Monday, December 21, 2009

soping barang anakanda

salam maalhijrah.even dah berlalu beberapa hari tapi masih je ok kalo masih nak wish begitu.kan?
___________________________________________

kami warga INTEL dapat payment on 20th every month. disebabkan 20hb itu jatuhnya hari ahad maka secara otomatiknya, payment akan menjadi awal iaitu pada hari jumaat. tetapi disebabkan jumaat adalah public holiday.bank adalah tutp maka payment telah berganjak lagi sehari kebelakang iaitu pada hari kamis bersamaan 17hb. aku budget, ramai gak orang lain lagi yang dapat gaji on 17th tu.kan?


makanya, jumaat itu telah mula bersoping barang barang anakanda seperti yang dimaklumi iaitu semua hasil bonus tahun ini adalah untuk budak cinonet dalam perut ini.


opps..lupa.sudah setat rabu malam lagi.seperti entry sebelum ini.ade baca kan?


sambung cerita hari jumaat.


jumaat tu kuar rumah around 4pm.terus pegi bm(bukit mertajam).nak cari kedai kedai baby yag bukan dalam soping mall. kot la ade baju baby rege lagi murah kan. tapi sebab dah lapa then alas perut di KFC. dekat dengan KFC ade anakku. lalu lepas makan ke kedai anakku. lalu telah membeli 'Newborn starter Set' disitu. harga biasa adalah RM139.90. kat kedai baby biasa pun gitu, mall pun gitu..dalam internet pun gitu. tapi because of Y.E.S..set tu ade diskaun dan kami beli dengan rege RM99.90. sudah save RM40 disitu.










lepas gi ANAKKU, g pulak BILLION kat bandar sunway. so kat sana telah membeli baju new born sebanyak 7 pasang. baju 3-6 month 2 pasang saja. kemudian telah ke MCD untuk makan makan bersama sama abg zam serta wea dan bakal mem besar nya. kemudian aku menuju plak ke JURU AUTOCITY. kat situ ade nite market.ade banyak kedai kedai. aku just target 1 kedai baju baby ni je. rompers rompers dalam tu amat cantik cantik.amat banyak.dan amat saya suka. tapi harga nya..tidakla begitu nan murah sangat. so kat sane bantai amik 2 rompers newboorn. 4 romper 3-6 month. ish..ish..ish..ekceli..banyak dah duit abes kat budak cinonet dalam perut ni. nasib anak aku.hahahha.aku memang ekceli takleh stop nak beli baju dia. syed yang setiap kali kene sound aku "dah dah la tu" baru aku pandai nak stop. kalo idak tu..abes sume aku nak belek..nak beli.

sebelum tu..kat opis aku ni selalu la google dalam tenet. tenet kate..kat gurney plaza ade beberapa baby shop yang wat sales gak. so esoknya..ari sabtu tu..aku gerak gi gurney plaza lak. lalu telah pergi ke MOTHERCARE dan membeli electric breast pump dengan rege rm556 sebab ade less 20% kat situ. rege asal adalah rm695. seronok ya amat sebab breast pump ni la menatang yang paling mahal dalam list membeli belah barang anakanda. dapat rm556..memang syok la.





so skang tinggal nak beli barang barang toiletris dia je. barang barang lepas dia mandi. lampin2.pampers2.benda kecik kecik je la. banda besar tinggal baby cot dengan stroller. carrier not sure nak beli ke idak. kalo pegang kat tangan je boleh? hehehhe. maybe tunggu anakanda ini lahir baru decide. kot2 la senang je pegang kat tangan je. hahahhaha.

ok2.malas type dah. bye

5 comments:

ajan said...

to me, kalau carrier tu.. depends on lifestyle kau. Kalau kau jenis yang banyak keluar jalan-jalan then carrier is a must. Takkan nak pegang je budak tu, nanti dua dua pun tak comfortable. Kalau jenis duduk kat rumah je takpayah la kot. Hihih.

Stroller... pun depends on preference kau. Aku dengan ach suka lagi pakai carrier, sebab it feels closer to the baby. Aku kan sentimental.

Crib... nice to have but then again depends on your style. Kalau you intend to letak dia dekat crib tiap-tiap malam then beli lah. It's better that way sebenarnya you kinda train the baby to sleep without you. Kitorang lambat train kimi, sekarang takboleh tidor sorang dah dia.

Good Luckkk!!

murn!e said...

aku nak beli crib sebab nanti mudah sket kat aku. bukan pasal nak train dia tido srg..tp sebab bila syed keje malam & aku tgl sorg, aku leh letak dia dalam crib if aku nk semayang nak mandi atau melakukan perkara perkara yang memerlukan aku distancekan diri aku dengan anak aku.kalo takde crib..takut jatuh ke ape ker..bahye kan.

stroller setle dah aku angkut semalam.

carrier seems penting la. mmg aku kaki jalan pun. harus ade. tkpe..kita tunggu next budget. hahahha.

neway tq for the advices.:)

ajan said...

lupe. nursing bra suda beli? =D

murn!e said...

belom.plan nak beli kat kl minggu depan ni nnt.eh..kitrg 2hb ni wat kenduri doa selamat kat jelebu.ko dtg tak? aku taktahu bpk aku dah callling2 ajak korg sume ke lom

ajan said...

ada.
mak aku ada cakap.
tatau tade decide ape-apa lagi hhihihi.