak kawan kawan yang dah pandai cakap. hahaha. tapi vocab dia memang makin banyak la. aku rase cecah 100 words vocab dia sekarang. kat sini aku listkan la sikit ape yang selalu dia guna
- mama
- abah
- mak
- ayah
- kakak
- nak (hendak/mahu)
- naaakkk (tanak) - panjang sikit bunyiknye
- ikut
- cat
- bird
- a-bird (angry bird)
- ayam , kok kok kok
- car
- lori
- van
- bus
- atok
- nek (nenek)
- syusyu (susu)
- maklong
- acik (makcik -refer to makcik ain)
- ball
- a-pad (ipad)
- mama, yak (mama berak)
- a-mas (thomas)
- bukak
aku tak larat pikir.hahahha. Aleesya hafal ABC, even dia tak reti nak baca A, B , C , D. E. etc..tapi dia kenal semua huruf huruf. ko tunjuk K, dia akan sebut K, ko tunjuk M, dia sebut M. alhamdulillah. dah lama dah dia hafal dah. 2,3 bulan lepas kot. tapi kan aku tak buat update. so lupe plak when is the exact time.
Aku rase, Aleesya is one type of typical girl. she loves to play with bears. dia suka main makan makan minum minum. susun susun bear dia kat kusi.cakap cakap dengan bear bear dia. letak bear atas stroller, kuda, pastu tolak tolak stroller, kuda tersebut. Aleesya boleh main sorang sorang tanpa kacau aku sangat sekarang ni. kalo dia ade mood nak main dengan bear dia la. kalo dia nak aku, so dia akan kacau jugak.
Aleesya dah tukar babysitter baru. babysitter lama pindah jitra. nanges nanges babysitter lama sebab nak tinggalkan Aleesya. so nye babysitter lama sebelum pindah aku mintak tolong carikan babysitter baru. so skang, Aleesya dok dengan babysitter baru. makcik around umur late 40's la. dia jaga sekali cucu dia uur 4 bulan. aku rissau dah ni takut Aleesya kacau baby tu. tapi bila hari ke 3 aku dapat borak dengan bs tu, dia kate aleesya tak heran pun kat baby tu. Aleesya dok main dengan bear bear dia je. langsung tak kacau baby.langsung tak pegi dekat baby. aku macam.. erk!
ok. nak balik. nnt aku sambung update. korang baca la yang ni dulu